Friday, 9 March 2012

Tips Melancong@Bershopping Di Bandung

Berikut adalah perhatian dan langkah-langkah keselamatan untuk melancong di Bandung:

1. Pastikan matlamat nak pergi bercuti tue yang mana satu, mmg bercuti or bershopping. Kalau betul nak bershopping teruskan ambil flight KL ke Bandung jer. Tak payah nk dari Jakarta sebab banyak masa akan terbuang sebab perjalanan dari/ke Jakarta. Lagipun senang nak angkut hasil shopping tadi.
2. Tempah tiket flight masa promosi RM1 or RM0.10. So tiket dalam RM 300 untuk dua orang. Untuk tempahan awal, just ambil tiket sahaja. Kemudian baru decide nak ambil baggage dan meal.
3. Kalau boleh ambil flight pagi, supaya sampai di Bandung dah boleh berjalan cuci mata
4.Pastikan tempat tinggal yang selesa. Kalau boleh, cari sendiri (tru Agoda) or recommanded dr kwn2 yang dah pergi. Kalau pak supir yang cari, entah hotel mane dia bagi. Tahap kebersihan hotel kt sini x berapa bagus sangat. Jadi untuk yg allegic kotor, memang geli nk pijak. 
5. Tuliskan kt kertas money conversion. Nie penting sebab nanti korang akan pening dengan harga yang ada. Silap haribulan lebih mahal dr KL.
6. Untuk yang first time pergi, adalah baiknya korang g dengan orang yang pernah pergi. mudah nak spot tempat yang menarik. Untuk next percutian, bolehlah kalau nak g sendiri.
7. Tukar duit pun x payah banyak2. Cukup dalam tangan untuk spent hari pertama jer (dalam RM700/Rp2juta).  Yang lain boleh  keluarkan kat sana untuk yang ada CIMB dan Maybank. Over the phone jer untuk active international transaction. CIMB sangat mudah dapat kt sana. Coversion pulak masih ikut rate Malaysia.
8. Kalau g Tangkuban Parahu, jgn terpedaya dengan penjual yang ada. Memang mahal sangat dia orang jual. Kalau nak beli keychin harga bawah rp50,000 boleh dapat 30 keychin kt Strawberry Park.
9. Kalau g Pasar Baru pulak, tawar harga yang paling rendah or yang korang nak. Kena merajuk sikit baru dapat d best price yang korang nak. G jer shopping kt floor bawah sampai 3 jer (rasanya dah beratus kedai pun). Sebab kt atas susah sikit nak kurangkan harga. Kalau pekedai x nak bagi, terus je jalan cari kedai lain. Berpuluh lagi kedai yang ada.
10. Pastikan kasut yang dipakai adalah selesa untuk aktiviti berjalan. Kalau x nanti kaki akan sakit. X pun boleh gi beli kasut baru kat sana.
11. Makanan x d masalah. Sangat menepati citarasa.
12. Kalau g Tanah Abang, harga memang susah nak kurang, jadi buat perbandingan jer harga kat Malaysia. Korang akan dapat harga kt sini rendah 3 kali ganda dari KL. 
13. Klu boleh jangan bwk handbag, guna bagpack or porch bag jer.
14. Bwk baju untuk sehari jer, yang lain boleh beli kat sana. Jadi x banyaklah muatan beg yang dibawa. Balik boleh bawak barang lagi banyak.



LCCT KL

Kena serbu dengan penjual souvinier

pemandangan malam kat Rumah Mode

Florest Hotel

Hasil shopping

Hasil shopping

Bye2 Jakarta- KL here I come


1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete