Monday, 30 July 2012

Berpuasa Di Kota Bharu

Disebabkan balik raya KB pada raya ke-3. Maka bulan puasa adalah wajib balik berpuasa sama. Best sebenarnya berpuasa kat KB. Sebab juadah berbukanya hanya akan dapat hari puasa sahaja. Kalau ada hari biasa pun, agak terhad dan susah nak dapat. 

Antara juadah special yang boleh dapat, nekbat, akok kedut, puding caramel, cendol, pisang sira, labu sira, kerabu sare (rumpai laut), kerabu perut, kerabu paru, kerabu kaki ayam, mee rojak dan byk lgl. Banyak pilihan dan boleh cuba satu persatu setiap hari dan x ulang banyak kali. Terlampau banyak dan boleh tahan sedap jugak la. Penjual nie biasa dah packing dalam plastik dan dijual dengan harga RM1, RM 2 or RM 3.

nekbat RM2
cendol kelate x d santan
kerabu sare RM2
kerabu
kuih dan lauk

aneka kuih yang manis2
Untuk berbuka hari pertama, Sakura beli Nekbat, Martabak, kerabu sare, kerabu paru, cendol dan air tebu. Kat rumah pulak Ma (MIL) buat percik ikan dan sakura buat bubur jagung (guna jagung dalam tin jer).

martabak

air tebu, cendol, nekbat, kerabu sare, kerabu paru
Hari kedua berbuka, beli mee rojak (spoil sebab kuah manis), kerabu sare, martabak, kerabu paru, kerabu perut, buah tanjung, labu sira, akok, matabak, cendol. Kat rumah pulak Ma masak sup tulang, kari ikan, ikan bakar cicah asam dan rebus telur masin. Minum air kelapa kait buah kat rumah jer.


Hari ketiga. Ma x bagi beli kat bazar sebab peti ais dah penuh makan. Tapi kat rumah still dengan penuh juadah sebab Ma masak nasi kerabu. Lauk ayam bakar dengan daging bakar. Adik ipar beli buah tanjung, akok dan tahi itik. Air pulak tembikai dan coconut shake. Coconut shake tue sebab air kelapa semalam yang banyak lebih. Tukar bentuk dan tambah rasa je la.

penuh meja
lupa letak coconut shake
Aktiviti wajib lepas terawih, semestinya makan durian la. Siang hari dapat cium bau jer. Malam kasi pulun makan. Alhamdulillah.





Yang istimewa lagi masa puasa kat Kelantan nie ada juadah Colek yang dijual digerai-gerai pada waktu malam lepas terawih. Colek nie macam n campuran dia  ayam, paru, perut, cucur tepung, popia, fish ball, salad. timun(sagat), lobak merah (sagat). Kuahnya pulak x pakai kuah kacang tapi sos cili keropok lekor. Yang nie memang puasa jer jual. Awal puasa, x ramai yang datang makan colek nie, tapi jangan bila dah nak raya, kedai semua full. Memang sahih  kena tapau jel la. Colek buah pulak mcm rojak buah kita cuma kuah x pki petis.

^Nielah Malaysia, macam-macam makanan dan macam-macam rasa.

Sunday, 29 July 2012

Puasa : Nostalgia 3

Waktu puasa kecik2, sekolah akan habis awal (rasanya macam pukul 5.00 dah balik). Jadi dari pukul 5 sampai nak masuk buka tue biasanya Sakura akan tengok tv la dengan adik. 

Rancangan kegemaran kita orang time tue adalah Rumah Kedai, yang disiarkan kat TV3. Pelakon dia yang Sakura ingat sekali Harun Salim Bachik dgn Sudiro (pekerja kedai), Yusof Muhammad (pak haji@tokey kedai) dengan Khatijah Tan (mak haji). Pelakon yang jadi anak2, Sakura dah x ingat dah. Citer nie mula dengan Pak haji buka kedai runcit kat kampung kedai kayu sampai la kedai batu dua tingkat. Gigih mengusahakan kedai dengan pembantu yang agak memeningkan kepala. Memang sentiasa menanti siri nie kalau bulan puasa. Lama jugak la citer nie.

Yang lain2 cuma ingat Jejak Rasul dengan Syahadah (nie dlm tahun 2000)jela. Kisah kehidupan orang beragama Islam d serata dunia dan menjejak tinggalan rasul-rasul yang ada.

Sekarang nie dah x dnya nak tgk tv ptg2. Urusan di dapur perlu diutamakan. nanti x berbuka pulak.




Friday, 27 July 2012

Puasa : Nostalgia 2

Puasa nie sinonim dengan bazar Ramadhan@Pasar Ramadhan@PARAM.

Waktu Sakura kecik-kecik dulu, puasa time sekolah dan sekolah pulak pagi petang. Memang menguji kesabaran. Tapi yang bestnya sekolah petang tue Sekolah Agama (Sakura Sek. Agama kt Sg Udang Klang, sekolah lama). Balik sekolah mak+bapa amik, jadi menyinggah la terus bazar ramdhan kt Sg Udang Klang yang terletak depan sekolah jer. Time nie boleh request nak makan ape dan permintaan akan dipenuhi selagi berpuasa. Kalau x puasa x dapat. Masa nie macam2 nak. Sakura dah tak ingat dah ape yang selalu Sakura beli. Rasanya macam ayam percik ker martabak. Semuanya menyelerakan. Sampaikan air sirap merah pun nak dibeli. Padahal boleh buat sendiri. 

Yang syoknya suka tengok orang jual dalam plastik air selasih, cendol, biji sagu dan laici kang. Kuih yang Sakura suka cari, kuih sagu biji dengan ape tentah nama dia (bawah kacang merah, atas tepung warna kuning). Time puasa jer dapat. Sekarang dah x pernah jumpa dah kuih tue.

Bila berbuka, nah kau byk makanan dari orang yang nak makan. Biasanya memang kena habiskan, kena makan sampai bawak ke sahur pun ada.

dr en google
Kalau sekarang g bazar pun dah x tau nak makan ape sebab takut kualiti yang mendukacita (makanan basi terutama yang jenis bubur jagung, bubur kacang hijau).

Wednesday, 25 July 2012

Puasa : Nostalgia 1

dr en google

Korang ingat lagi tak umur berapa dah belajar puasa bila? Sakura masih ingat lagi yang Sakura belajar puasa umur 5 tahun. Masa nie belajar puasa sekerat hari jer. Mase tue x d sape yang suruh tapi memang kemahuan sendiri nak belajar. Tak d lah kate hebat tapi memang keinginan dan suka tgk mak dan bapa berbuka. Sebab mak dan bapa x akan bagi Sakura dan Adik dok sama berbuka. Nanti kita orang kacau lebih. 

Masa umur 6 tahun , Sakura dah puasa penuh. Tapi masa nie sebab mak janji nak bagi RM 1 untuk sehari puasa. Puasa bersungguh-sungguh betul. Yang sakura masih ingat masa puasa tue panas terik. Sangat meletihkan dan Sakura akan baring kat atas lantai simen render smp nak buka (sebab nak sejuk). Masa nie Sakura duduk rumah Mak Long. Bila Pak long balik keje tengok melepek kat lantai tue, mesti dia suruh buka sebab kesian tengok. Tapi Sakura x buka, tetap berpuasa sampai waktunya. 

Bila hari raya memang bestla, sebab mak bagi duit raya RM30. Mak x bagi terus tapi mak masukkan dalam buku BSN. Sakura masukkan sendiri dalam bank. Masih ingat lagi masa sekolah dulu ada VAN Pos bergerak ke sekolah2. Pelajar boleh masukkan duit kt BSN melalui pejabat pos bergerak nie. Sekarang rasanya perkhidmatan nie dah tak de rasanya. 

^Bila kenang puasa dulu-dulu sayu jer rasanya. 


Monday, 23 July 2012

Bersahur

Tiada istilah bersahur makan dalam kamus hidup Sakura. Perut nie bermasalah betul kalau makan sahur. Lagi bertambah lapar siang hari. Sudahnya minum air kosong jelah. Memang dari dulu kala (rasanya dari form 1) dah x makan sahur. Masa hidup bujang pulak, mesti sediakan air dalam botol untuk minum. Punyalah malas. Meraba cari botol minum dan kekadang mata pejam. Tapi alhamdulillah, perjalanan harian x terjejas dan masih aktif, melainkan hari panas terik dan berpanas, tue memang letih sikit la.

Tapi sekarang (since kahwin) dah x boleh buat macam tue dah, sebab tuan Faizal akan bangun makan sahur. Jadi kebiasaannya malam sebelum tidur, kena pastikan nasi dan lauk ada untuk tuan Faizal. Kalau x d, kena masak malam tue. X d maknya nak masak pagi2, dibuatnya bangun lewat or nasi masak lambat, ada yang x puasa pulak. Esok pagi bagun tinggal hangatkan jer. Gaya macam nie boleh calon sebagai Isteri Mithali x? hehehehe. 

dr En google


Info berkaitan bersahur:

Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)

Friday, 20 July 2012

Puasa

dr En google


Esok, umat Islam akan memulakan langkah ke Madrasah penyucian jiwa dan rohani. Semoga Madrasah Ramadhan tahun nie, Sakura dapat menjalani dengan penuh sabar dan ketakwaan.

