Tuesday, 10 July 2012

Temuduga : Part 3

Nie sambungan akhir dari entry yang lepas pasal  TEMUDUGA juruteknik.....


Since akan ada pengambilan untuk Pembantu Senibina dan ramai yang tanya tips, kat sini Sakura share  juga untuk Sokongan I (Pembantu Jurutera, Pem. Senibina, Pembantu QS) Pengurusan dan Professional (Jurutera, Arkitek, QS)

Untuk golongan nie pulak soalan masih lagi berkisar benda yang sama cumanya lebih kepada aplikasi di tapak dan aspek penyeliaan orang bawahan. Selain itu juga perlu menjawab soalan dalam English sekiranya diminta (wajib sebenarnya). Jawapan yang diberikan semestinya memerlukan calon berfikir dalam memberikan point yang akan akan dijawab. Macam Sakura diinterview, "Ceritakan berkenaan isu air di Malaysia". Jadi semestinya kita kena kemukakan ape yang kita tahu pasal air (aspek belajar dalam kelas), isu semasa, dan teknologi terkini yang digunapakai atau yang sedang dibangunkan. Perkara nie menekakan aspek mengambil tahu dan sentiasa mengikuti isu semasa. Nampak macam senang tapi salah jawab memang nampak kita tak pandai.

Soalan bentuk kepimpinan dan pengurusan juga akan ditanya. Kat sini point kematangan berfikir dan kritis dalam menilai persekitaran diperlukan. Contohnya "sebutkan satu prinsip Rukun Negara dan kaitkan dengan tugas sebagai penjawat awam" (nie soalan Tuan Faizal masa interview)

Sekarang baru Sakura faham, kita bukan mencari calon yang ada kelayakan yang tinggi tapi kita perlukan orang2 yang mampu berfikir dengan kritis, kreatif dan berpandangan jauh juga.

Kalau ada yang nak bawak thesis, silakan la tapi jangan sampai kita terperangkap kerana tidak memahaminya dengan baik. Tgk kepada keperluan temuduga, kalau dia suruh bawa, wajib dibawa folio tue......esp arkitek dengan pembantu arkitek.

Buat yang beragama Islam. Malam sebelum g interview baca Surah An Nur. Moga dimudahkan menjawab dan mendapat kerja 

** berkait part1, part2 

No comments:

Post a Comment