Thursday, 31 January 2013

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Hari Ahad lepas melepaskan niat nak makan dim sum. Maka tempat yang dekat Sakura boleh g adalah Bangi. Kedai pilihna Sakura adalah Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Memang ade banyak kedai lain. Tapi yang nie jadi pilihan malam tue. Next time kita try kedai lain pulak. Ramai jugak yang datang makan malam tue.

Pilihan Sakura adalah set dim sum (3 set) dan tuan Faizal pilih Kantonis "YingYong". Share sahaja sebab kuanti sangat banyak.




Wednesday, 30 January 2013

Kembali ke Sekolah

Hari ini secara sah nya Sakura telah berjaya bergelar pekerja dan pelajar juga. 

Berjaya dah permohonan sambung belajar part time sponsor by JKR. Nie adalah belajar yang Sakura x keluar duit pun. Sebelum nie, belajar diploma dengan degree adalah duit Mak dan Bapa. X d pinjam dari mane2 pun hatta PTPTN sekali pun. 

Program nie 2 tahun bermula 2013 hingga 2015. So tadi g taklimat dan sign agreement. Lepas belajar kena berkhidmat 3 tahun dengan JKR dan kalau langgar kontrak kena bayar RM30K. Sesi taklimat dengan UTM akan dimaklumkan kemudian. 

Lepas dari nie hari Sabtu dan Ahad, hari Sakura akan dipenuhi dengan sesi ilmiah. Cewah.....agak2 dapat anak UTM x nanti. X p lah kalau mmg rezeki anak UTM, moga nanti dia pun bersemangat nak belajar kat Universiti juga. Tapi kalau extend study, duit belajar kena tanggung sendiri. Hope semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

insaallah merasa lagi

Tuesday, 29 January 2013

Cuti oh cuti......

Cuti Maulid hari Khamis telah mebawa Sakura mengambil cuti hari Jumaat dan terus cuti sampai ke Isnin. Maka Selasa adalah hari berkerja. Sepanjang 5 hari cuti, x g kemana-mana hanya duduk rumah dan berehat. Keluar pun g beli barang kat Seri Kembangan dan balik kampung tengok nenek jer.

Selainnya g melancarkan pembersihan rumah. kemaskan baju2 yang x nak pakai utnuk diberikan kepada yang berminat (lapang sikit almari baju) dengan bersihkan stor bawah tangga yang bersepah dengan bil dan stament bank. Kasi lupus semua tue supaya senang nak kemas pindah nanti.

Hasil pembersihannya dapat 2 beg plastik baju yang boleh di hadiahkan dan bawah stor tangga dah kemas. Lega makcik, rumah bersih sikit dan yang tinggal dapur dengan kotak2 belakang pintu bilik bawah. cuti Tahun Baru Cina nanti kita berkemas lagi yer.

Cuti kali nie baik sikit la sebab ade niat dan laksanakan masakan yang sendiri nak makan.  Kesian Tuan Faizal kena paksa makan. Nanti cuti panjang lagi saya masakkan yang sayang punya yer. 





Monday, 28 January 2013

Perkongsian

Sakura dapat dari FB juga. Amalan yang patut kita buat selepas solat 

DOA-DOA DALAM SEMANIS KURMA :

1. Doa Agar Anak Cepat Cerdik : SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.
2. Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.
3. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.
4. Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.
5. Doa Kasih Sayang Suami Isteri Bahagia : SURAH AL-FURQAN AYAT 74 & ALI IMRAN AYAT 31.

 
CARA MENDIDIK ANAK, 
NILAI-NILAI YANG PERLU ADA :

- Anak-anak yang sering dikritik , Hanya akan belajar MENGHINA.
- Anak-anak yang sering diherdik , Hanya akan belajar MELAWAN .
- Anak-anak yang sering diperkecilkan , Hanya akan belajar jadi serorang yang PEMALU .
- Anak-anak yang sering dicemburui , akan merasa BERSALAH
- Anak-anak yang hidup dalam suasana tolenransi , akan menjadi PENYABAR .
- Anak-anak yang sering diberi dorongan akan menjadi bertambah YAKIN
- Anak-anak yang sentiasa dipuji , akan belajar MENSYUKURI
- Anak-anak yang hidup dalam kegembiraan akan menjadi ADIL
- Anak-anak yang dihormati akan belajar mencintai DIRINYA....
 



sumber FB

Saturday, 26 January 2013

Perkongsian

Selalu jer dengar dari Prof Dr Muhaya berkenaan nak jadi orang berjaya dan cemerlang. Katanya kalau nak jadi cemerlang dan berjaya, kena sentiasa berfikiran baik dan positif supaya aura baik akan sentiasa ade dalam diri kita.

Antara petua menjadi Orang Positif  (Sakura dapat dari FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama) :

1. Apabila anda berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya anda sedang menyediakan diri anda untuk dijangkiti pemikiran negatif. Anda akan terjangkit pemikiran negatif mereka. Anda akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab anda rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.

2. Cara terbaik untuk mengelakkan anda dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika diminta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.

3. Elak menyertai perbualan bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif. Anda tidak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif, sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan anda sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka. Untuk mengambil hati mereka, anda terpaksa bergaul dengan mereka. Bahayanya anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka.

4. Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa tidak puas hati. Bila sudah tidak puas hati, anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.

Thursday, 24 January 2013

Kucing

Kt Putrajaya ada Pusat Perlindungan Kucing. Tempat nie bawah jagaan Parlimen Putrajaya. Baru lagi tempat nie. Kucing-kucing kat sini adalah kucing terbiar dan terbuang. Biasalah manusia nie, kekadang mak kucing dah beranak pinak, anak2nya dibuang. Jadi dari bebas terbiar, tempat nie akan kumpulkan kucing untuk diserahkan kepada sesape yang nak jaga. 

Banyak gak kucing yang ada, dari yang baru lahir, kecil, mak bunting, kucing jantan semua ada. Termasuk yang sakit ada gak. Kat sini siap ade penjaga kucing (bagi makan, bersihkan dll) dan doktor haiwan pun ade juga. Kira kucing2 nie terbela la jugak. Kalau ade sesape nak jadikan mak angkat atau nak pelihara kucing nie. Dipersilakan datang kat sini, tempat kat Depo PJH Presint 9 (dekat Flat Hijau)


kucing Aizat- line hitam atas mulut macam misai halus

bapa kucing kandang lain

nie memang pantang jumpa kucing

Tuesday, 22 January 2013

Tips Beli Rumah: Part 10

Lama x d cerita pasal status beli rumah. 

Minggu nie Lawyer Bank akan submit dokumen utk urusan pindah hakmilik. Tempoh untuk laksanakan adalah 3 bulan selepas dapat pelepasan/daftar utk tukar hakmilik. Kalau lewat dari tue, akan kena denda. Hari tue cuak gak sebab Lawyer S&P lambat nak uruskan. Tapi dalam hati dah nekad x mau bayar denda, sebab yang salah lawyer S&P dan penjual (penjual kena setelkan cukai tanah dan cukai pintu 2013). At last dokumen submit gak ker pejabat Lawyer bank. Ok, tinggal tunggu urusan tukar nama dan tunggu cek kedua la pula. Memang lambat lagila masuk rumah. Nak cepat masuk rumah sebab dah tensi jem gila2 dari exit Kuchai (turun MEX highway ke Jalan Istana). Entah ape kes la, nak lepas dari situ makan masa 15 minit sejak sekolah sesi 2013 mula. 

Pasal fees lawyer yang kena tambah tue, finally lepas diskus dpt kurang lagi. Jadi kena keluar duit lagi utk RM 700 jer. Teknik nego yang sangat berkesan. Nanti dapat gaji g bayar, tapi rasanya nak bayar lepas cek second release la. Keje x habis lagi, dah siap keje baru bayar. 

Pasal bayar rumah pulak, hari tue ade bayar beberapa ratus sebab bayar interest utk jumlah cek pertama. Tapi silap Sakura dan huby, kita orang tinggal jer duit dalam tue (semua duit gaji masuk dalam akaun current-i). Lepas tue 1 hb Januri terus kena potong full instalment. Pengsan!!!! semua perancangan kewangan bulan Januari hirewire. Nasibla ade duit bonus yang boleh tampung, tue pun kena cut sikit2 duit bayar card credit. Nasihat penting, potongan rumah untuk yang pakai Flexi Home, instalment akan dipotong automatik dalam akaun pada tarikh due pembayaran.

Sejak dari first cek keluar, selalu jer g tengok rumah tue untuk pastikan yang penyewa dah kelauar ke belum. Tapi bila g tengok, tenant tue masih ade lagi. X adillah, instalment rumah dah stop tapi dapat duit sewa lagi. Minggu nie nak check lagi dah keluar ke belum. Kalau belum keluar nak call lawyer suruh check bila last sekali penjaul tue bayar instalment rumah. Then baru ade basis nak suruh tenant keluar or duit sewa serah kat kita orang.

Monday, 21 January 2013

Maybank Malaysia Open 2013

Smlm Sakura g tengok Malaysia Open 2013 kt Stadium Putra. Kalau bab layan badminton kat Stadium Sakura boleh layan tapi jangan bola sepak. Bagi duit ribu riban x mau makcik g tengok, x best sebab penuh sangat orang. Kalau badminton nie x berapa ramai sangat. Best tengok badminton kat stadium. Kalau kat rumah sure tertidonya. Semalam pun memami jer tgk perlawanaan masa game awal (single wanita). Dah lepas tue game best2 gak. Keputusan perlawanan semalam:

Singel Lelaki : Datuk Lee Chong Wei Vs Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) 21-7 21-8
Double Lelaki : Pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan Vs Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae (Korea)  21-15 21-13
Single Wanita : Tai Tzu Ying (China Taipe) Vs Yao Xue (China) 21-17 21-14 
Doubel Wanita: Bao Yixin/Tian Qing (China) Vs Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun) 21-16 21-14
Mix Double: Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen Vs Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, 21-13 21-18

Kali nie amik seat Lower Tier Free Seat. Memang masuk awal sebab nk pilih tempat strategik sikit. Tapi silap langkah sikit, patut amik atas sikit lagi, sebab kat situ dekat penyokong tegar (bersorak dan bergendang). Tensi sikit. Biasa amik premier seat. Disebabkan kejohanan kat Malaysia nie bukan Super Series Premium, kita amik seat biasa2 jelah.

Yang best Christina Pedersen baling raket kt tempat Sakura (Sakura x amik port la masa rebut) tapi jatuh kat penonton belakang Sakura jer. Menyesal x rebut. Tengok2 raket tue, ada dalam RM600 harganya. Nyesal betul. 



Jom...jom...jom
awal lagi pukul 11pg

tiket

bagi free

single wanita

penyokong tegar

Mix Double

double lelaki



Nielah raket tue - pijam buat posing

Friday, 18 January 2013

Perkongsian

Perkongsian ilmu dengan semua, semoga kita dapat amalkan setiap hari. 
(Sakura dapat dari FB. tapi adalah lebih baik kita baca setiap AlQuran setiap hari sekurang-kurangnya 10 ayat sehari)


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa daha
ga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Thursday, 17 January 2013

Rumah: Falsafah

Perkongsian maklumat dengan semua berkenaan falsafah rumah dalam masyarakat melayu. Sumber nie dari FB:Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
a. Orang Melayu menganggap rumah adalah sebidang tempat yang menjadi milik mereka di muka bumi ini, yang benar-benar adalah hak milik si penghuni. Jadi, kalau orang Melayu yang tidak punya rumah sendiri, ia diibaratkan seperti sepohon pokok rendang yang berbunga, tidak berbuah, tanpa memberikan apa-apa sumbangan. Oleh kerana itu rumah-rumah yang dibina oleh orang Melayu memberikan nilai sentimental jiwa seseorang. Ini kerana setiap ruang rumah dibina mengikut antropometrik pemiliknya. Selain itu ia memberikan suatu nilai nostalgia terhadap generasi mendatang terutamanya anak cucu mereka yang masih menggunakannya.

