Friday, 4 November 2011

hari JUMAAT

Baca je tajuk , mesti macam-macam yang ada dalam fikiran pasal hari Jumaat. Yang lelaki pastinya akan menunaikan solat jumaat. Manakala wanita berkerjaya pulak, nie lah 'time' memenuhkan 'shopping complex'. Sangat dinantikan. Time untuk mencuci mata @release tension@gunakan duit gaji utk shopping.




Hari Jumaat bagi Sakura adalah masa paling best untuk merehat diri@nak tido puas-puas @ boleh surf internet lama-lama@buat urusan bank. Kalau nak g bershopping nie kebiasaanya Sakura malas sebab nie bukan Putrajaya@Alamanda yang boleh g naik kete. Kat tengah kotaraya nie kalau naik kete lagi lambat naik kete. Ada baiknya gunakan nikmat kaki yang Allah berikan. Kesimpulanya akan berpeluh  dan kepenatan juga la. Atas faktor itulah Sakura malas nk pergi mane-mane. Ada juga sekali-sekali menghiburkan hati yang lara dengan yang bershopping tapi yang pentingnya Sakura lebih suka berjalan bersama Huby Sakura. Almaklumlah, dia kan penasihat setia.


 Sebenarnya ada aktiviti ceramah agama yang dibuat kt surau tempat Sakura berkerja, tapi kenapalah malas sangat nk pergi. Sungguh bermasalah dan sentiasa mencari alasan untuk tidak hadir. Tapi minggu lepas berjaya juga g ceramah agama kt surau. Wah bangga sungguh kerana berjaya melawan anasir jahat. Tu pun setelah setahun berada disini. Pencapaian terbaik tau. Penceramahnya Ustazah Fatimah El-Zahara, bidang ceramahnya tafsir Al-Quran. (surah dan ayat ke berapa yang dibincangkan x berapa tau sebab masuk dah separuh jala, sebelum tu ada urusan bank). Dah ala-ala rancangan Ustazah Fatimah El-Zahara 'live' di ASTOR Oasis gitu. Saat itu, Sakura begitu menyesali diri kerana selama nie banyak membazirkan masa begitu sahaja. Alangkah baiknya kalau dimanfaatkan dengan mencari ilmu pengetahuan.


Maka dengan ini sakura berazam untuk sedaya upaya menghadirkan diri ke majlis ilmu. Supaya Sakura sentiasa beringat dan menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan ini, Sakura akan meletakkannya dalam azam tahun depan yang wajib dicapai. Untuk penghujung nie kita pupuk hati dan minat dulu. Beikrar dah macam baca Rukun Negara gitu. Insa'Allah

No comments:

Post a Comment