Rezeki milik Allah, manusia perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan tanpa mengeluh kesah. Inilah yang terjadi pada hari ini, Sakura mendapat berita yang agak mengejutkan dan yang akan menggegarkan semua penjawat awam di Malaysia. Tapi tak tahulah dimana kesahihannya, tunggulah sampai diumumkan. Berita nie sgt confidential dan sumbernya boleh dipercayai. Dengan bertuahnya Sakura rasa best duduk kt sini, sebelum orang lain tahu, kita dah dapat tahu dulu.
Walau apapun yang terjadi, Sakura hanya nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati dengan orang-orang yg tak reti bersyukur. Dah diberi betis, nak peha pulak. At last semunya kena tarik. Sape yang rugi, korang gak la yang rugi. Sebagai contoh la kt sini kejadian yang pernah terjadi, semua pegawai 'complain' pasal naik pangkat yang hanya menilai dari segi LNPT dan PTK sahaja. Pasal PTK tu oklah sikit sebab tahun lepas dimansuhkan. Jadi penilaian kenaikan pangkat hanya berdasarkan LNPT sahaja. Dalam pekeliling memang la ada cakap boleh untuk buat penilaian tapi jabatan tak decide apepun bentuk penilaian yang nak dibuat. Jadi selaku urusetia, buat jelah berdasarkan apa yang ada dalam pekeliling dan ia tak menyalahi dari segi tatacaranya. Bila dah semua complain, maka jabatan pun decide untuk buat penilaan yang lain, jadi penilaian tue mirip kepada PAC la (PAC adalah penilaian untuk PTD naik pangkat). Jadi padan la muka untuk orang yang nak naik pangkat nie (termasuklah Sakura), penilaian akan semakin susah.
Untuk yang kes hari ini pulak elok-elok ko dapat kenaikan gaji lebih RM200 setahun dengan benifits lain, mungkin ia x akan terjadi dan kembali ke sistem sedia ada yang mana kenaikan gaji hanya RM90 sahaja. Disebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan gaji yang baru dan mohon untuk penyelarasan semula bagi yang melanggar dinding. Ko terus hilang segalanya, takde langung kenaikan gaji tahunan dan kekal di tangga tersebut. Bila kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki, dengan sekelip mata sahaja juga Allah akan menarik balik kesenangan itu.
Sebagai pegawai kerajaan, hidup kita memamg tidak kaya duit seperti mana kawan-kawan di private sector. Tapi banyak kemudahan yang kita dapat. Kalau kita nak mengejar duit, adalah baiknya keluar dari goverment dan cari tapak di private company. Mudahkan. Ini tak, kau complain sana sini kata kerajaan tak adil, ada duit membazir. Tapi korang kena faham setiap peruntukan telah diagihkan mengikut keperluan. Korang kena ingat, perahan keringat di goverment nie x sehebat di private tau, jadi setimpallah dengan benifits yang diberikan. Hidup orang goverment mmg x kaya tapi mudah dan senang. Itu sebenarnya prinsipnya. Lagi besar gaji kau, lagi banyak keringat dan kepayahan yang akan ko keluar tau. Pokok pangkalnya BERSYUKUR....
No comments:
Post a Comment