Terlalau lama tidak meninggalkan coretan di sini. Diam tak diam juga, tahun telah berganti. Selamat Datang 2012. Ketidak sempatan meninggalkan coretan adalah disebabkan kesibukan menguruskan rumah dan tiada kesempatan untuk membuka laptop di rumah. Semuanya kena diuruskan sendiri, tiada pembantu yang boleh membantu. Selama nie tuan Faizal la yang banyak membantu, mohon tolong vacum , dia tolong buat, minta mop lantai , dia buat juga , yang tak buat cuma masak dengan basuh baju jer. Gosok baju pun kekadang tuan Faizal tolong. Jadi bila dah tuan Faizal kena berehat kerana operation ACL recon. Dengan paksa relanya , kenalah buat sendiri. Bila dah kena urus sendiri, terasa sangat bertuahnya selama ini kerana tuan Faizal sudi membantu. tidak seperti suami rakan-rakan ku yang lain. Alhamdulilllah Ya Allah kau kurniakan suami yang ringan tulang. Berkenaan ACL recon tue , Sakura akan ceritakan di 'entry' yang akan datang yerk.
Tahun 2011 yang berlalu, banyak meninggalkan kenangan indah dalam hidup Sakura. Banyak yang Allah limpahkan rezeki buat Sakura. Syukur Ya Allah dengan kurniaan Mu. Semoga dengan rezeki yang ku terima ini, akan menambahkan lagi semangat untuk bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Selalu tersemat dalam hati pesanan mak " Rezeki yang kita dapat, bukan semua milik kita, ada bahagiannya adalah milik orang lain".
Cumanya, Sakura masih menunggu dengan sabar akan rezeki memperolehi zuriat. Ya Allah, Kau makbulkan dan tunaikanlah permintaan hamba Mu ini. Insa'allah dengan izin Nya, akan berjaya juga Sakura satu hari yang Allah akan kabulkan.
Walau apaun kenangan dan rezeki 2011 yang berlalu, ia tetap akan tersemat dalam lipatan hati Sakura untuk selamanya. Diharapkan di tahun 2012 ni, Allah akan memakbulkan permintaan Sakura dan menjalani kehidupan dengan gembira serta menjadi lebih baik dan bertaqwa lagi kepada Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment