Tuesday, 29 November 2011

PERSARAAN DAN PERPISAHAN

(Post nie sepatutnya publish hari Jumaat, 25 November 2011)

Hari ada Majlis Perpisahan dan Persaraan En Zolkiflie Rasip, M54, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). En Zol diluluskan pencen pilihan kerana masalah kesihatan . Beliau ada masalah dengan jantung. Sedih la juga kerana En Zol adalah seorang bos PTD yang sangat bagus. Dia amat pakar dengan urusan kenaikan pangkat, tatatertib dan berpencen. Satu kehilangan kerana dia hanya berkhidmat disini hanya untuk setahun sahaja. Keje dengan En Zol pun mudah, tanpa banyak bicara dan persoalan dan menghargai pandangan orang bawahan.

Serba sedikit pasal En Zol nie, beliau berkhidmat lama di JPA dan SPA dalam masa yg agak lama (bertahun-tahun juga la lebih 10 tahun ). Jadi semua peraturan JPA dan SPA, En Zol amat berpengetahuan dalam perkhidmatan awam. Susah nak dapat bos yang begini, tapi bila dah dapat, cepat pulak beliau meninggalkan kita. Bos baru nanti tak tahula mcm mane. Jangan mcm former Ketua BPSM sudah.

Macam mane pun, Sakura doakan agar En Zol. diberikan kesihatan yang lebih baik selepas bersara dan bergembira dengan orang-orang yang tersayang.The Best bos PTD that I ever had.






Sunday, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah, 1433H

Hari ini tanggal 1 Muharram 1433H. Maka, buku baru telah dibuka secara rasminya. Diharapkan buku yang lama mempunyai amalan baik Sakura sepanjang tahun lepas. Semoga ia diterima oleh Allah. Insa'allah.


Tahun baru Islam tidak seperti Tahun baru Masihi yang disambut sekadar perayaan. Tetapi Tahun Islam mempunyai pengetian yang cukup besar dan amat bermakna. Sakura mengharapkan agar setiap tahun yang Sakura jalani akan sentiasa bertambah baik dan bertambah amalan soleh setiap tahun.


Kesungguhan dan keazaman untuk menjadi lebih baik adalah tuntutan yang patut dilaksankan. Bukan sahaja sebagai isteri dan anak yang soleh tetapi sebgai khalifah dimuka bumi ini. Salam Maal Hijrah buat semua.

Wednesday, 23 November 2011

HIDUP BOLA

Malam nie team Harimau Muda main lagi utk kelayakan Olimpik melawan Syria. Semoga pasukan Malaysia mendapat kemenangan yang diharapkan dan mengulangi kejayaan pingat EMAS sukan SEA. Kisah tgk bola nie sememangnya kisah sepanjang tahun. Sangat mendebarkan dan boleh membuat penontonya sakit jantung. Walau apapun bola tetap dihati rakyat Malaysia. Semangat menyokong pasukan Malaysia nie rasanya baru nak bermula setelah sekian lama tiada penyokong yang sebegitu meriah. Syabas pemain Malaysia di atas usaha memartabatkan kembali Bola Sepak negara.

Malam nie tgk bola kt rumah jer. Jadi kurang sikit bingitnya dan keriuhan. Hanya sorakan GOOOLLL dari Tuan Faizal jer yang kedengaran.Semasa final Bola Sukan Sea hari Isnin lepas, Sakura mengekor Tuan Faizal g tgk bola kt White Cofee Cyber. Mujur jugak x g Padi House, sebabnya ada penyokong Indonesia kt situ. Jadi sorakannya dari jauh jela. Sangat cuak bila Indonesia dh jaringkan gol pertama. Penyokong Indonesia kt Padi House apa lagi, kegembiraan la. Si penyokong Malaysia pulak masih lagi menyepi diri. Tapi, bila Malaysia dapat sumbatkan gol pertama, gembira x terkata la pulak penyokong Malaysia. Penyokong yang berpoya-poya tempat Sakura jer. Penyokong yang lain tengok bola x d perasaan.Riuh betul meja belakang nie.

Kesimpulanya tgk bola ramai-ramai lagi meriah dan riuh dari tgk kt rumah sendiri. Hidup BOLA SEPAK Malaysia. Selamanya....selamanya....selamanya...ooohahahahah.....




