Saturday, 29 September 2012

Pengumuman:Bajet 2013

Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurniaan. Segala teka-teki telah terjawab tentang Bajet 2013. Terima kasih pemerintah sekarang kerana telah mempertimbangkan semua suara rakyat untuk pertimbangan bajet 2013. Kepada semua pula, bersyukur dengan yang diperolehi dan pertimbangkan dengan sebaiknya. Jangan hanya hanya titik hitam di atas kertas putih sahaja yang dilihatnya. Banyak lagi manfaat yang diterima. Kalau dah tegar sangat membangkang, sedar-sedarlah dengan kebaikan yang diberi. Dari dok kutuk dan mengata adalah lebih terhormatnya x perlu ambil semua faedah yang ditawarkan. Pulangkan balik dan berhenti jadi orang gomen. (Ni sebab rasa x puas hati ada statement yang dilihat; semua orang gomen dah terpengaruh sebab dah digula-gulakan).

Alhamdulillah ada gak rezeki tambahan untuk projek 2013 Sakura nanti.

Untuk ikuti intipati bajet 2013 sila klik sini 


Thursday, 27 September 2012

Kenapa Saya Tak Dapat Kerja? :Part 1

Semasa menemuduga, ada Sakura jumpa adegan merayu dari calon  untuk jawatan yang dipohon.  Sakura tertanya-tanya kenapa jadi macam nie yer. Result semua ok. Ape yang x oknya. Bila dah dua kali menemuduga nie, baru Sakura dapat jawapannya. Jawapannya........... calon yang dipilih mestilah sesuai dengan tuntutan kerja yang nak dipohon dan calon x bersedia dengan pengetahuan asas yang cukup.

Bab pengetahuan asas berkenaan tuntunan kerjaya tue memang calon kena usaha sendiri la sebab calon kena baca balik ape yang dia belajar. Sebagai contoh g interview Jurutera Awam. Dah semestinya bab concrete, geoteknik, jalan, air dan kumbahan dan bahan binaan kena kuasai. Nie basic tau, setakat dengan ape yang dipelajari dalam kelas tue korang baca balik dan boleh terangkan, tue dah mencukupi. Bab spesifikasi untuk fresh grad, jarang ditanya tapi kalau boleh bagi jawapan mmg SUPERB la. Selain tue calon mampu menganalisa dan menyelesaikan masalah yang diberika. Kita x mau la amik jenis yang dah dapat masalah baru terkial-kial nak jawapan. Calon sendiri kena jangka ape masalah yang akan dihadapi dan cara penyelesaian. Contohnya di persimpangan jalan sering berlaku kemalangan. Apakah cara untuk mengatasinya? Jawapan yang diberikan perlu dalam aspek teknikal dan menyelesaikan masalah. Kalau yang KPSL or Sedang Berkhidmat pulak, jawapan mestilah berkait dengan spesifikasi, memang bagus la jawapan calon tue. 

Berkenaan pemilihan kerjaya dan kesesuaian tuntutan kerja nie. Bukanlah Sakura nak cakap perempuan x boleh buat kerja lelaki tapi.......perempuan yang nak buat kerja lelaki nie mestilah seseorang yang agak tahan lasak orangnya. Sebab tue lah Sakura strongly recommend student Tingkatan 3 patut menjalani soalan personaliti dan kerjaya (g jumpa kaunselor kat sekolah, kata nak buat test nie) sebelum g Exam PMR. Kenapa Sakura cakap macam tue, sebab sebelum Exam dah kena target dapat keputusan cemerlang supaya mudah untuk g aliran sains atau sastera nnt. Personaliti dan kerjaya sebenarnya berkait rapat. Kita sebenarnya kena kaji diri sendiri sebelum boleh ambil sesuatu bidang tue. Minat dan personaliti adalah dua perkara berkait. Macam contoh Sakura nak jadi Akauntan, personaliti dan minat Sakura mestilah sealiran. Kalau minat ada dan kelulusan ada, personaliti tak capai, X faktor tue x akan menyerlah semasa intervw. 