b. Begitu juga dengan falsafah orang Melayu sendiri iaitu ‘Biar banyak rumah jangan banyak serumah ’, ertinya orang Melayu suka hidup berasing-asingan tetapi di dalam lingkungan yang berdekatan atau berkampungan yang mungkin boleh diungkapkan sebagai ‘berpisah dalam bersatu’. Jarak antara rumah kerumah ini juga mencerminkan budaya dan cara hidup orang melayu yang mewujudkan pelbagai peribahasa dan pepatah seperti kata peribahasa ‘ jaraknya hanya seputung rokok’ atau ‘rumahnya hanyalah sekangkang kera’ , ‘sebidang tanah’, ‘tinggi rumah sepemikulan’ dan sebagainya. Bahasa-bahasa yang mengambarkan ukuran atau saiz ini telah menghadirkan jiwa Melayu dalam bangsanya.

c. Rumah adalah juga status pada penghuninya, maka kerana itulah setiap orang Melayu masing-masing ada stail dan caranya berdasarkan kemampuan dan kondisi untuk memilih sebuah rumah dengan rekabentuk yang menarik, kerana ia merupakan lambang status penghuninya. Oleh yang demikian kita dapat mengenali sistem sosio-politik orang Melayu dengan melihat saiz rumah. Walaupun pada asasnya skala manusia digunakan tetapi pentafsiran oleh tukang-tukang rumah dalam memberikan keserasian dan tolak ansur memberikan suatu herarki yang berbeza.

Di samping itu dilihat saiz rumah melayu adalah bersifat modular yang mana ia berasaskan kepada beberapa jenis rumah asas iaitu :

a. Rumah tiang 4
b. Rumah tiang 6
c. Rumah tiang 9
d. Rumah tiang 12
e. Rumah tiang 12+
f. Rumah tiang 16
g. Rumah tiang 16+
 
 

Wednesday, 16 January 2013

Perkongsian

Nie Sakura dapat dari FB berkenaan Mengurangkan Stress Kerja. (peringatan utk diri sendiri sebenarnya)

1. Berwudhuk : Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

2. Baca Al-Quran : Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat 5 waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3. Solat Sunat : Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4. Berdoa : Selalu berdoa kepada Allah. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Allah s.w.t. akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5. Percaya : Bersangka baik dengan Allah. Sebagai manusia biasanya kita tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah Yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6. Keluar Peluh : Lakukan kegiatan luar seperti bersukan. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Monday, 14 January 2013

Krisis Air

Sejak minggu lepas lagi dah heboh isu x d air yang melanda KL. Hati Sakura senyum jelah, bila diberi peringatan sejak krisis air pertama tahun 1998 x nak dengar, pekakan telinga. Sape yang terseksa? Rakyat juga. Krisis air nie bukan perkara baru berlaku. Dah berlaku pertama kali masa Sakura belajar kat Teknik Cheras lagi tahun 1998. Masa tue form  4 dan duduk asrama. Sebelum krisis air pertama berlaku tue, kat sini (Bdr Tun Razak) dah teruk x d air. Dahla duduk asrama, memang sangat payah hidup x d air. Air yang boleh ambil sebaldi jer, ade pulak hantu curi air. Sudahnya bila dah sakit hati air kena curi, simpan air dalam botol, sekadar cukup basuh muka, gosok gigi dan ambil air sembahyang jer. G sekolah x mandi pun dah x kesah. Basuh baju balik rumah. Tiap-tiap minggu boleh balik rumah sudahnya. 

Dah 14 tahun berlalu, sekarang nak jadi balik la krisis air nie. Tuelah, dari dulu lagi dah diberitahu  akan berlaku lagi krisis air kalau orang kita nie x dididik berjimat air. Mentang2 air murah, pakai sesedap rasa jer. Nak pulak warga Selangor yang dapat air percuma tue. Kalau sejak dari krisis air kita naikkan tarif air dengan tujuan mendidik rakyat untuk berjimat guna air, sumber air nie boleh pakai lama lagi. 

Ada juga suara yang menyatakan negara nie hujan sampai banjir. Betul statement tue yang x betulnya kenapa ko x pakai jer air banjir tue untuk digunakan seharian, mesti jawapannya air kotor. Sebab tue lah ko kena rawat air sebelum boleh digunakan. Nak rawat air  nir bukan murah tau. Lagi kotor air yang nak digunakan, lagi mahal kos rawatan air. Malaysia banyak sungai, kenapa x d air juga? Betul juga statement nie yang x betulnya kenapa x guna jer air sungai Klang untuk kegunaan harian. Jawapan yang kita dapat pulak, yerk air sungai tue kan kotor. See, kita masih perlu rawat air sebelum boleh digunakan. Sungai kat Malaysia memang banyak tapi x semua boleh pakai sebab bukan dalam kategori yang dibenarkan untuk dipakai sebagai air kegunaan harian dan untuk dirawat. X silap Sakura (dah bertahun tinggalkan kejuruteraan air) hanya air kategori A sahaja yang dibolehkan untuk dirawat dan kegunaan harian. Air yang kita dapat kat rumah tue, bukannya ambil dari sungai dan terus hantar kerumah. Tapi kita kena rawat dulu baru boleh guna.

Kita  kena beralih kepada alternatif lain dalam mencari sumber air. Kita sebagai pengguna boleh mencarinya sendiri. Macam contoh orang Kelantan yang dah bertahun2 x d pakai air terawat, dia orang tue pakai "tube well"/perigi/ air "boring", tapi yang nie pakai pump dan kos elektrik mahal juga. Selain tue kita kena buat secara besar-besaran penggunaan "rain water harvesting". Tak pun recyle air, air dari mesin basuh boleh guna balik untuk cuci lantai ker, siram pokok dan cuci kereta. Kita nie malas jer nak buat semua tue (Sakura pun malas gak). Kurangkan kebergantungan kepada air terawat untuk kehidupan kita juga.

lori angkut air dah sampai


Sunday, 13 January 2013

Gaji Vs Bayar Rumah

sumber FB: Ahmad Humaizi
Orang gaji RM6K susah beli rumah! Itu adalah hakikat pada masa sekarang yang perlu diterima. Kalau ditengok pada nombor, memang besar dan mampu. Tapi kalau dipecahkan kepada perkara yang perlu dibelanjakan, baki memang sedikit. Kalau ikut pengalaman Sakura, nie hanya kesukaran yang dihadapi pada bulan sebelum naik gaji jer. Bukanlah selamanya. Sebabnya kita akan naik gaji setiap tahun dan kenaikan gaji tue akan menyebabkan baki duit kita membesar. Tak menjadi masalah kalau kita masih kekalkan perbelanjaan nie untuk tempoh setahun lagi dan di tahun kedua baru tambah perbelanjaan. Contoh kita ambil Pemberian ibu bapa, tahun masa bayar rumah RM200 , naik gaji RM 100, kita masih kekalkan pemberian ibu bapa RM200 tapi bila naik gaji kali kedua baru kita tambah untuk jadi RM300. 

Walau apepun alasan gaji x cukup, beli rumah adalah wajib walaupun rumah flat kos rendah sekalipun. Rumah makin lama makin naik. Kalau x beli sekarang, akan datang akan naik lagi. Kalau harga 2 tahun lepas baru RM250K, sekarang dah tentu naik RMRM350K/RM400K (rumah yang sama). Lagi teruk nak bayar. Padahal kalau kita beli juga dua tahun lepas, instalment baru dalam RM1K. Kalau beli time RM 350K, instalment dah dah RM1.4K. Jadi mana satu pilihan kita? sekarang atau kemudian. Yang penting kalau betul2 nak memiliki rumah, kita mesti dapat dengan harga yang kita mampu. Jangan gelojoh tapi mencari harga yang kita rasa berpatutan dan kita mampu. In Shaa Allah dapat jumpa punya.

