Sunday, 13 November 2011

Tanggungjawab ANAK


Sakit jantung betul tengok Cerekarama malam nie. Tajuknya 10 Zulhijjah, kisahnya pasal anak-anak kecuali anak bongsu yang tak puas hati Ayahnya jual tanah untuk tampung duit pergi haji. Si anak sulung, kedua dengan ketiga asyik minta bahagian hasil dari duit penjualan tanah. Si ayah dan berniat untuk memberikan bahagian masing-masing semasa 10 Zulhijjah (semasa mereka pergi Mekah) dan si Adik yang bertanggung jawab untuk menyerahkan kepada adik beradik lain. Seperti biasalah adalah dramatik yang terjadi, si ayah dan bonda meninggal di Mekah tanpa sempat si anak memohon maaf. Maka mereka pun menyesal  dihujungnya.

Teladannya, janganlah Sakura dijadikan sebagai anak yang sebegitu rupa. Baik dengan Ayahda tercinta ataupun Ayahda dan Bonda Mertua. Ayahda dan bonda tercinta dah sekolahkan dengan penuh bertanggungjawab (sampai Sakura belajar di peringkat ketiga). Biarlah Sakura cari sendiri harta untuk menampung kehidupan dan berusaha untuk membahagiakan mereka. Bak kata Ayahda "Harta yang ada tidak kemana ( jangan dijual harta pusaka) tapi berusaha untuk cari harta sendiri kerana ilmu telah diberikan".
Wahai anak-anakku jangan juga dikau bersikap begitu. Jangan jadi anak yang derhaka dan tidak mengenang budi. Sayang menyayang dan kasih mengasihi kedua ibu bapa adalah harapan tinggi dari Ayahda dan Bonda. Bonda tidak mengharap harta anak-anak tetapi kasih sayang yang ikhlas yang Bonda harapkan. Ingatlah anak-anakku pesanan Bonda nie. Sampaikan juga pesanan ini kepada seluruh keturunan Bonda. 

No comments:

Post a Comment