Telah sebulan lamanya Tuan Faizal berada dirumah kerana MC. Selama sebulan juga lah Sakura bertugas seawal pagi bagi meyiapkan keperluan tuan Faizal. Dengan lainnya adalah bangun pagi siapkan makanan breakfast dan tengah hari. Tak susah sebenarnya kerja nie, cumanya Sakura sentiasa x d idea nak masak ape. Bab nie mmg Sakura sangat x pandai. Setiap kali nak masak, tiap kali tue lah akan tanya ape yang tuan Faizal nak makan. Tuan Faizal pulak akan bagi jawapan, masaklah ape pun, Adoi, susah gak kalau dapat laki yang tak kisah ni, sebab dia x membantu dalam mencetuskan idea. Si isteri pulak ketandusan idea. Jadi yang kesian sape? Si tuan Faizal la, ape taknya menu yang akan berulang adalah tomyam, sup ayam, sayur air kobis, goreng ikan, nasi goreng, paprik. Padahlnya banyak menu yang boleh dibuat. Antaranya masak kari, masak lemak, goreng mee, goreng bihun, nasi lemak, bubur nasi, daging singgang.
Tapi pagi tadi kira dah improve sikitla, Sakura buat breakfast untuk tuan Faizal Freach toast (sebab ada roti lagi), then tengah hari goreng pedas petola dengan kunyitkan ayam. Nanti tuan Faizal akan goreng ayam sendiri. Nasi dah masak cuma nanti perhangat sikit jer.
Peringatan buat Sakura, sila tambah idea ape nak masak tiap hari, kesian tuan Faizal yang dah jemu tue. Bermula dari hari ni yerk.....
No comments:
Post a Comment