Tips beli rumah:
1. Cari Rumah Lelong
2. Beli dari penjual terdesak (rumah tue nak kena lelong/ penjual rumah bercerai)
3. Beli dari penjual yang nak lupus rumah cepat (penjual nak berhijrah keluar negara)

Friday, 11 January 2013

Projek 1: Beli Tile

Selamat dah perabih duit beli tile utk rumah Damansara. Duit keluar adalah kurang berapa ringgit nak RM2K. Nie baru rumah kecik (650sqf). Kalau 1000 sqf?. Tak boleh jadi nie, kena kumpul duit banyak utk projek 2 nanti. Sakura dengan Tuan Faizal g jer kat kedai yang Sakura cerita dalam entry lepas. Warna yang dipilih adalah kelabu dan putih. Ada 3 jenis tile yang dibeli.

Lepas nie projek pasang pulak. Kontraktor dah dapat tapi nak mula projek pasang lepas ada air supaya senang orang nak buat keje. 


Wednesday, 9 January 2013

Susu

Sakura berjanji untuk minum susu setiap hari di tahun 2013. Kira nie azam tahun baru juga la. Insaf dah sebab umur pun dah lepas ke 3 series. Jadi tulang dan mula merapuh. Faktor pendorong insaf tue adalah disebabkan perkara kat bawah nie:-

1. Mengelakkan osteoporosis, hipertensi dan kanser kolon.

2. Meminum susu juga boleh melindungi dari kerosakan gigi dan masalah kaviti. Anda perlu galakkan anak-anak meminum susu coklat selalu. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat.

3. Lemak susu tidak memberi apa-apa kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas.

4. Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati dan ia mampu menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.

5. Dengan meminum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku, dan rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel.

6. Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang awal.

7. Dengan mengamalkan meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot tegang supaya anda dapat tidur lebih cepat. Cara ini dapat membantu anda selepas seharian penat bekerja.

8. Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan anda. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman.

9. Susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga anda.

10. Susu penuh dengan nutrien. Badan anda memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah), kalsium (untuk tulang yang kuat), karbohidrat (tenaga), magnesium (untuk lentur otot), fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga), kalium (baik untuk sistem saraf), protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan), riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) dan zink (untuk meningkatkan sistem imun).


 

Tuesday, 8 January 2013

HUKM Prof Dr Hashim: Part 1

Last week appointment dengan  HUKM Specialist dengan Prof Dr Hashim. Usaha kedua Sakura untuk mendapatkan "harta x ternilai". Sakura nak dapatkan alternatif lagi utk usaha mendapatkan anak. Tak mau buat laparascopy, takut dan x sanggup masuk dewan bedah (macam bersalin nanti x masuk). Appoinment tue buat bulan Disember lagi, masa tue ada choice yang ada Prof Dr Zainol dan Prof Dr Hashim. Prof Dr. Zainol tarikh boleh appointment 21 hb Jan dan Prof Hashim 3 hb Jan. So Sakura pilih Prof Hashim. Appoinment pukul 3 ptg, tapi kami berdua amik cuti jer terus hari tue. Padahal x cuti pun boleh. 

Since datang untuk dapatkan alternatif, Sakura dah bersiap dah dgn result HSG untuk diskus. Sakura memang berharap yang result nie boleh pakai lagi dan x perlu buat HSG test lagi (buat HSG dah setahun setengah lepas). Dalam pukul 3.20 mcm tue, Sakura dipanggil untuk jumpa Prof Hashim. Sakura pun cerita yang Sakura tengah usaha dapat anak dan doktor pakar private saran buat laparascopy (Sakura x mention siapa pun). Sakura bagi tau yang takut nak buat dan bagi tau juga yang Sakura dah kahwin 3 tahun plus dan pernah miscarrige selepas 12 minggu pregnat pada 2010. Prof pun hanya tanya cycle period dan dia belek juga result HSG tue. Lepas dia tengok (lama gak dia belek, 2 ke 3 kali ulang tengok), Prof terangkan yang tiub kanan ada penghalang kat muka masuk lagi (berdasarkan laluan dye). Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan dia tersumbat dan sebelah kiri saluran baik. Kalau ikutkan ia bukan infection sebab berlaku kat muka depan lagi. Kalau infection, ia berlaku kat "kilang telur" lagi. Prof ada tanya yang Sakura pernah check condition telur x lepas makan clomid, Sakura bagi tau x d check ape. 

Prof pun suggest supaya amik lagi pil, kali nie amik Femera (dos tinggi sikit) untuk try sebulan, scan utk check telur dan amik darah (nie utk tgk condition telur). Kalau x berjaya, kena amik clomid dan suntikan, scan dan amik darah (untuk bulan kedua). Kalau x berjaya lagi alamatnya "special treatment" jer. Prof bagi tau yang kos "special treatment" lebih kurang macam laparascopy. Terus jer "special treatment" x payah nak tunggu. Sakura pun tanya la, berapa kos?jawapannya adalah RM5K. Macam x caya jer. Sebab biasa dengar kosnya RM berpuluh ribu. "special treatment" pun bolehla, dah cara natural x dapat, nak buat macam mane kalau dah ketentuan Allah dapat anak cara gitu. Sakura x rasa down pun sebab cara nie x menyalahi syara' pun. Semoga Allah memudahkan dan memperkenankan doa Sakura ini.


Monday, 7 January 2013

Projek 1 : Pilih Kontraktor

Disebabkan Sakura bukan tenaga mahir dan berkebolehan kerja tukang. Maka terpaksa la mencari tukang untuk meyiapkan projek 1 nie. Jadi kontraktor yang dipilih adalah dikalangan kontraktor yang boleh membuat kerja dengan kemas dan baik dikalangan kontraktor yang pernah buat kerja klinik. Bukan ape, kualiti amat menjadi topik. Kita dah la keluar duit banyak, lepas tue kalau hasil yang mendukacita, memang menyakitkan hatilah kan. Macam yang pernah terjadi pada Mama Kembar 3. Memang sakit hati la kan. Jadi Sakura nak share pasal tips memilih kontraktor

1. Pemilik kena pastikan yang kontraktor yang dipilih nie boleh buat kerja yang sebenar. Kena tengok hasil kerja yang dilaksanakan baru boleh lantik, klu x memang kerja x senonoh.
2. Jangan tengok pada harga yang murah jer, Kekadang kena bandingkan juga dengan kekemasan dan hasil akhir. Dah 2 cerita Sakura dapat pasal nak berjimat punya pasal tapi endingnya kerja x senonoh. Harga mahal sikit x p janji kemas dan cantik serta puas hati.
3. Kena pastikan yang kontaktor ikut perancangan kerja yang kita ada. Maksudnya tarikh siap tue kena ditepati la. Kalau lambat siap, nanti menyusahkan kita balik
4. Kalau boleh gunakan kontraktor yang pernah buat kerja dengan kawan2 kita atau jiran2 kita. Nie memudahkan kita nak tengok hasil kerja dia orang. 
5. Paling baik pemilik kena pilih dan beli sendiri barang untuk ubahsuai terutamanya tile, sinki dan yang berkait dengan estetika. Kalau setakat bata, pasir dengan simen x p minta dia orang beli. Nie pun kalau kuantiti kecil. Kalau kuantiti besar, adalah lebih baik beli sendiri. Tukang yang dilantik tue hanya diberikan upah tukang jer. Lebih menjimatkan. Kekadang kena tanya juga tukang nie dapat supply mane. Mungkin tempat yang dema selalu deal tue harga lebih murah. Jadi kena bijak buat pertimbangan.

Thursday, 3 January 2013

Anak

Semua ibu bapa nak melahirkan anak yang soleh dan solehah yang boleh menjdai bekalan di alam barzarkh nanti. Pendidikan awal kearah tue bermula dari mula mengandung lagi. Carta ringkas nie Sakura dapat untuk memudahkan urusan pendidikan anak nanti. In Sha Allah. Semoga Allah memperkenankan doaku tahun nie. 





Just to share: maklumat untuk mendidik anak yang soleh nie dr sumber FB Butik Tateh Bandar Baru Bangi


sumber: FB Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood

Wednesday, 2 January 2013

Tengok Wayang

Salah satu kegemaran Sakura dari dulu sampai sekarang adalah tengok wayang. Masa time belajar dulu pun selalu jer tengok wayang tapi hari Rabu dengan Selasa jela. Sebabnya 2 hari tue jer harga special utk student dan ladies. Biasanya masa sekolah (kat UiTM) Sakura akan g tengok sorang jer dan g tengok x bagi tau mak pun. Dah balik baru bg tau yang g tengok wayang. Kalau x mesti mak x bagi punya tengok sorang-sorang. Masa tue selalu g tengok kat TGV Buki Raja. Habit tengok wayang nie memang dah x boleh tinggal. Cuma sekarang Sakura pilih cerita yang nak tengok dan bergantung kepada kelapangan. Dah keje nie faktor penat memang menjadi isu betul. Tempat pilihan tengok wayang sekarang Cineleisure Mutiara Damansara, TGV Mines, TGV Cheras Selatan, TGV Sunway Pyramid (nie masa bercinta la dulu),Alamanda (bila dah kawin dan paling dekat selain seat yang selesa). Masa bercinta dulu x main la Alamanda. Imax bukan x best tapi faktor leceh nak pergi menjadi penghalang.

Sekarang ada tempat baru yang Sakura suka, TGV Setiawalk. Tempat nie di tangga teratas sebab seat dia besar dan lutut dan x bertembung kerusi depan bila duduk. Jadi utk orang nak lalu depan x jadi masalah. X suka betul bila lutut dengan seat depan dekat. So lepas nie kalau nak tgk wayang, g tengok kat sini. Ada member bagi tau kat sini ada seat special yang yang kita boleh baring2 lagi. Tapi tiket mahal rasanya. 

Sabtu lepas g tengok CZ12 kat situ sementara tunggu kereta servis. Memang best dan orang x ramai. Sakura amik seat M10 dan M11,Nie seat premium (kena tambah 2 ringgit dari seat biasa). Baris tue cuma Sakura dan Tuan Faizal jer. Siap bersila la dan melunjur kaki kat seat sebelah. Mujur la kat tengah tue x boleh buka, klu x mesti lagi best. Anyway thumb up utk tempat nie. 



Cantik backdrop
X d orang
tangga naik
CZ12
Salah satu aksi dlm CZ12
SETIAWALK

Tuesday, 1 January 2013

Keluarga Bahagia

Hari nie hari pertama di tahun 2013. Sakura nak hidup yang lebih berkasih sayang setiap hari. Jadi tips yang Sakura dapat nie akan Sakura cuba laksanakan.

Sumber nie Sakura dapat dari Dr Fadzillah Kamsah untuk dilaksanakan dalam kehidupan Suami Isteri. Nasihat nie penting untuk Sakura untuk memastikan kasih sayang sentisa bertambah setiap hari dan pengurusan konflik dapat ditangani dengan cepat. 50 Tips Bina Keluarga Bahagia tue:-

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


Tips hidup bahagia nie pun patut diamalkan juga, moga hidup kita lebih tenang.

 1. Jangan Takut dan Khuatir - Perasaan takut dan khuatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebahagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi.

2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam - Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Jangan sia-siakan energy kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energy kita tersebut untuk hal-hal yang positif.

3. Fokus Pada Satu Masalah - Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu persatu. Jangan cuba untuk menyelesaikan masalah sekaligus, kerana pasti akan membuat kita semakin stress.

4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda - Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesihatan tidur kita. Fikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur  tidak nyenyak.

5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan - Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil bahagian untuk menyelesaikan masalah orang lain. Itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri.

6. Jangan Hidup di Masa Lalu - Kita gembira dengan mengingati hal-hal yang menyenangkan di masa lalu, tetapi jangan anda terlena di dalamnya. Fokuskanlah pada apa yang terjadi saat ini, kerana kita pun akan merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih bahagia jika kita merasai apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.

7. Jadilah Pendengar yang Baik - Kita sukar menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan masalah kita,
tetapi yang baiknya belajar mendengar masalah orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.

8. Jangan Biarkan Kekecewaan Membelengu - Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksudnya janganlah kita menyerah. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.

9. Bersyukurlah Selalu - Bersyukur dan berterima kasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif sahaja tetapi juga hal yang negatif, kerana disebalik setiap hal yang negatif tersebut ada yangl baik yang perlu kita pelajari.




sumber:FB