Sunday, 28 September 2014

Semester Baru

Sem baru merangkap sem akhir. Moga Allah permudahkan untuk melalui semua cabaran. Sem nie cuma ade kelas bisnes management dengan capstone. Komitmen penuh untuk capstone pastinya. Harap dapat menyelesaikan dengan tenang dan mudah hendaknya.

Dah dua kelas melalui bisnes management. Banyak term yang kena penyesuaian diri. Sebabnya subjek bisnes nie adalah baru bagi Sakura. Tapi dari segi pengiraan, ia adalah math mudah. Kena fahamkan kegunaan formula setiap istilah yang digunakan. Best gak subjek nie. Sebagai jurutera patutnya mmg kena tahu untuk menilai projek yang akan dilaksanakan tue selain dari yang perkara utama untuk menilai keupayaan kontraktor yang masuk tender. Dari tengok income statement dan balance sheet. Keupayaan kontraktor dinilai untuk memastikan keupayaan kewangan syarikat melaksanakan projek.

Harap dapat memanfaatkan ilmu bisnes nie dalam kerja harian Sakura. Penting sesangat kalau buat projek management nanti.

No comments:

Post a Comment