Hari ini tanggal 1 Muharram 1433H. Maka, buku baru telah dibuka secara rasminya. Diharapkan buku yang lama mempunyai amalan baik Sakura sepanjang tahun lepas. Semoga ia diterima oleh Allah. Insa'allah.
Tahun baru Islam tidak seperti Tahun baru Masihi yang disambut sekadar perayaan. Tetapi Tahun Islam mempunyai pengetian yang cukup besar dan amat bermakna. Sakura mengharapkan agar setiap tahun yang Sakura jalani akan sentiasa bertambah baik dan bertambah amalan soleh setiap tahun.
Kesungguhan dan keazaman untuk menjadi lebih baik adalah tuntutan yang patut dilaksankan. Bukan sahaja sebagai isteri dan anak yang soleh tetapi sebgai khalifah dimuka bumi ini. Salam Maal Hijrah buat semua.
No comments:
Post a Comment