7 TIPS MENGAJAR ANAK PANDAI MEMBACA AL-QURAN~~
1. Ibu & Ayah Kena Belajar Dulu
Kalau takut mommy dan daddy mengambil masa yang lama untuk belajar mengaji terlebih dahulu, kita belajar bersama sama dengan anak anak. Kenal pasti huruf Alif, Ba, Jim dan seterusnya (bersama sama). Keywordnya ialah bersama sama
Buat muka eksaited (sebenarnya memang eksaited) bila mengenal pasti banyak jenis ‘lam alif’ didalam Juz Amma.
2. Bukan Waktu ‘Mengaji’ Semata-mata
Saya notis anak anak tidak suka jika diajak mengaji
Kata Dzakwan ‘shushah’. Jadi saya ajak mereka ‘membaca buku’
Namun buku yang mommy pilih ialah Muqaddam mereka
3. Waktu yang konsisten
Waktu yang dicadangkan ialah waktu pagi sebelum pergi kerja
Namun jika ada hari yang perlu keluar awal, ianya boleh digantikan dengan waktu selepas solat Maghrib. Amalkan sekurang kurangnya sehari sekali. Biarpun dapat bersama sama membaca 2 baris (sebelum anak mula bosan)
4. Beritahu Target Kita
Saya beritahu mereka yang saya mahu mereka pandai membaca jika ada huruf jawi atau ayat didalam Al-Quran. Sama seperti mereka pandai membaca rumi. Niat kita – mahu mereka berilmu
Dan beritahu cerita inspirasi seperti semua orang di Makkah bercakap bahasa Arab. Begitu juga orang di syurga dan Nabi terdahulu. Mereka pasti teruja mahu mempelajari satu skil baru untuk diri mereka sendiri
5. Guru yang membantu
Sebaiknya jika ada guru agama yang datang ke rumah. Adalah lebih baik dengan bacaan yang lebih tepat. Saya belajar bersama sama dengan kit bantuan mengajar Al-Quran.Ianya sangat membantu saya sendiri sebagai ‘teacher’
6. Bersabar & Tidak Marah - Marah
Betul, kita mahukan generasi yang berilmu dan berdisiplin.
Tapi dalam setiap yang kita lakukan pasti ada pengajaran yang boleh diambil. Bagi Dzakwan yang berusia 2 tahun 5 bulan, hurup Ba sama dengan Ta lagi lagi. YaPelajaran untuk Dzakwan ialah belajar menghormati buku. Tidak duduk diatas buku sudah memadai bagi kami seisi keluarga
7. Biasakan Memuji
Sudahkah anda memuji seseorang hari ini? Jika belum, mulakan dengan memuji anak dihadapannya Seperti “Pandainya Dzakwan tak koyak buku” atau “Mommy gembira sangat sebab Zikry dah pandai baca Alif Ba Ta..lepas ni jika dapat baca mukasurat sebelah, mesti mommy laaaaagi happy”. Tersenyum senyum sikecil anda sebab pujian itu memang untuk mereka!
DIBAWAKAN OLEH/JEMPUT LIKE http://www.facebook.com/
No comments:
Post a Comment