Saje jer nak promot klinik 1 Malaysia yang baru beroperasi kat Pinggiran Bukit Jalil. Jadi kepada penduduk sekitarnya, silalah mengunakan kemudahan yang kerajaan sediakan untuk orang awam mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Bayaran bagi rakyat Malaysia cuma seringgit dan klinik beroperasi dari 10 pagi sampai 10 malam.
Tiada yang indah selain kebahagian dan kegembiraan dalam hidup. Namun kadangkala kesedihan dan kedukaan menjadi peneman perjalanan. Harus tabah menghadapinya demi kehidupan yang sempurna. Kehidupan adalah perjalanan yang tidak dirancang. Hanya perlu mengharunginya dan belajar untuk memahami dan mengatasinya. Warna-warninya adalah lakaran yang dicorakkan bagi memberi pengertian yang besar. Hanya keberanian dan ketakutan menjadi peneman setia.
Tuesday, 30 September 2014
Sunday, 28 September 2014
Semester Baru
Sem baru merangkap sem akhir. Moga Allah permudahkan untuk melalui semua cabaran. Sem nie cuma ade kelas bisnes management dengan capstone. Komitmen penuh untuk capstone pastinya. Harap dapat menyelesaikan dengan tenang dan mudah hendaknya.
Dah dua kelas melalui bisnes management. Banyak term yang kena penyesuaian diri. Sebabnya subjek bisnes nie adalah baru bagi Sakura. Tapi dari segi pengiraan, ia adalah math mudah. Kena fahamkan kegunaan formula setiap istilah yang digunakan. Best gak subjek nie. Sebagai jurutera patutnya mmg kena tahu untuk menilai projek yang akan dilaksanakan tue selain dari yang perkara utama untuk menilai keupayaan kontraktor yang masuk tender. Dari tengok income statement dan balance sheet. Keupayaan kontraktor dinilai untuk memastikan keupayaan kewangan syarikat melaksanakan projek.
Harap dapat memanfaatkan ilmu bisnes nie dalam kerja harian Sakura. Penting sesangat kalau buat projek management nanti.
Tuesday, 23 September 2014
Bocor Lagi
Semalam diumumkan yang kertas math dan bahasa tamil untuk UPSR bocor. Semua sekali kertas yang bocor untuk UPSR ada 4 subjek. Kesian kat calon. Sepatutnya dah boleh lupakan peperiksaan. Masih lagi kena hadapi untuk kali kedua. Mesti rasa 'down' bebudak tue. Orang lain hadap sekali jer. Dema kena 2 kali hadap. Bersabar dan bertabah la anak-anak. Moga peluang kali kedua nie kamu akan lebih berhati2 masa menjawab dan keputusan yang bakal diperolehi adalah yang cemerlang
Angkara orang dewasa (mak pak, guru besar, guru) anda menjadi mangsa keadaan. Demi menjaga nama dan prestasi orang dewasa, kamu menjadi petunjuk kepaa kecemerlangan. Ni betul2 sapi punya susu lembu dapat nama. Stress menjadi anak zaman sekarang. X d kebebasan untuk meneroka dan menjelajah. Semuanya kena 'perfect'.
Dah ade beberapa individu yang ditangkap semenjak kertas math bocor sampai ke hari. Harapnya semuanya akan mendapat balasan dan memberi pengajaran buat yang lain juga. Bila dah jadi macam nie, pastinya ade perubahan dan rombakan yang akan berlaku. Semuanya akan buka mata harapnya betapa yang anak2 nie stress dengan keinginan orang dewasa yang mengejar nama dan pujian.
Bertabah la wahai calon UPSR untuk kamu hadapinya buat kali kedua.
Sunday, 21 September 2014
Menjadi Menantu Perempuan
Hari nie Sakura nak citer tanggungjawab sebagai menantu perempuan. Dah 4 tahun menjadi menantu perempuan. Perkara penting yang Sakura kena pastikan Tuan Faizal mesti laksanakan tanggungjawab dalam memastikan kebajikan mak dan ayahnya. Kebajikan yang Sakura kena pastikan adalah duit bulanan untuk mak dan ayahnya mesti ade diperuntukan dalam perbelanjaan. Bila ada dlm peruntukkan x d lah isu tetiba mak pak minta duit. Sebab memang dah pasti ade duit yang diserahkan kepada mereka. Lepas je nikah. Itu yang Sakura tekankan sebab mak paknya bukan macam bapa Sakura yang ade duit pencen. Kalau anak2 x bagi. Manalah mak pak tue nak ade duit. Sakura tak nak menjawab kat akhirat nanti kenapa menjadi penghalang suami utk bagi duit kat mak paknya. Dosa besar kena tanggung tue.
Kebajikan lain yang perlu dipastikan adalah call mak paknya sekerap yang mungkin untuk tahu ape yang berlaku kat rumah tue. Paling kurang pun seminggu sekali. Moga dengan call tue, ia dapat mengubat kerinduan mereka. Almaklumlah hidup jauh, nak balik pun bila ade cuti panjang dengan cuti raya. Lagi satu x perlu nak tahan suami kalau dia nak balik jumpa mak paknya. Wajib la balik sama juga tapi kalau ade alasan lain yang x membolehkan nak ikut balik, biarlah dia balik sorang. Tapi ingat jadi penghalang.