Biasanya saranan Sakura pada sepupu or anak sedara yang nak sit Exam PMR, selalu Sakura ingatkan supaya tetapkan cita-cita dan pasti pencapaian Exam tadi melayakkan kita ke aliran tue. Sebagai contoh, nak jadi doktor, tapi dapat keputusan yang x melayakkan masuk aliran sains. Tue yang payah. Lagi gi satu, bercita-cita nak jadi akauntan tapi g belajar kat sek teknik. Bagi Sakura, baik g belajar kat sekolah biasa. Sekolah teknik bukan x d aliran perdagangan tapi sekolah biasa pun boleh juga. Kena ambil peluang dari kelebihan yang ada disekolah tue untuk jadikan diri kita lain dari yang lain.



Tuesday, 25 September 2012

Awasi Kelajuan


Kepada semua yang menggunakan jalan SKVE (laluan MAEPS- Suria Tropika-Seri Kembangan). Sila patuhi had laju yang dibenarkan. Kat situ dah dipasang "speeding camera". Kat laluan nie memang kereta laju-laju dan sangat patut diletakkan camera nie. Macam mane Sakura tahu ada "speeding camera", kat sini lampu jalan x berfungsi dan gelap. Jadi bila ada flash light bila kereta laju. Memang ada camera la kt situ.

Jadi patuhi had laju bagi mengelakkan anda mendapat saman.

**kat Putrajaya akan ada signboard "Zon Operasi Kamera"

Sunday, 23 September 2012

Naik ERL ke LCCT


Untuk sesape yang nk ke LCCT dengan menggunakan ERL transit. Kat sini Sakura nak share kaedah perjalanannya.





Untuk sesape yang berminat guna perkhidmatan nie, tiket perjalanan boleh dibeli kat kauter tiket ERL sahaja (nanti dapat tiket ERL dan tiket shuttle bas). Boleh naik dari KL Sentral, TBS/Bandar Tasik Selatan, Putrajaya/Cyberjaya. Tiket bas LCCT adalah bersekali dengan tiket ERL. Kalau dari Putrajaya tiket hanya RM5.50 sehala. Mulanya memang naik ERL, bila sampai kt stesen Salak Tinggi, penumpang akan turun dan naik shuttle bas ke LCCT. Tempoh perjalanan adalah 35 minit (kalau dari Putrajaya/Cyberjaya). Sangat menepati masa dan Sakura memang selalu gunakan kalau nak ke LCCT.Sila-silalah cuba perkhidmatan nie yer.

Friday, 21 September 2012

Klinik 1 Malaysia: UTC Puduraya

Tahniah Tuan Faizal untuk Klinik 1 Malaysia UTC, Puduraya yang dah memulakan operasi pada 12 Sept yang lepas. Yang nie Sakura x pasti klinik yang keberapa dalam KL. Projek nie dibawah Kementerian Kewangan. Tuan Faizal hanya memastikan pembinaannya ikut spec yang sedia ada. Kesemua kos pembinaan, design dan kontraktor adalah dibawah Kementerian Kewangan. Yang bagusnya Klinik 1 Malaysia nie, ada perkhidmatan pergigian. Klinik yang lain x d rasanya. Jadi untuk sesape yang berdekatan, boleh dapatkan perkhidmatan disini dari jam 8.30 pagi sampai 10 malam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. 









Wednesday, 19 September 2012

Klinik 1Malaysia: Flat Danau Kota

Klinik 1 Malaysia Flat Danau Kota dah beroperasi. Projek nie pun dah sempurna di rasmikan oleh Menteri Kesihatan sendiri pada Sabtu lepas 15.9.2012. Kedudukan Klinik nie strategik kerana kat kawasan padat (penuh flat dan apartment kat sini). Macam-macam dugaan yang Tuan Faizal hadapi, at last berjaya juga. Nie projek Tuan Faizal yang kedua dapat dirasmikan oleh Menteri. Tahniah sayang.

