Semalam, Tuan Faizal dan Sakura dah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan menjadi pelanggan En Aziz lagi. Setelah banyak perkara dipertimbangkan. Cukup hanya setakat CMS3 sahaja. Kewangan keluarga dah banyak yang pulih dan tinggal untuk investment sahaja. Semua hutang kad kredit major dan personal loan dah terkawal. Jadi x perlulah teruskan planning En Aziz. Bukan sebab dh pandai tapi dah macam gali lubang tampal lubang jer.
Kalau ikutkan planning asal memang bagus, sebab kita akan menggunakan kaedah OD ASB. Tapi nasib kami x baik, OD ASB di hentikan dan kami hanya gunakan Current Acount. Bila difikirkan balik kenapa perlu withdraw kad kredit setiap bulan untuk top-up current account. Duit dan masa byk terbazir untuk bayar interst credit card dan gi withdraw/bayar balik. Kalau OD ASB memangla cara nie berkesan sebab nak kurangkan interest OD. Nie current acount ok. Debit dan kredit adalah sama dan tiada interest.
Adalah baiknya kalau duit gaji bersama tadi digunakan masih macam planning En Aziz (tolak duit belanja, kereta, rumah laguna, PTPTN). Surplus tadi pulak akan dimasukkan dalam ASB. Memangla x banyak , tapi ada jugak menabungnya. Okla, daripada dulu langsung x d. Bila tengok roll over En Aziz untuk bulan 4 ( kena amik Citibank RM8k dan bayar bulan-bulan RM 800 sampai habis) same jer macam menabung duit lebihan. Klu ikut planning En Aziz, simpanan ASB sebulan adalah lebih dari RM3K. Biarlah sedikit tapi berterusan.
Cukup lah dengan ape yang ada. Hasrat nak beli rumah baru, tangguh la dulu sampai dah betul-betul mampu (tunggu naik pangkat lagi la nampaknya, rumah idamankan ku berharga RM 500K sekarang nie) . Rasanya klu dapat buat full settlement Personal loan Bank Rakyat, kewangan keluarga akan bertambah lagi dah agak stabil lagi. Target untuk setelkan Personal loan tue sebelum 2015.
Langkah sekarang, setelkan semua kad kredit yang dipakai (Affin, CIMB dan Maybank yang jumlahnya kurang seribu tue). So next month, we do it our way.
Lagi satu betul gak kata Tuan Faizal, fee dia 3% dari ape yang tercapai. Tapi urusan semua kita yang buat. patutnya dia yang uruskan. Memang jual air liur betul. Bila kenang balik banyak jasa En Aziz sebenarnya dalam restructure balik kewangan tue memang x dinafikan. Terima kasih banyak-banyak. Cukuplah impian kereta tercapai buat masa nie. Yang rumah tue, kalau Allah dah tertulis untuk Sakura. Macam mane cara pun mesti ada rezeki punya. Insa'allah.
No comments:
Post a Comment