Wednesday, 23 November 2011

KEHILANGAN DAN PERPISAHAN

Hari Ahad lepas, Sakura telah mendapat berita yang menyedihkan iaitu Bos Mekanikal, En. Mahammad Anuar Bin Abd Malek telah meninggal dunia di Mekah. Sangat mengejutkan. almaklumlah x d sape pun bagi tahu yang En Anuar g Haji. Allah sangat menyayangi orang yang baik. Sungguh bertuah rasanya sebab En Anuar telahpun dapat mengerjakan haji. Semoga Arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.


Semalam pula kt FB ada satu blog yang menceritakan pemergian En Anuar kerana sakit jantung. Tapi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dia meminta air kerana haus. Terasa sayu jer bila tengok gambar jenazahnya di kapan dan dikebumikan. Lebih sayu lagi bila tengok kesedihan wife En Anuar. Sakura membayangkan diri berada ditempatnya. Kuat ker tidak untuk menempuhnya.

First time kenal En Anuar x d gaya Bos langsung, memang sempoi sesangat. Tapi buat keje dengan En Anuar nie memang sangat senang. X banyak soal dan setuju jer kalau ikut jalan yang betul. Jadi En Anuar la tempat bergantung untuk "fire" perunding dan NSC M&E yang degil. Nie tuntutan tugas, jadi surat amaran kena keluarkan sekiranya tidak mematuhi dokumen kontrak.  

Berita ini juga telah mengigatkan Sakura tentang kematian. Macam mana sayangpun kita akan berpisah kerana kematian. Jadi laluilah hari-hari yang indah dengan penuh bermakna dan berkasih sayang. Allah dah memilih yang terbaik untuk kita, maka hargainya dengan penuh kesyukuran.

No comments:

Post a Comment