Kalau di beri pilihan kepada ibu yg berkerja pastinya kebanyakkannya akan lebih memilih untuk berkerja dari rumah dan kalau memang suami yang mampu, x payah keje. Terus tumpu untuk uruskan anak-anak dan keluarga sepenuh masa. Bahagia jer rasa bila tgk anak-anak membesar depan mata dan ikut acuan yang kita nak. Anak-anak nie kan cepat membesar dan kita mungkin terlepas masa berharga dengan anak sebab leka dengan kerja.
Cabaran membesarkan anak generasi alpha bukan sahaja menuntut mak paknya kuasai ilmu dan skill membesarkan anak. Tapi menuntut masa bersama dalam memberikan kasih sayang dan mendidik anak. Kalau dulu, mak pak serah bulat- bulat mengasuh anak pada bibik dan cikgu. Tapi zaman la nie dia menuntut peranan mak pak dalam membentuk anak. Cikgu hanya pemudah cara sahaja kat sekolah. Mak pak akan memastikan perlaksanaan berterusan dirumah. Sebagai contoh untuk anak kenal huruf adalah tugas cikgu. Tapi nak pastikan anak tue faham huruf tue adalah mak pak.
Okey okey. Sakura akan mencari ilmu tue demi anak2 alpha
No comments:
Post a Comment