Tetapi semenjak kebelakangan nie bila teringat Choki Choki, mesti Sakura dan Huby Sakura gelak nak pecah perut punya. Nie gara-gara satu kisah yang menarik tentang anak-anak. Sakura pinjam dari kawan Sakura cerita nie sebenarya. Cerita nie diperolehi sewaktu datang berkunjung raya.
Anak kedua kawan Sakura telah meminta kepada ibunya@kawan sakura kebenaran untuk membeli Choki choki. Tanpa banyak soal, si ibu pun benarkan membeli menggunakan duit raya yang diperolehi. Nie gara-gara duit raya simpan sendiri dan tidak mahu ibu yang simpankan. Setakat Choki Choki tu apalah sangat. Jadi si anak nie dengan gembiranya pergi la ke kedai.
Dari jauh si ibu terlihat anak kedua dan anak ketiganya begitu gembira balik dari kedai selepas membeli Choki Choki. Si ibu pun muskil la juga, kenapa yang gembira sangat. Apabila sampai di rumah si ibu pun bertanyakan mana Choki Choki yag dibeli. Tetapi si anak telah menunjukkan 'Walkie Talkie"' mainan. Garu kepala la si ibu dan terus menyergah "nie bukan Choki Choki tapi WALKIE TALKIE". Aduhai anak-anak. Patutla beriya-iya si anak minta kebenaran. Walaupun mainan tapi boleh la setakat dalam 10 meter radius dengan mengunakan kuasa bateri.
No comments:
Post a Comment