Jangan bercerita alkisah rumah tangga yang berkait dengan hubungan suami isteri pada mak pak sendiri mahupun mak pak mertua. Sebabnya ia penting untuk memastikan tiada nasihat luar yang mungkin x sesuai untuk kita dan pasangan. Bila dah x sesuai maka adalah salah sorang yang kecik hati dan makan hati. Keluarga kita, cara kita nak uruskan. Sebab tue kena kunci mulut kemas2. Sekali kunci terbukak, habislah cerita merebak. Nie memang Sakura elakkan. Citer biasa2 jer.
Kalau ade duit lebih tue. Ringan kan poket la untuk belanja keluarga makan. Mereka tue bukan selalu makan luar. Gembirakan hati mereka sesekali. X salahkan.
Kalau kita nak beli aset keluarga (rumah@kete) jangan sesekali korbankan duit yang diperuntukkan untuk mak pak yang ada tue. Duit peruntukkan untuk mak pak tue x boleh berkurang sikit pun. Tapi mesti bertambah setiap tahun patutnya. Gaji pun bertambah tiap tahunkan.
Insa'allah la kalau kita utamakan kebajikan mak pak. Allah pasti akan bagi keberkatan duit gaji yang kita dapat tue. Allah juga akan berikan kegembiraan dan ketenangan dalam kehidupan keluarga kita. Kalau ade masalah dalam keluarga kita pun, masalah tue akan selesai dengan cara yang mudah dan tenang. Sebab kita ade cara kita nak selesaikan tanpa libatkan orang luar.
Thursday, 18 September 2014
Kalau Diberi Pilihan
Kalau di beri pilihan kepada ibu yg berkerja pastinya kebanyakkannya akan lebih memilih untuk berkerja dari rumah dan kalau memang suami yang mampu, x payah keje. Terus tumpu untuk uruskan anak-anak dan keluarga sepenuh masa. Bahagia jer rasa bila tgk anak-anak membesar depan mata dan ikut acuan yang kita nak. Anak-anak nie kan cepat membesar dan kita mungkin terlepas masa berharga dengan anak sebab leka dengan kerja.
Cabaran membesarkan anak generasi alpha bukan sahaja menuntut mak paknya kuasai ilmu dan skill membesarkan anak. Tapi menuntut masa bersama dalam memberikan kasih sayang dan mendidik anak. Kalau dulu, mak pak serah bulat- bulat mengasuh anak pada bibik dan cikgu. Tapi zaman la nie dia menuntut peranan mak pak dalam membentuk anak. Cikgu hanya pemudah cara sahaja kat sekolah. Mak pak akan memastikan perlaksanaan berterusan dirumah. Sebagai contoh untuk anak kenal huruf adalah tugas cikgu. Tapi nak pastikan anak tue faham huruf tue adalah mak pak.
Okey okey. Sakura akan mencari ilmu tue demi anak2 alpha
Wednesday, 17 September 2014
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Tema hari merdeka 2014. X kisahla sambutannya dah berakhir. Sakura tetap nak meluahkan rasa dihati ini. Ade kesyahduan dihati Sakura dgn tema ni sbbnya ia seperti seperti bertanya ape yg telah Sakura sumbangkan pada negara. Satu persoalan yang besar yang menuntut jawapan jujur dari Sakura.
Secara jujur ia buat Sakura bertanya ape yg Sakura dah untuk Malaysia. Jom berfikir sebentar ape yg Sakura balas dari keselesaan dan kesenanggan yg diperolehi.
1. Dpt peluang belajar dgn sempurna, selesa dan diberi bantuan dlm bentuk buku teks atau baucar buku. Balasannya Sakura akan pastikan dapat mencapai yang paling cemerlang dlm pelajaran.
2. Mendapat peluang perkerjaan dalam sektor kerajaan. Berusaha untuk memastikan keputusan yg dibuat adalah berkepentingan kerajaan (bukan politik yer)
3. Boleh memiliki harta dengan itu Sakura berusaha untuk mengumpul duit untuk memiliki harta yang diingini.
4. Bebas untuk bergerak kemana sahaja. Sakura akan pastikan yang tempat dituju tu bukan tempat yang menyalahi undang2
5. Bebas untuk menyuarakan pendapat jadi Sakura akan pastikan ia bukan pendapat yg berunsur fitnah, propaganda dll yg boleh menjadikan Sakura agen fitnah.
6. Kebebasan beragama dan Islam sebagai agama rasmi. Sakura bebas untuk mencari ilmu agama Islam untuk bekalan hari esok.
Sakura sayang Malaysia. Tanah tumpah darah tercinta.
Rindu Mengarang
Semenjak ade masalah nk buka blog kt opis. Terlalu lama Sakura x mengarang. Bila byk citer. Waktu tue la ade masalah nk menaip. Lepas ni akan aktif balik sbb ade gadget hadiah dr Tuan Faizal.Tq sayang. Rasa terharu dpt suprise. Nnt ade rezeki, syg pulak bg suprise.