Tuesday, 27 March 2012

Si Putih


Gelaran untuk Kancil kesayangan yang telah menjadi teman setia kemana-mana sejak 12 tahun dulu. 12 tahun? dah umur budak nak UPSR tau. Kereta nie, mak yang beli untuk Sakura ulang alik rumah g belajar. Nie lah kekdah untuk anak kesayangan balik rumah dan tak tinggal hostel. Alhamdulillah dengan pemberian mak. Kalau x, mesti Sakura adalah orang paling setia menaiki bas dan duduk kat hostel jer. 

Macam-macam kisah dengan kete putih nie selain dari berjasa membawa rakan-rakan lain g kelas. Sakura x kisah dengan Kancil Manual 0.6 nie. Kenapa? orang lain masih berebut bas nak g kelas, Sakura ada kete. Bukan nak berlagak tapi bersyukur dengan kemudahan yang diberikan. 

Dengan si putih nie juga Sakura pakai g keje tau. Sakura x peduli dan x ambil kisahpun nak tukar lain. Biarlah la orang cakap Sakura sengkek. Sebabnya kete nie dah habis bayar 2003 lagi. Jadi sekarang pakai jer dengan kos untuk servis dan petrol. Jadi duit lebih boleh enjoy.......

Sakura ingat lagi macam mane wajah mak balik dari kerja bagi tau yang mak dah booking kete. Muka mak sangat happy. Ait! mak yang beli tapi mak yang lebih gembira. Mak booking selepas sehari ke seminggu selepas Sakura dapat lesen kete. Lesen kete pulak Sakura dapat sebab hadiah dari mak dapat 14 aggregate masa SPM (batch akhiryang guna aggregate dalam SPM). Jadi mak pun bagi tau, mak akan support semua kos ambil lesen kete. 

Sakura masih ingat lagi, masa kete 2 dapat pada hari Jumaat sebulan selepas mak booking kete. Masa tue Maghrib dan Sakura menapak dari simpang tiga rumah masuk kedalam. Dari jauh, dah nampak kete kancil putih ada kat porch kete. Dalam hati, sukanya kete dah ada. 

Lepas tue bermula episod kena training dengan bapa untuk bawa kete. Bila belajar dengan bapa, macam biasa adegan kena pekik. Tapi anak sorang ade dia kisah, suka hati jelah bawak kete. Janji x accident, macam mane cara pun, ade Sakura peduli? Ada nampak sticker P. Jadi mohon bagi laluan la yerk. I budak baru belajar.Kalau salah jangan horn!

Kejadian accident, adalah beberapa kali terjadi, 
1. Gesek tembok porch kete. Time nie mak dah menjerit dari dalam rumah lagi, gesek sikit jer. 
2. Dilanggar lari kat Jalan Batu Tiga. Sakura pun x tahu sape yang melanggar. Tapi rasanya motor.
3. Terlanggar sampai pecah lampu signal masa nak parking kete. Kejadian nie rasanya 3 kali berlaku. 

Faktor kenapa Sakura sayang kete nie adalah
1. Senang nak parking sebab kecil
2. Senang nak menyelit dalam kesesakan.
3. Menyerlahkan ke"terror"an Sakura membawa kete sebab boleh bawak kete manual.

Sekarang nie, Si Putih nie dah selamat menjadi milik Sakura yang sah. Ini selepas proses tukar nama dari mak ke Sakura yang dah diluluskan. Walau ape pun perkhidmatan si Putih masih lagi diperlukan untuk berjalan ke pasar dan dalam Putrajaya jerk. Jalan jauh atau g keje jauh nun di KL, Sakura kurang yakin.

No comments:

Post a Comment