Monday, 20 October 2014

Duit: Uruskan VS Potong

Masa kelas bisnes lepas lecture ade la share ilmu bisnes dengan kami semua. Katanya ada seorang CEO yang dijemput datang ke kelas yang diajarnya bagi tau yang kepandaian seorang leader syarikat adalah berasarkan kepandaian dia menguruskan kewangan syarikat dan bukannya faktor dia banyak membuat pengurangan kepada perbelanjaan syarikat. Ini disebabkan manusia sangat alah kepada faktor 'kurangkan@potong'.
Kurangkan adalah lebih kepada kita menilai semula perbelanjaan yang diperlukan dan mengurangkan pembaziran aktiviti dalam organisasi. Berbeza pulak dengan potong. Yang nie langkah drastik yang diambil tanpa ambil kira kaedah alternatif yang ade.
Sebagai contoh kalau pengurangan dalam pejabat yang biasa dibuat adalah bajet untuk makan mesyuarat. Kalau dalam peruntukkan adalah RM 6 untuk pagi boleh dapat nasi lemak dan air teh atau nescafe. Jadi kalau pengurangan pulak bajet dah jadi RM 3. Makanan yang dapat pulak sebiji kuih manis dan kuih pedas dengan air manis. Kalau potong pulak x da makan untuk mesyuarat yang disediakan.
Jadi kalau duit gaji sendiri, kenalah tenung dan analisis semula perbelanjaan yang mana akan potong dan kurangkan. Lain orang, lain perbelanjaan potong dan dan kurangkannya. Pepandailah nilai sendiri.

No comments:

Post a Comment