Dengan semangat menjadi office terbaik, Sakura telah berusaha keras untuk mencantikkan bilik office sendiri. Hasilnya dapat dilihat dibawah tapi Sakura lupa nak ambil gambar masa tengah bersepah....
Kemas x bilik Sakura??Masa mengemas nie lah baru Sakura perasan yang mug
Sakura telah beranak menjadi tujuh biji. Penambahan koleksi nie adalah
hasil dari hadiah birthday UPSM dan BPSM serta doorgift raya 2010.
Hopefully tahun nie , ada lagi pembahan koleksi mug nie lagi....
Tiada yang indah selain kebahagian dan kegembiraan dalam hidup. Namun kadangkala kesedihan dan kedukaan menjadi peneman perjalanan. Harus tabah menghadapinya demi kehidupan yang sempurna. Kehidupan adalah perjalanan yang tidak dirancang. Hanya perlu mengharunginya dan belajar untuk memahami dan mengatasinya. Warna-warninya adalah lakaran yang dicorakkan bagi memberi pengertian yang besar. Hanya keberanian dan ketakutan menjadi peneman setia.
Friday, 30 March 2012
Thursday, 29 March 2012
Ada Orang Jauh Datang Lawat....
Akhirnya setelah dua bulan berhijrah....datang juga orang yang dirindui pergi melawat kami di sini......Rindu....serindunya....nie bukan tipu-tipu tapi betul-betul. Orang itu adalah Puan Sue Faizah.
Kesian tengok puan dok kena kerah kehulu kehilir g bengkel dan serbanika untuk mewakili Pengarah Melaka. amacam puan? Best UPSM ker balik Melaka. Mestilah jawapan puan balik Melaka. Walaupun kena kerah.
Ole Umrah
Terima kasih kepada En Zarabizan kerana kesudian memberi ole-ole Umrah. terharu I. Ingat juga En Zack, walaupun Sakura bukan anak buah dia tapi ada juga dapat tempias. Lepas nie dah x jumpa lagi dah dengan En Zack sebab dia nak sambung PHD. Bidang aper, tidak dikesan. Tapi rasanya macam kat UTM sambungnya. Anyway Good Luck untuk En Zack. Moga berjaya dengan jaya mendapat gelaran Dr. yer dan silaturahim akan sentiasa terjalin. Sayonara ............
bagus x idea nie??? |
Tuesday, 27 March 2012
Si Putih
Gelaran untuk Kancil kesayangan yang telah menjadi teman setia kemana-mana sejak 12 tahun dulu. 12 tahun? dah umur budak nak UPSR tau. Kereta nie, mak yang beli untuk Sakura ulang alik rumah g belajar. Nie lah kekdah untuk anak kesayangan balik rumah dan tak tinggal hostel. Alhamdulillah dengan pemberian mak. Kalau x, mesti Sakura adalah orang paling setia menaiki bas dan duduk kat hostel jer.
Macam-macam kisah dengan kete putih nie selain dari berjasa membawa rakan-rakan lain g kelas. Sakura x kisah dengan Kancil Manual 0.6 nie. Kenapa? orang lain masih berebut bas nak g kelas, Sakura ada kete. Bukan nak berlagak tapi bersyukur dengan kemudahan yang diberikan.
Dengan si putih nie juga Sakura pakai g keje tau. Sakura x peduli dan x ambil kisahpun nak tukar lain. Biarlah la orang cakap Sakura sengkek. Sebabnya kete nie dah habis bayar 2003 lagi. Jadi sekarang pakai jer dengan kos untuk servis dan petrol. Jadi duit lebih boleh enjoy.......
Sakura ingat lagi macam mane wajah mak balik dari kerja bagi tau yang mak dah booking kete. Muka mak sangat happy. Ait! mak yang beli tapi mak yang lebih gembira. Mak booking selepas sehari ke seminggu selepas Sakura dapat lesen kete. Lesen kete pulak Sakura dapat sebab hadiah dari mak dapat 14 aggregate masa SPM (batch akhiryang guna aggregate dalam SPM). Jadi mak pun bagi tau, mak akan support semua kos ambil lesen kete.
Sakura masih ingat lagi, masa kete 2 dapat pada hari Jumaat sebulan selepas mak booking kete. Masa tue Maghrib dan Sakura menapak dari simpang tiga rumah masuk kedalam. Dari jauh, dah nampak kete kancil putih ada kat porch kete. Dalam hati, sukanya kete dah ada.
Lepas tue bermula episod kena training dengan bapa untuk bawa kete. Bila belajar dengan bapa, macam biasa adegan kena pekik. Tapi anak sorang ade dia kisah, suka hati jelah bawak kete. Janji x accident, macam mane cara pun, ade Sakura peduli? Ada nampak sticker P. Jadi mohon bagi laluan la yerk. I budak baru belajar.Kalau salah jangan horn!
Kejadian accident, adalah beberapa kali terjadi,
1. Gesek tembok porch kete. Time nie mak dah menjerit dari dalam rumah lagi, gesek sikit jer.
2. Dilanggar lari kat Jalan Batu Tiga. Sakura pun x tahu sape yang melanggar. Tapi rasanya motor.
3. Terlanggar sampai pecah lampu signal masa nak parking kete. Kejadian nie rasanya 3 kali berlaku.
Faktor kenapa Sakura sayang kete nie adalah
1. Senang nak parking sebab kecil
2. Senang nak menyelit dalam kesesakan.
3. Menyerlahkan ke"terror"an Sakura membawa kete sebab boleh bawak kete manual.
Sekarang nie, Si Putih nie dah selamat menjadi milik Sakura yang sah. Ini selepas proses tukar nama dari mak ke Sakura yang dah diluluskan. Walau ape pun perkhidmatan si Putih masih lagi diperlukan untuk berjalan ke pasar dan dalam Putrajaya jerk. Jalan jauh atau g keje jauh nun di KL, Sakura kurang yakin.
Friday, 23 March 2012
Ole-ole Bandung
Ole-ole atau buah tangan adalah benda wajib yang kena dibawa balik dari tempat bercuti. Paling tidak pun kita akan cari key-chin untuk dijadikan ole-ole untuk rakan-rakan dan saudara. Kalau g negara yang mempunyai nilai matawang yang tinggi, nie jelah yang termampu.
Since g bercuti ke Bandung hari tue, Sakura memilih barang-barang berikut untuk dijadikan ole-ole:
1. Kain Batik Lepas - nie untuk kawan dan saudara rapat
2. Baju bandung - officemate
3. Baju kemeja lelaki - bapa, pa, pakcik2 dan adik
4. Baju t-shirt FO - bapa,pa,adik2
5. Kain Pasang Jubah - ibu, makcik2
6. Kacang Bandung
7. Key-chin - officemate
8. Fridge Magnet - utk diri sendiri
Tapi sebenarnya kat Bandung n, ada banyak ole-ole yang boleh dibawa balik
1. Pisang salai
2. Brownies Kartika/amanda
3. Perfume pelbagai jenama terkenal (30ml=30,000Rp=RM 10)
4. barang kulit.
Next trip, barang-barang nie pulak untuk diberikan. Tunggu.........
Since g bercuti ke Bandung hari tue, Sakura memilih barang-barang berikut untuk dijadikan ole-ole:
1. Kain Batik Lepas - nie untuk kawan dan saudara rapat
2. Baju bandung - officemate
3. Baju kemeja lelaki - bapa, pa, pakcik2 dan adik
4. Baju t-shirt FO - bapa,pa,adik2
5. Kain Pasang Jubah - ibu, makcik2
6. Kacang Bandung
7. Key-chin - officemate
8. Fridge Magnet - utk diri sendiri
nie beli kt airport |
ala-ala kacang botak |
Tapi sebenarnya kat Bandung n, ada banyak ole-ole yang boleh dibawa balik
1. Pisang salai
2. Brownies Kartika/amanda
3. Perfume pelbagai jenama terkenal (30ml=30,000Rp=RM 10)
4. barang kulit.
Next trip, barang-barang nie pulak untuk diberikan. Tunggu.........
yang nie Sakura pilih Kenzo Flower untuk diri sendiri. |
Tuesday, 20 March 2012
Perikemanusiaan
Manusia akhir Zaman, tue lah yang boleh Sakura cakap tentang masalah masyarakat pada zaman millenium. Ada segelintir yang mengalami masalah tekana jiwa sampai sanggup berperilaku seperti binatang dan kejam. Sanggup menculik, mencuri dan merompak kemudian membunuh. Tak kira yang masih kecil sampai yang berusia emas. Tanpa belas kasihan menganiaya orang lain. Kes terbaru culik, mangsanya umur 15 tahun . Apelah nasib budak tue. Moga selamat Sakura doakan dan dapat kembali bersama keluarga. Minggu lepas kes Dirang, diculik dan mayatnya dijumpai rentung. Apelah salah budak kecil yang beusia 5 tahun nie. Sanggup bunuh dengan motif yang tidak dikeathui lagi. Istilah selamat dah x wujud di zaman millenium nie. Sangat merisaukan dan membimbangkan.
ihsan en google |
ihsan en google |
Nak pergi mane-mane pun dah x selamat, untuk yang kecil mahupun yang dewasa. Kalau nak berjalan sorang-sorang pada masa sekarang, memang dah x boleh. Mesti ada orang teman kalau nak pergi. Dunia dah x selamat.
Sakura berdoa agar keselamatan diri dan keluarga dipelihara oleh Allah dari kejahatan manusia. Amin
Wednesday, 14 March 2012
Muktamad
Semalam, Tuan Faizal dan Sakura dah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan menjadi pelanggan En Aziz lagi. Setelah banyak perkara dipertimbangkan. Cukup hanya setakat CMS3 sahaja. Kewangan keluarga dah banyak yang pulih dan tinggal untuk investment sahaja. Semua hutang kad kredit major dan personal loan dah terkawal. Jadi x perlulah teruskan planning En Aziz. Bukan sebab dh pandai tapi dah macam gali lubang tampal lubang jer.
Kalau ikutkan planning asal memang bagus, sebab kita akan menggunakan kaedah OD ASB. Tapi nasib kami x baik, OD ASB di hentikan dan kami hanya gunakan Current Acount. Bila difikirkan balik kenapa perlu withdraw kad kredit setiap bulan untuk top-up current account. Duit dan masa byk terbazir untuk bayar interst credit card dan gi withdraw/bayar balik. Kalau OD ASB memangla cara nie berkesan sebab nak kurangkan interest OD. Nie current acount ok. Debit dan kredit adalah sama dan tiada interest.
Adalah baiknya kalau duit gaji bersama tadi digunakan masih macam planning En Aziz (tolak duit belanja, kereta, rumah laguna, PTPTN). Surplus tadi pulak akan dimasukkan dalam ASB. Memangla x banyak , tapi ada jugak menabungnya. Okla, daripada dulu langsung x d. Bila tengok roll over En Aziz untuk bulan 4 ( kena amik Citibank RM8k dan bayar bulan-bulan RM 800 sampai habis) same jer macam menabung duit lebihan. Klu ikut planning En Aziz, simpanan ASB sebulan adalah lebih dari RM3K. Biarlah sedikit tapi berterusan.
Cukup lah dengan ape yang ada. Hasrat nak beli rumah baru, tangguh la dulu sampai dah betul-betul mampu (tunggu naik pangkat lagi la nampaknya, rumah idamankan ku berharga RM 500K sekarang nie) . Rasanya klu dapat buat full settlement Personal loan Bank Rakyat, kewangan keluarga akan bertambah lagi dah agak stabil lagi. Target untuk setelkan Personal loan tue sebelum 2015.
Langkah sekarang, setelkan semua kad kredit yang dipakai (Affin, CIMB dan Maybank yang jumlahnya kurang seribu tue). So next month, we do it our way.
