Thursday, 17 January 2013

Rumah: Falsafah

Perkongsian maklumat dengan semua berkenaan falsafah rumah dalam masyarakat melayu. Sumber nie dari FB:Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
a. Orang Melayu menganggap rumah adalah sebidang tempat yang menjadi milik mereka di muka bumi ini, yang benar-benar adalah hak milik si penghuni. Jadi, kalau orang Melayu yang tidak punya rumah sendiri, ia diibaratkan seperti sepohon pokok rendang yang berbunga, tidak berbuah, tanpa memberikan apa-apa sumbangan. Oleh kerana itu rumah-rumah yang dibina oleh orang Melayu memberikan nilai sentimental jiwa seseorang. Ini kerana setiap ruang rumah dibina mengikut antropometrik pemiliknya. Selain itu ia memberikan suatu nilai nostalgia terhadap generasi mendatang terutamanya anak cucu mereka yang masih menggunakannya.

b. Begitu juga dengan falsafah orang Melayu sendiri iaitu ‘Biar banyak rumah jangan banyak serumah ’, ertinya orang Melayu suka hidup berasing-asingan tetapi di dalam lingkungan yang berdekatan atau berkampungan yang mungkin boleh diungkapkan sebagai ‘berpisah dalam bersatu’. Jarak antara rumah kerumah ini juga mencerminkan budaya dan cara hidup orang melayu yang mewujudkan pelbagai peribahasa dan pepatah seperti kata peribahasa ‘ jaraknya hanya seputung rokok’ atau ‘rumahnya hanyalah sekangkang kera’ , ‘sebidang tanah’, ‘tinggi rumah sepemikulan’ dan sebagainya. Bahasa-bahasa yang mengambarkan ukuran atau saiz ini telah menghadirkan jiwa Melayu dalam bangsanya.

c. Rumah adalah juga status pada penghuninya, maka kerana itulah setiap orang Melayu masing-masing ada stail dan caranya berdasarkan kemampuan dan kondisi untuk memilih sebuah rumah dengan rekabentuk yang menarik, kerana ia merupakan lambang status penghuninya. Oleh yang demikian kita dapat mengenali sistem sosio-politik orang Melayu dengan melihat saiz rumah. Walaupun pada asasnya skala manusia digunakan tetapi pentafsiran oleh tukang-tukang rumah dalam memberikan keserasian dan tolak ansur memberikan suatu herarki yang berbeza.

Di samping itu dilihat saiz rumah melayu adalah bersifat modular yang mana ia berasaskan kepada beberapa jenis rumah asas iaitu :

a. Rumah tiang 4
b. Rumah tiang 6
c. Rumah tiang 9
d. Rumah tiang 12
e. Rumah tiang 12+
f. Rumah tiang 16
g. Rumah tiang 16+
 
 

No comments:

Post a Comment