Thursday 4 September 2014

Duit Saya, Barang Awak.

Lama x mengarang ayat. Gara-gara kesibukan melampau dan mata yang teramat berat bila dah cecah jam 9 mlm. Sudahnya memang terbiar blog Sakura nie. Macam- macam yang terjadi dari kegilaan menyiapkan Precapstone yang kena present lepas sahaja raya, nak jumpa penyelia lagi untuk selesaikan kertas teknikal dan laporan penuh. Semuanya alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik dan cemerlang (result precapstone A). Semunya dengan pertolongan Allah dan sokongan  tuan Faizal, keluarga dan kengkawan. Lupakan lah cerita kegilaan menyiapkan precapstone. Bulan nie dah menanti kerja-kerja untuk penyiapan capstone yang sebenar. Moga diberikan kekuatan dan kemudahan oleh Allah untuk menyiapkannya.

Tengok pada tajuk, mesti ade yang tertanya, kes ape lah yang Sakura nak tulis nie. Nie gara-gara hari nie Sakura dilanda masalah dengan sikap pengendali kedai yang x cukup profesional menguruskan pelanggan. Sakura memang paling naik angin kalau pekedai tue bagi servis sambil lewa dan x d duit tukar bila kita beli barang. Memang Sakura telah diajar duit saya barang awak. Kalau memang nie perangai pekedai tue. Alamatnya memang Sakura akan tinggalkan jer barang tue dan keluar dari kedai dan piih kedai lain. 

Kejadian hari nie, pepagi lagi nak beli roti dengan susu kat 7E Northpoint Midvalley dah buat hal. Boleh tanya pelanggan nak plastik ker tak. Nie dah kejadian 2 berlaku di 7E yang sama. Memang angin sampai ke kepala la. Sound tepek jap, mestilah nak plastik, takkan plastik pun kedekut kot. Tunggu lagi dia bagi duit baki beli barang. Kebetulan pagi nie cuma ada note 50 je dalam wallet. Boleh pulak nak bagi duit baki pakai duit seringgit. Amboi. berapa puluh ringgt seringgit2 dalam wallet nie. Sakura sound lagi, saya nak duit baki dalam RM10 sahaja. Nie kira kes dah sakit hati memang sengaja nak lepas marah la. Sudahnya minta balik RM50 tue, tak jadi beli roti dengan susu. G breakfast pulak kat kedai Belanga LG Midvalley. Pilih la tempat dalam kedai. Kebetulan aircond x berfungsi. Jadi dia orang nie pakai kipas. Lepas dia amik order tue minta dia pusingkan kipas kat kita orang sebab rasa panas x selesa. Boleh la pulak pekerja kedai tue sound, kita banyak lagi pelanggan nak guna kipas. Amboi sedap mulut nampak, Sakura borak la geng breakfast pasal x puas hati dengan statement pekerja tue. Nanti ko, mujur dah malas nak p kedai lain sebab banyak kedai makan kat Midvalley nie sebab Sakura ragui status Halal. Masa tunggu makan tue macam sengaja pulak dia hantar makan lambat. Ok ok ko cari pasal. Sabar jap sampai kita p bayar nanti memang nak kena sedas . Bila nak bayar, Sakura bayar makan dulu, harga makanan RM6++. Sakura bagi RM 50 yang ada. Boleh budak kaunter tue cakap dia x d duit kecik dan minta sekali bayar jer. 3 benda ko tekan kemarahan Sakura ok. Sudahnya lepas setel kira dan bayar 3 kawan lain. Mulalah ayat sakit kurang ajar keluar, Sakura tanya la sape yang yang sound kita orang pakai kipas sendiri, orang lain pun nak pakai. Boleh dia bagi alasan dia ada satu kipas jer. Rasa nak hantuk dinding jer. Ko nie x mampu ke nak beli kipas tambahan, ape putus sangat wayar otak kau nie. Alasan x logik. Sakura bayar RM6++ tue termasuk gaji perkerja, bil elektrik dan bil air kedai tau. Setakat menu makan hari nie, kat warung baru harga RM2.50. Tapi yang nie Sakura bayar RM6++ kot. Ko buat macam nie kat pelanggan.  Then Sakura tambah lagi yang dia x profesional kendali kedai sebab x d duit tukar. Punya banyak bank kat sekitar Midvalley nie, Takkan salah satu bank ko x boleh tukar duit. Sangat tak profesional nak uruskan kedai kalau ko x d duit kecik yer. 

So hari nie ade 2 kedai yang Sakura x akan jejak lagi kat MidValley nie 7E dan Belanga. Semua rangkaian 7E Sakura boikot untuk selamanya. Barang awak, duit saya. Korang mesti cakap, nie hal kecik pun nak besarkan. Bagi Sakura ia adalah masalah besar sebab kita benarkan pekedai perlekehkan kuasa duit kita. Sebab tue kat Malaysia nie ramai sangat peniaga gangster dan x hormatkan pelanggan. Besar kepala dan sentiasa ingat kat Malaysia nie kalau jual ape pun mesti laku, pelanggan Malaysia x pandai gunakan kuasa duit. Dia dok pikir, hilang satu pelanggan, banyak lagi pelanggan yang datang. Baiklah, ko teruskan perangai gangster ko tue. Bila dah ramai sakit hati nanti, ko gak yang tutup kedai. Banyak kedai lain yang Sakura boleh sumbangkan kekayaan.

Sebab tue Sakura x banyak senarai kedai makan yang bertempat di hati. 
Gud Nite :)

No comments:

Post a Comment