Tapi puasa kali nie macam rasa x sempurna sebab semalam terlepas dengar pengumuman puasa. Kenapa macam rasa TV3 x siarkan pengumuman puasa yerk?

Pagi nie, ramai yang cuti balik kampung sebab nak sambut puasa dengan keluarga di kampung. Sunyi sepi opis macam kena langgar garuda. Macam nielah hidup anak perantau, bila nak puasa dan raya. Semangat balik kampung terlebih 3x ganda. Statement macam bagus. Memangla sebab kampung Sakura Klang jer.Tiap-tiap minggu pun balik. Tapi rasa semangat gak untuk balik KB minggu depan.

Walau apa pun, Sakura nak mohon ampun dan maaf untuk dosa-dosa yang ada. Semoga lebih tenang menghadapi puasa ini. Salam Ramadhan....... 




Monday, 16 July 2012

Water Filter


Waktu untuk mencuci water filter!

Nak tahu betapa kotornya air yang dihantar kat rumah.....tengok pada filter nie. Air yang dihantar  nie memanglah dah diproses kat loji rawatan air dan mematuhi piawai air antarabangsa tapi dah jadi tercemar balik bila penghantaran ke rumah. Nie disebabkan paip penghantaran yang dah usang dan berkarat. 

sangat kotor.....

melekat lagi kesan kotor








Friday, 13 July 2012

Parlimen

Ke jakunan sekejap sebab dapat bertugas kt Parlimen semalam (menjadi petugas Dewan Negara). Tima kasih la kat Masila (my fren) yang bagi peluang merasa bertugas di Parlimen. Hehehe...first time masuk Parlimen. 

Menjadi petugas nie, aktivitinya dengar ape yang Ahli Dewan Negara bincangkan dan catatkan soalan yang ditanya oleh Ahli Dewan untuk Kementerian kita. Mujur cuma ada soalan lisan bukan perbahasan rang undang-undang. Kalau x jenuh wei menulis kalau ada perbahasan rang undang-undang. 

Yang kelakar semalam sebab salah tempat, Dewan bersidang kat banggunan baru. Yang Sakura g kt bangunan lama. Patutla pelik semacam, dah dekat pukul 10 tapi x d orang. Berpeluh gak turun naik tangga g bangunan baru dan cari tempat baru. Setiap petugas ada tempat duduk khas untuk kementerian. X boleh silap masuk pintu dan duduk tempat orang lain. Tapi sebenarnya x masuk dewan boleh jer, duduk kat bilik khas kementerian atau kat lobi jer dengar perbahasan. Tapi disebabkan first time, nak rasa gak feeling Dewan Negara macam mane dan tunduk hormat pada Yang diPertua Dewan

Walau apepun pengalaman nie menarik dan belajar benda baru. Kat dalam dewan x boleh amik gambar dan Sakura lupa nak amik gambar bilik khas Kementerian. 




lawa signnage

dapat kupon mkm pagi, tgh, petang


Tuesday, 10 July 2012

Temuduga : Part 3

Nie sambungan akhir dari entry yang lepas pasal  TEMUDUGA juruteknik.....


Since akan ada pengambilan untuk Pembantu Senibina dan ramai yang tanya tips, kat sini Sakura share  juga untuk Sokongan I (Pembantu Jurutera, Pem. Senibina, Pembantu QS) Pengurusan dan Professional (Jurutera, Arkitek, QS)

Untuk golongan nie pulak soalan masih lagi berkisar benda yang sama cumanya lebih kepada aplikasi di tapak dan aspek penyeliaan orang bawahan. Selain itu juga perlu menjawab soalan dalam English sekiranya diminta (wajib sebenarnya). Jawapan yang diberikan semestinya memerlukan calon berfikir dalam memberikan point yang akan akan dijawab. Macam Sakura diinterview, "Ceritakan berkenaan isu air di Malaysia". Jadi semestinya kita kena kemukakan ape yang kita tahu pasal air (aspek belajar dalam kelas), isu semasa, dan teknologi terkini yang digunapakai atau yang sedang dibangunkan. Perkara nie menekakan aspek mengambil tahu dan sentiasa mengikuti isu semasa. Nampak macam senang tapi salah jawab memang nampak kita tak pandai.

Soalan bentuk kepimpinan dan pengurusan juga akan ditanya. Kat sini point kematangan berfikir dan kritis dalam menilai persekitaran diperlukan. Contohnya "sebutkan satu prinsip Rukun Negara dan kaitkan dengan tugas sebagai penjawat awam" (nie soalan Tuan Faizal masa interview)

Sekarang baru Sakura faham, kita bukan mencari calon yang ada kelayakan yang tinggi tapi kita perlukan orang2 yang mampu berfikir dengan kritis, kreatif dan berpandangan jauh juga.

