Sakura mmg suka guna LRT berbanding komuter. Satu sebab utama adalah disebabkan masa menunggu LRT adalah singkat. Tapi x boleh nak jadikan alasan sebab fungsi keretapi tue berbeza. LRT adalah untuk dalam bandar dan komuter tue antara bandar bandar selain dari komuter berkongsi landasan dengan keretapi pengangkut barang dan keretapi antara negeri.
Lagi satu yg Sakura suka adalah orang yang menungu nak masuk dalam LRT bijak sikit menunggu kat tepi pintu berbanding pengguna komuter yang suka tunggu depan pintu dan x menyempat nak masuk sedangkan orang yang kat dalam keretapi x keluar lagi. Bagi Sakura sangat selfish. Prinsip terbaik untuk guna keretapi adalah utamakan orang yang nak keluar dari keretapi dulu baru yang kat luar boleh masuk. Kalau semua nak masuk dan nak keluar. Payah dan menjadi lambat pergerakkan.
Satu lagi pasal pintu masuk antara LRT dan komuter. LRT lebih tersusn, sistematik dan x perlu ade penjaga pun kat pintu keluar masuk tue. Perjalanan lancar. Berbanding komuter pintu masuk dan pintu untuk keluar hanya ade 3 laluan, bercampur pulak dengan laluan touch n go dan bertambah parah lagi ade penjaga kat luar yang dok pungut tiket dari pengguna yang guna kaedah tiket. Sesak tau tak. Tak boleh ker management KTM nie buat research dan pengamatan dengan pesaing. Pemalas yang amat. Boleh dikatakan management dia agak kuno la. Sorry to say sebab x banyak pun perubahan untuk keselesaan penguna komuter yang dilaksanakan.
Kalau sesape yang guna Stesen TBS mesti akan perasan aspek kebersihan yang ditekankan. ERL dan LRT pastinya lebih bersih dan tersusun di stesen berbanding komuter yang agak kotor dan x tersusun. Kalau hari Jumaat memang parah sebab ramai yang beratur untuk beli tiket kat kaunter bertambah lagi dengan pengunan yang nak keluar masuk dari pintu masuk. Sangat menyesakkan.
Lagi satu yang paling Sakura menyampah dengan komuter kalau guna touch n go. Kena pastikan dengar beep 2 kali masa touch. Kalau x alamatnya memang duit dalam kad habis di sedutnya. Dah dua kali Sakura kena. So terpaksa kalau touch n go untuk mintak refund. Menyusahkan betul. Dahla nak minta refund makan sebulan.
Mmg tujuan Sakura untuk memberikan kelemahan komuter sebab kalau buat aduan pun management komuter x amik pusing pun. Di buangnya aduan tue dalam tong sampah. Bajet management tue bagus dan x d kelemahan. Mesti ade yang cakap kalau x suka x payah la guna. Nie dah kes terpaksa guna sebab x alternatif lain. Dipaksa terima dan dihadamkan. Bajet x d pesaing jadi kualiti x dijaga. X patut sungguh. Dah selesai sesi luahan perasaan yang x dipedulikan.
:)
No comments:
Post a Comment