Last week appointment dengan HUKM Specialist dengan Prof Dr Hashim. Usaha kedua Sakura untuk mendapatkan "harta x ternilai". Sakura nak dapatkan alternatif lagi utk usaha mendapatkan anak. Tak mau buat laparascopy, takut dan x sanggup masuk dewan bedah (macam bersalin nanti x masuk). Appoinment tue buat bulan Disember lagi, masa tue ada choice yang ada Prof Dr Zainol dan Prof Dr Hashim. Prof Dr. Zainol tarikh boleh appointment 21 hb Jan dan Prof Hashim 3 hb Jan. So Sakura pilih Prof Hashim. Appoinment pukul 3 ptg, tapi kami berdua amik cuti jer terus hari tue. Padahal x cuti pun boleh.
Since datang untuk dapatkan alternatif, Sakura dah bersiap dah dgn result HSG untuk diskus. Sakura memang berharap yang result nie boleh pakai lagi dan x perlu buat HSG test lagi (buat HSG dah setahun setengah lepas). Dalam pukul 3.20 mcm tue, Sakura dipanggil untuk jumpa Prof Hashim. Sakura pun cerita yang Sakura tengah usaha dapat anak dan doktor pakar private saran buat laparascopy (Sakura x mention siapa pun). Sakura bagi tau yang takut nak buat dan bagi tau juga yang Sakura dah kahwin 3 tahun plus dan pernah miscarrige selepas 12 minggu pregnat pada 2010. Prof pun hanya tanya cycle period dan dia belek juga result HSG tue. Lepas dia tengok (lama gak dia belek, 2 ke 3 kali ulang tengok), Prof terangkan yang tiub kanan ada penghalang kat muka masuk lagi (berdasarkan laluan dye). Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan dia tersumbat dan sebelah kiri saluran baik. Kalau ikutkan ia bukan infection sebab berlaku kat muka depan lagi. Kalau infection, ia berlaku kat "kilang telur" lagi. Prof ada tanya yang Sakura pernah check condition telur x lepas makan clomid, Sakura bagi tau x d check ape.
Prof pun suggest supaya amik lagi pil, kali nie amik Femera (dos tinggi sikit) untuk try sebulan, scan utk check telur dan amik darah (nie utk tgk condition telur). Kalau x berjaya, kena amik clomid dan suntikan, scan dan amik darah (untuk bulan kedua). Kalau x berjaya lagi alamatnya "special treatment" jer. Prof bagi tau yang kos "special treatment" lebih kurang macam laparascopy. Terus jer "special treatment" x payah nak tunggu. Sakura pun tanya la, berapa kos?jawapannya adalah RM5K. Macam x caya jer. Sebab biasa dengar kosnya RM berpuluh ribu. "special treatment" pun bolehla, dah cara natural x dapat, nak buat macam mane kalau dah ketentuan Allah dapat anak cara gitu. Sakura x rasa down pun sebab cara nie x menyalahi syara' pun. Semoga Allah memudahkan dan memperkenankan doa Sakura ini.
No comments:
Post a Comment