Hari Selasa hingga semalam, Sakura kena g Kursus.(7 hari wajib menghadiri kursus bagi penjawat awam). Pelajaran yang utama untuk menjadi penyelia@bos yang bagus adalah "Bos mesti lebih pandai dari anak anak buah supaya kemampuan dan kredibiliti bos tidak dipertikai dan anak buah hormat"
Sakura memang sokong kenyataan nie sebab memang terbukti di pemikiran Sakura. Bila bos kita x pandai buat keputusan dan tidak bertindak dengan langkah yang sepatutnya, anak buah nie tadi akan serta merta tanam dalam pemikiran " Bos aku nie bukannya pandai sangat, semuanya pun suruh anak buah, keje dia pun anak buah yang fikirkan". Bos sepatutnya adalah tempat rujukan, tapi kalau tempat jadi rujukan pun x boleh diharap, anak buah sendiri juga yang kena pikir macam mane.
Lagi satu kat kursus tue juga ada tekankan, kalau jadi penyelia@bos , jangan sesekali cakap kat anak buah "Saya bos! awak kena dengar cakap saya". Nie senjata paling tajam. Kalau terkeluar nie, alamatnya anak buah tadi hilang hormat terus pada bos. Nie memang terbukti sebab Sakura pernah kena. Memang terus lah Sakura boikot dan tak hormat langsung. "Ape ko ingat ko jadi bos, kau semua betul ker, orang lain semua salah ker? Hormat la pendapat anak buah dulu, jangan mematikan pendapat dan menafikan hak orang lain untuk memberi pendapat. Kalau macam tue baik ko buat keje sorang2. X payah ada orang bawahan. Dah ko yang yang pandai sorang."
Hehehe...sekian sahaja perkongsian untuk hari nie
gambar dr en google |
No comments:
Post a Comment