Tuesday 13 March 2012

06.03.2007

Lewat seminggu post nie. Gara-gara aktiviti percutian la nie. Tarikh 06.03.2007 merupakan tarikh yang bermakna buat Sakura kerana ia merupakan tarikh Sakura mula dilantik sebagai Penjawat Awam. Diam x diam dah 5 tahun berkhidmat. Rasa macam x percaya pun yer juga. Eh, betul ke dah 5 tahun nie. Banyak yang telah dilalui dan banyak juga ilmu yang perlu dicari. Sepanjang 5 tahun berkhidmat nie, ilmu yang dah dipelajari adalah pengurusan projek. Next step kita akan menuju pulak kepada Design dan Pengurusan Aset pulak. Insa'allah.

Boleh dikatakan tahap kesusahan berkerja Sakura agak sukar pada mulanya. Almaklumlah duduk di KADER dan pada masa tue memang fresh grad dan x d experience berkerja. Jadi kena lah byk belajar dengan dengan bos-bos dan rakan sekerja yang lain. Mujurlah juga semua supportive dan menyenangkan, semua boleh diajak berbincang dan memberi pendapat.Pengalaman KADER KPM, Unit Teknikal Bahagian Pembangunan KPM memang yang terindah dan sangat menyeronokan. Semua sebagai sebuah keluarga, x kisah ape pangkat pun, semua boleh duduk dan makan bersama. Tiada perbezaan pun. Keseronokkan di KPM memang tiada tandingan ditempat lain. I miss that place. Tapi kalau suruh balik berkhidmat dengan KPM sekarang, dah x rela nak pergi.

Anugerah terbaik dalam hidup mestilah bercinta dan berkahwin dengan tuan Faizal. Nie adalah anugerah yang paling terindah buat Sakura. Selain tue mestilah dapat APC 2009. Alhamdulillah, ada juga orang nak iktiraf. Bak kata Pn Samini (former bos J54 Arkitek, seorang bos yang pemurah dan rajin mengajar x kira apa disiplin) "You do your job, rewards come later". Tapi sebenarnya ayat nie mengajar buat keje dengan ikhlas dan sepenuh hati utk kepuasan diri kita sendiri, bukan untuk  menunjuk-nunjuk kepada orang kerja kita.

Semoga kemajuan kerjaya Sakura akan dapat diperkembangkan dan dipertingkatkan lagi untuk 28 tahun akan datang. Insa'allah


gambar mula masuk kerja, 2007
gambar tahun lepas
gambar terbaru

^V^; makin chubby.......

No comments:

Post a Comment