Disebabkan balik raya KB pada raya ke-3. Maka bulan puasa adalah wajib balik berpuasa sama. Best sebenarnya berpuasa kat KB. Sebab juadah berbukanya hanya akan dapat hari puasa sahaja. Kalau ada hari biasa pun, agak terhad dan susah nak dapat.
Antara juadah special yang boleh dapat, nekbat, akok kedut, puding caramel, cendol, pisang sira, labu sira, kerabu sare (rumpai laut), kerabu perut, kerabu paru, kerabu kaki ayam, mee rojak dan byk lgl. Banyak pilihan dan boleh cuba satu persatu setiap hari dan x ulang banyak kali. Terlampau banyak dan boleh tahan sedap jugak la. Penjual nie biasa dah packing dalam plastik dan dijual dengan harga RM1, RM 2 or RM 3.
|
nekbat RM2 |
|
cendol kelate x d santan |
|
kerabu sare RM2 |
|
kerabu |
|
kuih dan lauk |
|
aneka kuih yang manis2 |
Untuk berbuka hari pertama, Sakura beli Nekbat, Martabak, kerabu sare, kerabu paru, cendol dan air tebu. Kat rumah pulak Ma (MIL) buat percik ikan dan sakura buat bubur jagung (guna jagung dalam tin jer).
|
martabak |
|
air tebu, cendol, nekbat, kerabu sare, kerabu paru |
Hari kedua berbuka, beli mee rojak (spoil sebab kuah manis), kerabu sare, martabak, kerabu paru, kerabu perut, buah tanjung, labu sira, akok, matabak, cendol. Kat rumah pulak Ma masak sup tulang, kari ikan, ikan bakar cicah asam dan rebus telur masin. Minum air kelapa kait buah kat rumah jer.
Hari ketiga. Ma x bagi beli kat bazar sebab peti ais dah penuh makan. Tapi kat rumah still dengan penuh juadah sebab Ma masak nasi kerabu. Lauk ayam bakar dengan daging bakar. Adik ipar beli buah tanjung, akok dan tahi itik. Air pulak tembikai dan coconut shake. Coconut shake tue sebab air kelapa semalam yang banyak lebih. Tukar bentuk dan tambah rasa je la.
|
penuh meja |
|
lupa letak coconut shake |
Aktiviti wajib lepas terawih, semestinya makan durian la. Siang hari dapat cium bau jer. Malam kasi pulun makan. Alhamdulillah.
Yang istimewa lagi masa puasa kat Kelantan nie ada juadah Colek yang dijual digerai-gerai pada waktu malam lepas terawih. Colek nie macam n campuran dia ayam, paru, perut, cucur tepung, popia, fish ball, salad. timun(sagat), lobak merah (sagat). Kuahnya pulak x pakai kuah kacang tapi sos cili keropok lekor. Yang nie memang puasa jer jual. Awal puasa, x ramai yang datang makan colek nie, tapi jangan bila dah nak raya, kedai semua full. Memang sahih kena tapau jel la. Colek buah pulak mcm rojak buah kita cuma kuah x pki petis.
^Nielah Malaysia, macam-macam makanan dan macam-macam rasa.
No comments:
Post a Comment