Tiada istilah bersahur makan dalam kamus hidup Sakura. Perut nie bermasalah betul kalau makan sahur. Lagi bertambah lapar siang hari. Sudahnya minum air kosong jelah. Memang dari dulu kala (rasanya dari form 1) dah x makan sahur. Masa hidup bujang pulak, mesti sediakan air dalam botol untuk minum. Punyalah malas. Meraba cari botol minum dan kekadang mata pejam. Tapi alhamdulillah, perjalanan harian x terjejas dan masih aktif, melainkan hari panas terik dan berpanas, tue memang letih sikit la.
Tapi sekarang (since kahwin) dah x boleh buat macam tue dah, sebab tuan Faizal akan bangun makan sahur. Jadi kebiasaannya malam sebelum tidur, kena pastikan nasi dan lauk ada untuk tuan Faizal. Kalau x d, kena masak malam tue. X d maknya nak masak pagi2, dibuatnya bangun lewat or nasi masak lambat, ada yang x puasa pulak. Esok pagi bagun tinggal hangatkan jer. Gaya macam nie boleh calon sebagai Isteri Mithali x? hehehehe.
Info berkaitan bersahur:
Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)
Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)
Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)

No comments:
Post a Comment