copy & paste |
Sakura teringatla masa 6 tahun lepas, masa tu Sakura baru jer habis belajar. Jadi dengan rasa bertanggungjawab dan tidak mahu menyusahkan Bonda dan Ayahanda tercinta, maka Sakura x kisah sangat mencari pekerjaan yang tidak mengikut kelulusan yang sepatutnya dan masa yang sama menghantar resume kat 'company engineering' yang ada kt Malaysia nie. Cari punya cari, maka Sakura pun berjaya mendapat pekerjaan yang tidaklah dimahukan. Tapi demi nk kumpul duit convo bulan Mei. Boleh saja diterima akal. Jawatan yang disandang pula "Customer Service Officer". Memang jauhkan larinya, belajar Engineering tapi buat keje Public Relation. Cubalah dulu, tak cuba x tau kan?.
Maka bermulalah episod Sakura sebagai Customer Service Officer. Basic Gaji RM 1200 sahaja dan belum tolak EPF yang RM100++. Dah tolak tu adalah dalam RM 800. Tapi biasalah ada lah penambahan duit hasil dari Overtime yang dibuat. sebulan boleh dapatla extra dalam RM 500. Jadi biasanya gaji sebulan dapatla RM 1500.
Maka duit gaji yang x seberapa tu kenalah buat pembahagian untuk diri sendiri, keluarga dan majlis convo. Sakura simpan untuk majlis convo dalam RM 200 ( untuk 3 bulan dapatla bayar untuk convo). Yang lain barulah untuk makan, petrol, dan keperluan rumah (biasanya duit air dan eletrik dan juga belanja kering). Pada masa tu Sakura tinggal bersama ayahanda dan bonda. Jadi duit rumah tiada dalam peruntukan. Ada pembahagian juga untuk insurans (sebab kena nasihat dari bonda dan sepupu untuk ada insuran, keje swasta nie tiada jaminan). Dapatla juga menyimpan dalam tabung haji dan boleh buka buku ASB. Walaupun tak banyak, tapi ada juga lah menyimpan.
Tapi nak dikatakan juga, mmg sebulan tue nak beli baju sehelai pun susah. Sebab duit yang dapat tu cukup-cukup untuk belanja jer. Jadi untuk bershopping, Sakura akan kumpul beberapa bulan, baru boleh bershopping. Masa nie , barulah Sakura rasa betapa susahnya cari duit sendiri. Maka mulalah Sakura berazam dengan tekad lagi nak cari keje yang selari dengan kelulusan sebab nak gaji banyak. Diam tak diam dekat setahun juga keje sebagai Customer Servis Officer sebelum dapat jadi PELAYAN KERAJAAN.
No comments:
Post a Comment