Kalau ada yang nak bawak thesis, silakan la tapi jangan sampai kita terperangkap kerana tidak memahaminya dengan baik. Tgk kepada keperluan temuduga, kalau dia suruh bawa, wajib dibawa folio tue......esp arkitek dengan pembantu arkitek.

Buat yang beragama Islam. Malam sebelum g interview baca Surah An Nur. Moga dimudahkan menjawab dan mendapat kerja 

** berkait part1, part2 

Monday, 9 July 2012

Floria 2012

Tengok jela gambar......................

Tahun nie Sakura x g pun melawat tapak pameran Floria. Mcm x d perasaan pulak cuma g tgk Magical Night jer. (magical night nie ada bunga api dengan bot berhias). Tema tahun nie “Bougainvillea - Enduring Beauty”.

BUNGA API







BOT BERHIAS






Friday, 6 July 2012

BOS!

Hari Selasa hingga semalam, Sakura kena g Kursus.(7 hari wajib menghadiri kursus bagi penjawat awam). Pelajaran yang utama untuk menjadi penyelia@bos yang bagus adalah "Bos mesti lebih pandai dari anak anak buah supaya kemampuan dan kredibiliti bos tidak dipertikai dan anak buah hormat"

Sakura memang sokong kenyataan nie sebab memang terbukti di pemikiran Sakura. Bila bos kita x pandai buat keputusan dan tidak bertindak dengan langkah yang sepatutnya, anak buah nie tadi akan serta merta tanam dalam pemikiran " Bos aku nie bukannya pandai sangat, semuanya pun suruh anak buah, keje dia pun anak buah yang fikirkan". Bos sepatutnya adalah tempat rujukan, tapi kalau tempat jadi rujukan pun x boleh diharap, anak buah sendiri juga yang kena pikir macam mane.

Lagi satu kat kursus tue juga ada tekankan, kalau jadi penyelia@bos , jangan sesekali cakap kat anak buah "Saya bos! awak kena dengar cakap saya". Nie senjata paling tajam. Kalau terkeluar nie, alamatnya anak buah tadi hilang hormat terus pada bos. Nie memang terbukti sebab Sakura pernah kena. Memang terus lah Sakura boikot dan tak hormat langsung. "Ape ko ingat ko jadi bos, kau semua betul ker, orang lain semua salah ker? Hormat la pendapat anak buah dulu, jangan mematikan pendapat dan menafikan hak orang lain untuk memberi pendapat. Kalau macam tue baik ko buat keje sorang2. X payah ada orang bawahan. Dah ko yang yang pandai sorang."

Hehehe...sekian sahaja perkongsian untuk hari nie

gambar dr en google

Thursday, 5 July 2012

Running Man!

Sakura dah gila tgk Running Man. Tapi x d lah terpacak kat tv setiap Jumaat pukul 6 ptg. Hehehe....Biasalah tayang Astro, mesti ulang tayang punya. Waktu Sakura akan terpacak adalah pukul 6.45 hari Sabtu (lepas solat Subuh dan selepas Tuan Faizal masuk bilik air or solat). Pagi-pagi orang lain g jogging, Sakura melepak depan tv. Klu dengar orang gelak2 pagi2, dah tentu makhluk tue bernama Sakura.





Wednesday, 4 July 2012

Happy Birthday Sayang!


Hari nie adalah ulangtahun Tuan Faizal. Doa Sakura untuk Tuan Faizal

1. Semoga sentiasa dalam kerahmatan Allah
2. Dimurahkan rezeki
3. Menyayangi ibu bapa, Sakura dan semua ahli keluarga
4. Diberikan kesihatan yang baik dan tinggalkan merokok.

Happy Birthday Sayang! 


LOVE U FOREVER



Tuesday, 3 July 2012

Dari Tingkap Pejabat : UPSM

hari jerebu



  
hari hujan  

hari terang

Pemandangan KL dari tingkap bilik opis Sakura

Monday, 2 July 2012

Durian





Selama 2 hari pulun makan durian. Hari Sabtu gi makan kat Dengkil (dekat enterence Bukit Unggul) dan semalam kat rumah special delivary....Mmg makan semahunya. Hari Sabtu 4 biji dan semalam ada dalam 4 biji kecil dan 2 biji besar. Siap buat serawa durian (makan dengan roti, sebab x pandai kukus pulut)  sebab dah x larat nak habiskan. Jangan demam sebab makan durian dah.