Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.
Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.
Sila baca yer..
NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir
dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning
atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.
AlhamduLILLAH,
setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada
seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning),
doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi
lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang
anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang
dapat diberi BACK TO SUNNAH.
Setakat ini sudah hampir 35 soalan
di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan
ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah
menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi
pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui,
kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang
dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4
lagi tidak terkena.
Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan
Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari
merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal
jaundice.
Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.
Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai
menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya
tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk
diubah menjadi larut air.
Setelah itu akan dikeluarkan melalui
air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala
sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan
najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.
Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel
darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya
sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan
proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.
Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari
kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah
(sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs
Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini
sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan
yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang
rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau
toxoplasma.
Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau
kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena
kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan
otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan
kekal, NauzubILLAH.
Dalam kepercayaan sesetengah kaum,
mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai
pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa
bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi
masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning
dengan mambang kuning, itu lebih haru.
Perawatan di hospital
atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange
Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.
Cuma di sini sang
faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam
Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.
UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada
masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu
adalah terapi bagi masalah kencing manis)
2) Mengamalkan minum
susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur.
(Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah
mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah
besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik
adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita
tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)
BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi
sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik
untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik
keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah
kurma dan madu.
2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan
kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu
awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah
tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
4) Bayi setiap
pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak
tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya
masalah)
5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening),
dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau
bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik
ke kepala dan mengelakkan sawan)
Banyak lagi petua untuk
ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai
dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.
Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.
InsyaALLAH Tohour.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment