Puasa nie sinonim dengan bazar Ramadhan@Pasar Ramadhan@PARAM.
Waktu Sakura kecik-kecik dulu, puasa time sekolah dan sekolah pulak pagi petang. Memang menguji kesabaran. Tapi yang bestnya sekolah petang tue Sekolah Agama (Sakura Sek. Agama kt Sg Udang Klang, sekolah lama). Balik sekolah mak+bapa amik, jadi menyinggah la terus bazar ramdhan kt Sg Udang Klang yang terletak depan sekolah jer. Time nie boleh request nak makan ape dan permintaan akan dipenuhi selagi berpuasa. Kalau x puasa x dapat. Masa nie macam2 nak. Sakura dah tak ingat dah ape yang selalu Sakura beli. Rasanya macam ayam percik ker martabak. Semuanya menyelerakan. Sampaikan air sirap merah pun nak dibeli. Padahal boleh buat sendiri.
Yang syoknya suka tengok orang jual dalam plastik air selasih, cendol, biji sagu dan laici kang. Kuih yang Sakura suka cari, kuih sagu biji dengan ape tentah nama dia (bawah kacang merah, atas tepung warna kuning). Time puasa jer dapat. Sekarang dah x pernah jumpa dah kuih tue.
Bila berbuka, nah kau byk makanan dari orang yang nak makan. Biasanya memang kena habiskan, kena makan sampai bawak ke sahur pun ada.
dr en google |
Kalau sekarang g bazar pun dah x tau nak makan ape sebab takut kualiti yang mendukacita (makanan basi terutama yang jenis bubur jagung, bubur kacang hijau).
No comments:
Post a Comment