Lagi satu betul gak kata Tuan Faizal, fee dia 3% dari ape yang tercapai. Tapi urusan semua kita yang buat. patutnya dia yang uruskan. Memang jual air liur betul. Bila kenang balik banyak jasa En Aziz sebenarnya dalam restructure balik kewangan tue memang x dinafikan. Terima kasih banyak-banyak. Cukuplah impian kereta tercapai buat masa nie. Yang rumah tue, kalau Allah dah tertulis untuk Sakura. Macam mane cara pun mesti ada rezeki punya. Insa'allah.
Tuesday, 13 March 2012
06.03.2007
Lewat seminggu post nie. Gara-gara aktiviti percutian la nie. Tarikh 06.03.2007 merupakan tarikh yang bermakna buat Sakura kerana ia merupakan tarikh Sakura mula dilantik sebagai Penjawat Awam. Diam x diam dah 5 tahun berkhidmat. Rasa macam x percaya pun yer juga. Eh, betul ke dah 5 tahun nie. Banyak yang telah dilalui dan banyak juga ilmu yang perlu dicari. Sepanjang 5 tahun berkhidmat nie, ilmu yang dah dipelajari adalah pengurusan projek. Next step kita akan menuju pulak kepada Design dan Pengurusan Aset pulak. Insa'allah.
Boleh dikatakan tahap kesusahan berkerja Sakura agak sukar pada mulanya. Almaklumlah duduk di KADER dan pada masa tue memang fresh grad dan x d experience berkerja. Jadi kena lah byk belajar dengan dengan bos-bos dan rakan sekerja yang lain. Mujurlah juga semua supportive dan menyenangkan, semua boleh diajak berbincang dan memberi pendapat.Pengalaman KADER KPM, Unit Teknikal Bahagian Pembangunan KPM memang yang terindah dan sangat menyeronokan. Semua sebagai sebuah keluarga, x kisah ape pangkat pun, semua boleh duduk dan makan bersama. Tiada perbezaan pun. Keseronokkan di KPM memang tiada tandingan ditempat lain. I miss that place. Tapi kalau suruh balik berkhidmat dengan KPM sekarang, dah x rela nak pergi.
Anugerah terbaik dalam hidup mestilah bercinta dan berkahwin dengan tuan Faizal. Nie adalah anugerah yang paling terindah buat Sakura. Selain tue mestilah dapat APC 2009. Alhamdulillah, ada juga orang nak iktiraf. Bak kata Pn Samini (former bos J54 Arkitek, seorang bos yang pemurah dan rajin mengajar x kira apa disiplin) "You do your job, rewards come later". Tapi sebenarnya ayat nie mengajar buat keje dengan ikhlas dan sepenuh hati utk kepuasan diri kita sendiri, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang kerja kita.
Semoga kemajuan kerjaya Sakura akan dapat diperkembangkan dan dipertingkatkan lagi untuk 28 tahun akan datang. Insa'allah
gambar mula masuk kerja, 2007 |
gambar tahun lepas |
gambar terbaru |
^V^; makin chubby.......
Monday, 12 March 2012
Mohd Rais Naufal Bin Mohd Amir
Alhamdulillah dengan selamatnya Mariam@adikku melahirkan putera sulung@first generasi kedua Hj Idris@ke lapan generasi ketiga Hj Jamali pada 5.3.2012. Sorry yer dik, time tue kakak tengah bercuti@bersuka-suka di Bandung. Nama putera sulung generasi kedua nie, Mohammad Rais Naufal bin Mohd Amir.
Baby Rais nie memang kuat semangat betul. Ape taknya, lahir je dah berpisah dengan maknya sebab kena di masukkan ke Hospital Ampuan Rahimah sebab ada jangkitan kat paru-paru@pernafasan abnormal. Lagipun Klinik Razif x d pakar kanak-kanak. Kesian baby Rais dan Mariam pun kesian gak sebab terpaksa berulang dari rumah untuk feeding baby Rais. Akhirnya hari Jumaat, baby Rais dah boleh balik rumah selepas pernafasan normal dan penyakit kuning pulih.