KEHILANGAN DAN PERPISAHAN

Hari Ahad lepas, Sakura telah mendapat berita yang menyedihkan iaitu Bos Mekanikal, En. Mahammad Anuar Bin Abd Malek telah meninggal dunia di Mekah. Sangat mengejutkan. almaklumlah x d sape pun bagi tahu yang En Anuar g Haji. Allah sangat menyayangi orang yang baik. Sungguh bertuah rasanya sebab En Anuar telahpun dapat mengerjakan haji. Semoga Arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.


Semalam pula kt FB ada satu blog yang menceritakan pemergian En Anuar kerana sakit jantung. Tapi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dia meminta air kerana haus. Terasa sayu jer bila tengok gambar jenazahnya di kapan dan dikebumikan. Lebih sayu lagi bila tengok kesedihan wife En Anuar. Sakura membayangkan diri berada ditempatnya. Kuat ker tidak untuk menempuhnya.

First time kenal En Anuar x d gaya Bos langsung, memang sempoi sesangat. Tapi buat keje dengan En Anuar nie memang sangat senang. X banyak soal dan setuju jer kalau ikut jalan yang betul. Jadi En Anuar la tempat bergantung untuk "fire" perunding dan NSC M&E yang degil. Nie tuntutan tugas, jadi surat amaran kena keluarkan sekiranya tidak mematuhi dokumen kontrak.  

Berita ini juga telah mengigatkan Sakura tentang kematian. Macam mana sayangpun kita akan berpisah kerana kematian. Jadi laluilah hari-hari yang indah dengan penuh bermakna dan berkasih sayang. Allah dah memilih yang terbaik untuk kita, maka hargainya dengan penuh kesyukuran.

Sunday, 13 November 2011

Tanggungjawab ANAK


Sakit jantung betul tengok Cerekarama malam nie. Tajuknya 10 Zulhijjah, kisahnya pasal anak-anak kecuali anak bongsu yang tak puas hati Ayahnya jual tanah untuk tampung duit pergi haji. Si anak sulung, kedua dengan ketiga asyik minta bahagian hasil dari duit penjualan tanah. Si ayah dan berniat untuk memberikan bahagian masing-masing semasa 10 Zulhijjah (semasa mereka pergi Mekah) dan si Adik yang bertanggung jawab untuk menyerahkan kepada adik beradik lain. Seperti biasalah adalah dramatik yang terjadi, si ayah dan bonda meninggal di Mekah tanpa sempat si anak memohon maaf. Maka mereka pun menyesal  dihujungnya.

Teladannya, janganlah Sakura dijadikan sebagai anak yang sebegitu rupa. Baik dengan Ayahda tercinta ataupun Ayahda dan Bonda Mertua. Ayahda dan bonda tercinta dah sekolahkan dengan penuh bertanggungjawab (sampai Sakura belajar di peringkat ketiga). Biarlah Sakura cari sendiri harta untuk menampung kehidupan dan berusaha untuk membahagiakan mereka. Bak kata Ayahda "Harta yang ada tidak kemana ( jangan dijual harta pusaka) tapi berusaha untuk cari harta sendiri kerana ilmu telah diberikan".
Wahai anak-anakku jangan juga dikau bersikap begitu. Jangan jadi anak yang derhaka dan tidak mengenang budi. Sayang menyayang dan kasih mengasihi kedua ibu bapa adalah harapan tinggi dari Ayahda dan Bonda. Bonda tidak mengharap harta anak-anak tetapi kasih sayang yang ikhlas yang Bonda harapkan. Ingatlah anak-anakku pesanan Bonda nie. Sampaikan juga pesanan ini kepada seluruh keturunan Bonda. 

Friday, 11 November 2011

Gaji RM 1500

Seperti biasalah waktu rehat tengahari, Facebook kt pejabat nie boleh eksess. Maka tangan nie pun gatal la view page rakan-rakan. Dalam pada melihat-lihat, tertarik dengan satu post berkenaan Cukupkah gaji RM 1500 sebulan di masa sekarang. Maka ditunjukkan perbelanjaan sebulan. Pecahannya adalah seperti berikut:


copy & paste
Dan hasilhnya , duit gaji RM1500 tu memang x cukup. Cuma mungkin perlu di buat ubahsuai untuk keperluan pengangkutan. Kalau pakai kereta memangla x cukup  (mengikut kiraan memiliki VIVA 660 solid, instalment RM300 dan minyak mungkin RM 100). Jadi gunakanlah motor atau pengangkutan awam.

