Thursday, 1 December 2011

ASB


Hari yang dinanti telah tiba. Wah! seronoknya, tak sabar nak tengok berapa balance terakhir ASB. Secara seriousnya Sakura menyimpan ASB pada tahun lepas. Hasilnya dah hampir 1/4, hehehe. Biarlah orang kata pelaburan lain lebih banyak faedah tetapi Sakura tetap yakin dengan pencapaian ASB yang agak 'consistent' dalam memberi pulangan. Lagipun nie pelaburan untuk Melayu dan Bumiputera, kenapa tidak kita penuhkan tabungan ini. Biar x banyak janji ada. Jangan tamak untuk membuat pelaburan tetapi biarlah pulangannya tidak mengecewakan.

Secara ringkasnya ASB nie ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 1990. Ia terbuka kepada Melayu dan Bumiputera sahaja. Maksimum penyimpanan adalah RM200,000 bagi dewasa dan RM10,000 bagi remaja. Setakat nie pencapaian pulangan tidak mengecewakan. Objektif pelaburan ini adalah menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Berkenaan dengan penyimpanan ASB nie, kita boleh menyimpan secara termampu dari bulan-bulan hinggalah tahun-tahun. Simpanan pulak boleh dari potongan gaji, pengeluaran KWSP atau pun mengambil ASB loan yang meluas dibuat sekarang. Penyimpanan ASB loan nie sesuai untuk orang-orang yang susah nak membuat peruntukan duit  gaji untuk penyimpanan. Susahnya tahun pertama jer kerana perlu keluarkan duit poket sendiri untuk bayar loan tapi untuk tahun kedua, kita gunakan jer dividen yang diterima. Ini berdasarkan pembacaan Sakura, tapi Sakura x guna cara ni. Next entry Sakura akan ceritakan kaedah Sakura hasil dari menjadi pelanggan En Abd Aziz Ibrahim.

Kalau nak diikutkan, memang ada byk lagi pelaburan lain yang boleh digunapakai dan dibanggakan. Tapi bagi Sakura, adalah lebih baiknya kita penuhkan ASB dulu sebelum buat yang lain. Al maklumlah, duit Sakura bukannya banyak pun jadi jangan buat pelaburan yang berisiko. Duit susah nak cari tau! Kita manfaatkan pelaburan yang dah terjamin. Setelah penuh barulah kita bertukar kepada pelaburan yang lain pulak.

Hidup jangan tamak, nanti mengigit jari!

No comments:

Post a Comment