Seperti biasa jugak la, Sakura akan temankan Tuan Faizal pada hari sebelum perasmian sampai siap dekorasi klinik. Sampai rumah hari tue jam 1.30 pagi. 


  
nielah rupanya...nampak kosong sebab x letak awning lagi
bilik dan kaunter
kaunter daftar
rupa dalaman
rupa dalam
tue 12.30 pagi tau..

esok menteri sign sini
 
bukti .....

Tuesday, 18 September 2012

My First Pet

Semalam Sakura dan Tuan Faizal saje jer nak ke Jalan Pasar Pudu untuk tengok lampu dan kipas (kat sini banyak kedai elektrik). Niat untuk survey harga untuk budget baiki rumah Damansara. Last-last tak banyak kedai buka. Kedai elektronik jer banyak. Sudahnya tukar plan cuci mata tengok ikan la.

Nie first time Sakura datang sini. Punyalah jakun sebab banyak jual ikan peliharaan kat sini. Dalam pada tengok tue, akhirnya g beli ikan mas dan accessory (filter, makanan ikan, vitamin ikan,tangguk ikan). Mujur la ada akuarium kat rumah, kalau tak confirm g beli aquarium gak. Mulanya Sakura cadangkan beli ikan mas tapi Tuan Faizal tak mau bela ikan mas sebab manja. Entah macam mane, dia beli gak ikan mas. Nak beli ikan koi (yang kecik jer) Tuan faizal kata kena ada kolam. Hehehe, ada rumah sendiri nanti kita buat projek kolam ikan pulak. 

Kita orang g beli mulanya 5 ekor, tapi bila sampai rumah sekor dah mati dan x boleh selamatkan lagi. Mujur beli harga RM2.50 seekor. Kalau beli yang harga RM6. Nie cuma testing jer. Kalau menjadi kita tambah koleksi ikan lagi.

Kos semalam:


1. Ikan               RM12.50


2. Filter            RM16.00


3. Span              RM1.00


4. Klorin            RM1.00


5. Makanan ikan  RM1.50


6. Vitamin          RM2.00


7. Tangguk ikan   RM1.00


Jumlah RM35.00

Projek bela ikan nie  dibuat untuk terapi kepada dua orang rumah nie yang sangat stress berkerja. 

kat kedai

dalam besen jer hidup, macam2 harga
cucuk mcm nie jer
ikan DBKL
cuci akuarium

nak pasang filter dan isi air

dah masuk air + vitamin+nyah klorin

siap masuk rumah

sekor dah mati


**update 21.09.2012: semua ikan dah mati, sempat hidup sehari jer.

Monday, 17 September 2012

Raya : Budget Raya

Since raya dah habis, Sakura nak siasat balik kewangan yang telah dibelanjakan untuk hari Raya. Nanti senang nak buat budget akan datang:









(PERBELANJAAN

DIRAHSIAKAN)








Bagi Sakura, Raya adalah antara masa yang boleh berkongsi rezeki yang kita dapat bersama dengan kaum keluarga. Almaklumlah time nielah dapat bonus dan lain-lain. Tahun nie, Sakura cuma pastikan duit perbelanjaan raya adalah hasil keuntungan dividen ASB. 

Perancangan kewangan yang baik tidak akan membebankan fikiran.

Friday, 14 September 2012

Puduraya

Beberapa malam yang lepas, Sakura mengikut Tuan Faizal g Klinik 1Malaysia UTC (Urban Transformation Center) kat Puduraya. Saje je mengikut sebab dok dengar nama je tapi x tgk rupa. Lagipun nak tgk Puduraya sebenarnya, nak g biasa-biasa x berkesempatan. 

