Hari ada Majlis Perpisahan dan Persaraan En Zolkiflie Rasip, M54, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). En Zol diluluskan pencen pilihan kerana masalah kesihatan . Beliau ada masalah dengan jantung. Sedih la juga kerana En Zol adalah seorang bos PTD yang sangat bagus. Dia amat pakar dengan urusan kenaikan pangkat, tatatertib dan berpencen. Satu kehilangan kerana dia hanya berkhidmat disini hanya untuk setahun sahaja. Keje dengan En Zol pun mudah, tanpa banyak bicara dan persoalan dan menghargai pandangan orang bawahan.
Serba sedikit pasal En Zol nie, beliau berkhidmat lama di JPA dan SPA dalam masa yg agak lama (bertahun-tahun juga la lebih 10 tahun ). Jadi semua peraturan JPA dan SPA, En Zol amat berpengetahuan dalam perkhidmatan awam. Susah nak dapat bos yang begini, tapi bila dah dapat, cepat pulak beliau meninggalkan kita. Bos baru nanti tak tahula mcm mane. Jangan mcm former Ketua BPSM sudah.
Macam mane pun, Sakura doakan agar En Zol. diberikan kesihatan yang lebih baik selepas bersara dan bergembira dengan orang-orang yang tersayang.The Best bos PTD that I ever had.
No comments:
Post a Comment