Hari Sabtu lepas barulah, makciknya@Sakura yang bertuah nie balik tengok baby Rais. Alhamdulillah juga, aqiqah utuk baby Rais dah selamat disempurnakan. Buat sekor kambing sebab yang sekor lagi buat kat Segamat. Cara paling ringkas idea bapa Rais@Mohd Amir@adikku sendiri, tempah dengan Saleha Catering Kg Delek untuk masak kambing kuzi, lepas tue bungkus sendiri untuk hantar kat semua yang terdekat. Senang x payah bersepah rumah dan kos pun x banyak. Insa'allah klu ada rezeki pun, Sakura nak buat macam tue jer. Tak perlu nak susahkan orang lain. Ringkas dan mudah. Almaklumlah, makcik-makcik semua dah x berapa kuat nak tolong. Jadi jangan susahkan orang lain.
Semoga baby Rais akan menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab kepada keluarga dan hidup dalam keberkatan di dunia dan akhirat.
^V^: Sakura akan merindui baby Rais untuk selama tempoh Mariam berpantang, baby Rais akan balik Segamat hari nie.
Sunday, 11 March 2012
Makan-makan Di Bandung
Kalau g ke sesuatu tempat, mesti perkara penting yang kita nak mesti tempat makan yang best. Kat bandung nie pun x kurang juga citarasa makanan yang ada. Tempat makan yang menepati citarasa di Bandung nie antaranya:
1. Warung Setia Budi - kata sini yang best Bakso Kampung dan Surabi. memang dalam banyak2 Bakso yang dimakan kat sini, yang nie paling sedap. Surabi pulak, the one and only yang ada (setakat pengetahuan cetek pasal Bandung). Surabi nie macam pancake yang diletak mcm2 perisa. Boleh Ayam mayonise, strawberry, pisang coklat dan banyak lagi. Memang best makan kt sini. Next time, wajib berkunjung di sini yerk.
Dapur buat Surabi |
ada live-Band |
senarai menu Surabi |
senarai menu Baso |
Nie la rupa Surabi- yang nie x sesedap Surabi ayam |
2. Bali Seafood - kedai nie memang rate KL. Makanan yang dimasak pulak adalah citarasa Bali. Berbeza dengan Kedai seafood Malaysia yang bercitarasa Thailand. Memang makan dengan puas la malam tue. Rasanya ini lah makan yang paling mahal setakat nie sebab bil berjumlah 1 juta. Bangga dapat makan dengan nilai sejuta, ada sesape yang berani.
romantik kan |
mcm kantin sekolah |
ceiling n down light |
Kiri- Snow White, Kanan- Puteri Bali @ jemput minum, sedap! |
telur goreng pun ada jugak |
jemput makan |
licin |
nah bilnya. 1 juta (rupiah jer) |
3. Kedai makan Sunda- tak ingat nama ape. Tapi masakan sunda memang sedap. Siap pakat tambah sambal belacan dan ayam panggang lagi. Kt sini, first time cuba gurami goreng. Sedap dan ranggup. Yang bestnya ikan nie boleh pulak membengkok bila dah digoreng.
rupa gurami goreng, sambal belacan atas lesung lagi |
makan time |
apricot dan soda gembira |
4. Food Court Pasar Baru- yang nie uniknya ada Es Duren. Es Duren nie adalah santan dan ais kisar dan isi durian (ada dalam 4 ulas durian). Wajib cuba yerk untuk sesape yang datang sini.
Es duren - amacam? |
gado-gado |
Adam Vs Ali
Nie antara gambar si cilik yang bersama rombongan Cik Kiah ke Bandung. Sangat menghiburkan. Ada juga aksi si cilik nie yang x sempat snap anataranya aksi Adam guling kt lantai bila nak sesuatu, Ali merangkak salah bilik, dua-dua meraung sebab bapa masing-masing keluar malam tinggalkan dia orang.
Adam |
Ali |
mamai ^V^ |
gaya Ali tido |
ganasnya Ali....... |
kena tunjuk badan jer sebab x pakai diapers dan seluar |
dia main key-chain pulak |
tido atas beg hasil shopping jer. |
aksi budak lapar |
lapar |
ni pun aksi lapar sebenarnya |
nah kau, besar betul nganganya |
kelaparan@kebuluran |
bawak bekal dulu |
comel x saya? |
Subscribe to:
Posts (Atom)