Bagi Sakura, Puduraya ni memang banyak perubahan dari segi interior dan dah keluar dari perspektif dulu kepada moden. Walaupun struktur masih dikekalkan tapi kulit dah bertukar. Sakura jejak Puduraya nie baru kali ketiga. Dua dulu masa rupa lama dan yang ketiga dah berubah kulit. Kalau dulu, nak jejak Puduraya nie menakutkan sebab orangnya bersesak dan bau asap bas. Lagipun banyak penyeluk saku kat sini. Sekarang imej tue dah berubah dan yang penting asap bas kurang sikit berbanding dulu. Keadaan lebih teratur dan selesa. 

Puduraya nie pun dah jadi pusat sehenti gak sebab dah jadi UTC. Fungsi UTC nie adalah pusat setempat untuk perkhidmatan kerajaan untuk kegunaan rakyat. Kemudahan yang ada, imegresen, pendaftaran, jpj, klinik 1Malaysia, kedai rakyat 1Malaysia, perkhidmatan bank setempat etc. Kira lepas nie nak buat urusan kerajaan, g jela Puduraya. Senang jer pun sebab kemudahan pengakutan yang banyak kat sini. 22 September nie akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Hj Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.



Tempat simpan beg

kemudahan ATM

penghadang asap



dulu........
sekarang

Tuesday, 11 September 2012

Kucing

Kucing dan Tuan Faizal memang x boleh pisah. Asal datang rumah orang yang pelihara kucing, confirm Tuan Faizal dok main dengan kucing.

massage cat

garang x muka saya

kena belai

cari ilmu

Sunday, 9 September 2012

Dr Hamid : Part 3

Seperti yang last entry Sakura cerita, Sakura g 3rd appointment kt Klinik Dr. Hamid. 

Sakura pilih petang sebab pagi boleh setel keje kat opis dulu. Since appoinment nie lepas bulan puasa, Sakura budget berat badan turun ke 60++ la, rupanya x cecah pun. Kena usaha dengan cara lain la pulak nampaknya. BP pulak dah nak ke sempadan darah tinggi. Padan muka, sape suruh malam tue g makan kailan ikan masin. Petang tue x ramai sangat pesakit yang nak jumpa tapi penuh juga tempat duduk yang ada. 

Sakura orang yang ke-4 dipanggil. Masa kat dalam tue, Dato' Dr. pun tanya lagi dah berapa lama kahwin dan maklumkan balik sepatutnya Sakura x d masalah untuk mengandung. Tapi Allah belum restu lagi rezeki anak supaya Sakura lebih berusaha kearah tue. Dato' Dr pun terangkan option lain yang ada. Antaranya

a) Suntikan sperma 
b) Laparoscopy

Dato' Dr. cadangkan laparoscopy dan pembedahan buat kat Pantai Medical Center Bangsar (since Sakura ada insurans, mujur juga Sakura x terminate masa jadi pelanggan En Aziz dulu). Dato' Dr. pun terangkan laparoscopy tue ape (baca kat sini, sini dan sini juga untuk penerangan). Untuk lakukan laparoscopy, Dato' Dr. akan sahkan dulu sama ada mengandung atau tak. Kalau mengandung, x payah buat lapasrascopy. 


"Ya Allah, kau berikanlah keajaiban Mu kepada hambamu ini".


Kenapa laparoscopy nie yang terbaik untuk Sakura setakat nie, sebab nak mengetahui punca dan masalah lain kenapa Sakura x mengandung lagi. Berkemungkinan juga masa lepas keguguran dulu (sementara nak tunggu D&C) dah ada infection dan Dr. yang mencuci x perasan. (seingat Sakura lepas D&C tue, Sakura x buat ape2 scan pun). 

Klinik bekalkan Obimin, Asid Folic untuk Sakura dan Vitamin E untuk tuan Faizal


***part 1, part 2

Thursday, 6 September 2012

Dr Hamid : Part 2

Sakura dah g 3nd appointment dengan Dr Hamid hari Selasa lepas. Since percubaan clomid x berjaya, kena la g step seterusnya . Tapi Sakura x nak share yang semalam sebab simpan untuk next entry. Nanti cacamarba pulak step yang Sakura buat.

