Tuesday 16 December 2014

Minda Kelas 3

Satu yang sangat alegik dan pantang dalam hidup Sakura adalah orang buang sampah merata. Ade tong sampah x nak guna. Kalau sekecil-kecil kerja pun x mampu nak buat. X payah la nak dabik dada kata ko golongan profesional apetah lagi pemegang Ijazah terkemuka universiti Malaysia. Tolonglah sedar diri awak tue ade standard dalam masyarakat tapi kalau buang sampah merata ko terus jatuh standard jadi golongan kelas 3 kot.

X payah la nak bercita-cita kata nak jadi negara maju kalau golongan terpelajar dan konon professional nie masih lagi x pandai nak buang sampah. Sedih ok Malaysia nie masih dipenuhi dengan golongan nie. Sampai bebila la cita-cita nak jadi negara maju jadi angan- angan Mat Jenin.

Sama jer taraf dengan orang yang tinggal flat kat KL atau kat memane yang ade flat di Malaysia nie. Walaupun ko tinggal kat kawasan perumahan elit sekalipun. Suka sangat buang sampah merata. Kebanyakkan flat yang Sakura g mesti ade masalah sampah yang di buang merata.

Satu lagi bila ditegur suruh amik. Boleh pulak cakap 'Makcik cleaner ade. Buat ape bayar gaji dia orang kalau x buat kerja pembersihan'. Dang. Rasa macam kepala kena hempap dengan batu besar. Adoi. Mentaliti apekah yang melanda orang Malaysia nie. Suka menghambakan orang. Atas alasan nie kot kita x boleh hidup tanpa maid dari negara luar untuk jaga dan bantu kita kat rumah. X boleh nak buat keje sendiri. Mcm orang Jepun yang x perlukan pembantu rumah untuk selesaikan keje rumah.

Berubah la rakyat Malaysia yer. Wawasan 2020 dah tinggal 5 tahun jer lagi.

No comments:

Post a Comment