Ahad lepas dah mula pelajar Universiti baru mendaftar masuk. Sakura dapat tahu pun selepas tengok post dari FB. Kawan Sakura nie nie hantar anak ke USM (anak kawan Sakura nie dapat pergigian)
Teringat masa mula-mula daftar kat UiTM Shah Alam sebagai pelajar diploma (tahun 2000). Masa daftar tue Sakura dihantar oleh mak dan bapa. Gembira dan bangga la juga dapat jejak kaki kat menara nie. Kalau dulu dok lalu-lalang jer (perjalanan g KL).
Pendaftaran masa tue petang dan Sakura diletakkan kat Delima. Lepas mendaftar terus jer dengar taklimat dari Warden blok. Rasa terharu jer dengar dengar dengan taklimat yang diberi. Sakura dah x berapa ingat tapi antara yang tersemat dihati, jangan sia-siakan peluang dan harapan mak ayah. Huaaarrgggghhh mau nangis. Berat beban yang dipikul, jadi Sakura berazam untuk dapatkan diploma untuk balas pengorbanan mak dan bapa Sakura. Masa mendaftar tue, Sakura bersama Tasha (kawan Teknik), nie lah yang menjadikan kita orang rapat sampai habis ijazah
Minggu pertama adalah orientasi (rasanya dalam 5 hari jer), tersangatla penatnya. Kena bagun pagi, g solat kat Pusat Islam, g dengar taklimat kat Pusat Sukan. Masa tue semua pelajar wanita kena pakai baju kurung (diberi masa orientasi) dan bertudung (sape yang x pakai pun diwajibkan pakai) dan kasut sukan. Sandal dan kasut tumit memang x bolehla sebab nak bergerak payah (tahu jelah UiTM Shah Alam yang berbukit tue). Paling hazab adalah pagi sebab kena lalu bukit tonggek ke Pusat Islam. Bila dah berjalan ramai-ramai x terasa sangat.
Mula-mula memang rasa hazab tapi bila ingat sekarang, rasanya seronok dan kelakar juga. Training orientasi lalu bukit tonggek nie lah yang mengajar kita orang yang UiTM nie mudah nak bejalan dalam UiTM (jalan dalam UiTM banyak turun dan naik). Terutama dari gate Hotel UiTM sampai ke Menara. Banyak tangga dan jalan bukit yang kena lalu.
Sakura mula belajar kat blok nie masa sem akhir diploma |
**Kepayahan nie lah yang menjadikan kemanisan dalam hidup Sakura.
No comments:
Post a Comment