Lupa pulak nak tambah, masa first apoointment tue Klinik bekalkan Acai Bery untuk bantu kurangkan berat badan. Selain tue pil dan cream untuk buat HSG test nanti pun ada. Peraturan untuk HSG test dan sperm test pun diberi jugak

2nd appoinment pulak selepas buat HSG. Sakura buat pada hari yang sama (pagi buat HSG kt Klinik Daya X-ray Dr. Mohan kat Jalan Raja Laut dan petang g Klinik Dr Hamid utk buat sperm test dan consultation).

Maklumat yang Sakura dapat semua sama, ngilu dan x nak ulang lagi buat HSG (baca dari blog Mama Kembar 3 dan pengalaman kawan Sakura juga). Sakura pun bila ingat sampai sekarang (dah setahun berlalu buat HSG test) ngilu wei sampai ke tulang. Lepas buat HSG tue memang berjalan x boleh laju (dah macam lepas bersalin pulak). Dekat seminggu gak la. Sakura nie memang x tahan sakit sebenarnya.

Lepas Dato' Dr. tgk filem scan dan result sperm test, Dato' Dr. bagi tau kita orang x d masalah cuma ada satu tiub (x pasti kiri ke kanan) macam perjalanan x berapa lancar. Jadi ubat yang dibekalkan adalan Clomid. Ubat  nie kena ambil masa period hari kedua dan makan sampai hari ke 6. Makan untuk 3 cyle period. Side effect clomid nie kat Sakura, eyesight jadi macam x berapa nak fokus dan pening lalat sikit.

Dato' Dr. suruh datang jumpa lepas habis makan clomid atau bila dah berjaya mengandung dalam masa 3 cycle tue. Lepas makan untuk 3 cycle pun Sakura x berjaya, jadi kena la g appointment lagi. Sepatutnya 3rd appointment kena buat pada bulan 2 atau 3 tapi tertangguh sampai la bulan nie.


***part 1

Wednesday, 5 September 2012

Belang

Kucing nie adalah peliharaan MIL. Kucing nie semuanya dia sebat. Dari Frieskies, nasi dengan tulang ikan, keropok sampai ke aiskrim. 

Gambar nie Belang tengah makan aiskrim.


Tuesday, 4 September 2012

Satu Ketika Dulu: Belajar di UiTM

Ahad lepas dah mula pelajar Universiti baru mendaftar masuk. Sakura dapat tahu pun selepas tengok post dari FB. Kawan Sakura nie nie hantar anak ke USM (anak kawan Sakura nie dapat pergigian)

Teringat masa mula-mula daftar kat UiTM Shah Alam sebagai pelajar diploma (tahun 2000). Masa daftar tue Sakura dihantar oleh mak dan bapa. Gembira dan bangga la juga dapat jejak kaki kat menara nie. Kalau dulu dok lalu-lalang jer (perjalanan g KL).

Pendaftaran masa tue petang dan Sakura diletakkan kat Delima. Lepas mendaftar terus jer dengar taklimat dari Warden blok. Rasa terharu jer dengar dengar dengan taklimat yang diberi. Sakura dah x berapa ingat tapi antara yang tersemat dihati, jangan sia-siakan peluang dan harapan mak ayah. Huaaarrgggghhh mau nangis. Berat beban yang dipikul, jadi Sakura berazam untuk dapatkan diploma untuk balas pengorbanan mak dan bapa Sakura. Masa mendaftar tue, Sakura bersama Tasha (kawan Teknik), nie lah yang menjadikan kita orang rapat sampai habis ijazah

Minggu pertama adalah orientasi (rasanya dalam 5 hari jer), tersangatla penatnya. Kena bagun pagi, g solat kat Pusat Islam, g dengar taklimat kat Pusat Sukan. Masa tue semua pelajar wanita kena pakai baju kurung (diberi masa orientasi) dan bertudung (sape yang x pakai pun diwajibkan pakai) dan kasut sukan. Sandal dan kasut tumit memang x bolehla sebab nak bergerak payah (tahu jelah UiTM Shah Alam yang berbukit tue). Paling hazab adalah pagi sebab kena lalu bukit tonggek ke Pusat Islam. Bila dah berjalan ramai-ramai x terasa sangat.

