Sunday, 11 March 2012

Makan-makan Di Bandung

Kalau g ke sesuatu tempat, mesti perkara penting yang kita nak mesti tempat makan yang best. Kat bandung nie pun x kurang juga citarasa makanan yang ada. Tempat makan yang menepati citarasa di Bandung nie antaranya:

1. Warung Setia Budi - kata sini yang best Bakso Kampung dan Surabi. memang dalam banyak2 Bakso yang dimakan kat sini, yang nie paling sedap. Surabi pulak, the one and only yang ada (setakat pengetahuan cetek pasal Bandung). Surabi nie macam pancake yang diletak mcm2 perisa. Boleh Ayam mayonise, strawberry, pisang coklat dan banyak lagi. Memang best makan kt sini. Next time, wajib berkunjung di sini yerk.


Dapur buat Surabi

ada live-Band

senarai menu Surabi

senarai menu Baso

Nie la rupa Surabi- yang nie x sesedap Surabi ayam

2. Bali Seafood - kedai nie memang rate KL. Makanan yang dimasak pulak adalah citarasa Bali. Berbeza dengan Kedai seafood Malaysia yang bercitarasa Thailand. Memang makan dengan puas la malam tue. Rasanya ini lah makan yang paling mahal setakat nie sebab bil berjumlah 1 juta. Bangga dapat makan dengan nilai sejuta, ada sesape yang berani.

romantik kan

mcm kantin sekolah


ceiling n down light

Kiri- Snow White, Kanan- Puteri Bali @ jemput minum, sedap!

telur goreng pun ada jugak

jemput makan


licin

nah bilnya. 1 juta (rupiah jer)



3. Kedai makan Sunda- tak ingat nama ape. Tapi masakan sunda memang sedap. Siap pakat tambah sambal belacan dan ayam panggang lagi. Kt sini, first time cuba gurami goreng. Sedap dan ranggup. Yang bestnya ikan nie boleh pulak membengkok bila dah digoreng.


rupa gurami goreng, sambal belacan atas lesung lagi

makan time

apricot dan soda gembira


4. Food Court Pasar Baru- yang nie uniknya ada Es Duren. Es Duren nie adalah santan dan ais kisar dan isi durian (ada dalam 4 ulas durian). Wajib cuba yerk untuk sesape yang datang sini.


Es duren - amacam?
gado-gado








No comments:

Post a Comment