Mula-mula memang rasa hazab tapi bila ingat sekarang, rasanya seronok dan kelakar juga. Training orientasi lalu bukit tonggek nie lah yang mengajar kita orang yang UiTM nie mudah nak bejalan dalam UiTM (jalan dalam UiTM banyak turun dan naik). Terutama dari gate Hotel UiTM sampai ke Menara. Banyak tangga dan jalan bukit yang kena lalu.

Sakura mula belajar kat blok nie masa sem akhir diploma

**Kepayahan nie lah yang menjadikan kemanisan dalam hidup Sakura.

Monday, 3 September 2012

Suasana Kampung

Nie adalah pemandangan pagi di kampung (rumah Tuan Faizal). Sangat mendamaikan dan menenangkan. Waktu pagi macam nie, keadaannya sejuk dari air paip sampai ke cuaca. Kalau kt Putrajaya, air paip pagi hari pun suam. Suasana macam nie boleh dapat kat kampung jer. Tapi selagi manakah suasana macam nie dapat bertahan......

matahari tgh mengintai

Saturday, 1 September 2012

Raya: Baulu

Walaupun dah masuk raya ke 14. Sakura nak share juga kuih wajib buat.

Kuih baulu nie jelah kuih wajib yang Sakura buat. Tue pun bukan sebab Sakura yang nak makan tapi ayahanda tercinta punya favorite. Wajib buat. Kenapa x beli jer sebab dah banyak kat pasaran? Yang nie bukan sebarangan Kuih Baulu dan memang x dapat kat pasaran. Baulu nie pun dihidang kepada sedara yang terdekat dan mengetahui tentang alkisah keistimewaannya.

Keistimewaan baulu yang Sakura buat sebab
1.Baulu nie keras dan perlu rendam lama dalam air.
2.Baulu nie ada buah campuran.

Cara buatnya x d susah mane pun

Bahan

1.Telur (x kira berapa biji tapi isi penuh dalam mangkuk, ukuran mangku tue x kira saiz sebab boleh jer pki yang kecil takpun boleh gak pki mangkuk lauk tue,lagi besar lagi banyak baulu, lebih lama nak siap)
2. Gula (ukuran sama dengan mangkuk sukat telur tadi)
 **Dua-dua bahan nie kita kisar jer dalam blender sampai warnanya jadi putih sikit atau gula tadi dah hancur betul dengan telur. Tuang bahan blender tadi dalam mangku dan pukul sampai betul2 putih dan kembang. Panaskan oven dan sapu acuan dengan minyak (ratakan minyak guna daun pandan jer)

3. Esen Vanila (sukat pakai tutup jer dan campur dalam bahan yang dipukul tadi)
4. Kordial Oren Mandarin Sunkist (dua senduk nasi atau jangan sampai adunan jadi lembik sangat, nie kes malas nak parut kulit dan perah limau)
5. Buah campuran (Sakura pilih jenama Silverbird) tambahkan kulit limau juga
6. Tepung (ikut citara tapi tak  boleh kurang dari ukuran mangkuk yang digunakan, bapa Sakura suka keras jadi tepung memang banyak)

Buat cubaan dulu dalam 3 lubang kat acuan dan tengok ok atau tak. Kalau dah ok, buat sampai habis. Siap dah kuih raya Sakura. Tempoh masa yang Sakura ambil adalah 8 jam untuk 2 adunan. Kos barang dalam RM15 jer.


bahan-bahan

hasil selepas 1 jam
hasil selepas 8 jam
rendamkan