Sakura teringatla masa 6 tahun lepas, masa tu Sakura baru jer habis belajar. Jadi dengan rasa bertanggungjawab dan tidak mahu menyusahkan Bonda dan Ayahanda tercinta, maka Sakura x kisah sangat mencari pekerjaan yang tidak mengikut kelulusan yang sepatutnya dan masa yang sama menghantar resume kat 'company engineering' yang ada kt Malaysia nie. Cari punya cari, maka Sakura pun berjaya mendapat pekerjaan yang tidaklah dimahukan. Tapi demi nk kumpul duit convo bulan Mei. Boleh saja diterima akal. Jawatan yang disandang pula "Customer Service Officer". Memang jauhkan larinya, belajar Engineering tapi buat keje Public Relation. Cubalah dulu, tak cuba x tau kan?.



Maka bermulalah episod Sakura sebagai Customer Service Officer. Basic Gaji RM 1200 sahaja dan belum tolak EPF  yang RM100++. Dah tolak tu adalah dalam RM 800. Tapi biasalah ada lah penambahan duit hasil dari Overtime yang dibuat. sebulan boleh dapatla extra dalam RM 500. Jadi biasanya gaji sebulan dapatla RM 1500.

Maka duit gaji yang x seberapa tu kenalah buat pembahagian untuk diri sendiri, keluarga dan majlis convo. Sakura simpan untuk majlis convo dalam RM 200 ( untuk 3 bulan dapatla bayar untuk convo). Yang lain barulah untuk makan, petrol, dan keperluan rumah (biasanya duit air dan eletrik dan juga belanja kering). Pada masa tu Sakura tinggal bersama ayahanda dan bonda. Jadi duit rumah tiada dalam peruntukan. Ada pembahagian juga untuk insurans (sebab kena nasihat dari bonda dan sepupu untuk ada insuran, keje swasta nie tiada jaminan). Dapatla juga menyimpan dalam tabung haji dan boleh buka buku ASB. Walaupun tak banyak, tapi ada juga lah menyimpan.

Tapi nak dikatakan juga, mmg sebulan tue nak beli baju sehelai pun susah. Sebab duit yang dapat tu cukup-cukup untuk belanja jer. Jadi untuk bershopping, Sakura akan kumpul beberapa bulan, baru boleh bershopping.  Masa nie , barulah Sakura rasa betapa susahnya cari duit sendiri. Maka mulalah Sakura berazam dengan tekad lagi nak cari keje yang selari dengan kelulusan sebab nak gaji banyak. Diam tak diam dekat setahun juga keje sebagai Customer Servis Officer sebelum dapat jadi PELAYAN KERAJAAN.

Friday, 4 November 2011

hari JUMAAT

Baca je tajuk , mesti macam-macam yang ada dalam fikiran pasal hari Jumaat. Yang lelaki pastinya akan menunaikan solat jumaat. Manakala wanita berkerjaya pulak, nie lah 'time' memenuhkan 'shopping complex'. Sangat dinantikan. Time untuk mencuci mata @release tension@gunakan duit gaji utk shopping.




Hari Jumaat bagi Sakura adalah masa paling best untuk merehat diri@nak tido puas-puas @ boleh surf internet lama-lama@buat urusan bank. Kalau nak g bershopping nie kebiasaanya Sakura malas sebab nie bukan Putrajaya@Alamanda yang boleh g naik kete. Kat tengah kotaraya nie kalau naik kete lagi lambat naik kete. Ada baiknya gunakan nikmat kaki yang Allah berikan. Kesimpulanya akan berpeluh  dan kepenatan juga la. Atas faktor itulah Sakura malas nk pergi mane-mane. Ada juga sekali-sekali menghiburkan hati yang lara dengan yang bershopping tapi yang pentingnya Sakura lebih suka berjalan bersama Huby Sakura. Almaklumlah, dia kan penasihat setia.


 Sebenarnya ada aktiviti ceramah agama yang dibuat kt surau tempat Sakura berkerja, tapi kenapalah malas sangat nk pergi. Sungguh bermasalah dan sentiasa mencari alasan untuk tidak hadir. Tapi minggu lepas berjaya juga g ceramah agama kt surau. Wah bangga sungguh kerana berjaya melawan anasir jahat. Tu pun setelah setahun berada disini. Pencapaian terbaik tau. Penceramahnya Ustazah Fatimah El-Zahara, bidang ceramahnya tafsir Al-Quran. (surah dan ayat ke berapa yang dibincangkan x berapa tau sebab masuk dah separuh jala, sebelum tu ada urusan bank). Dah ala-ala rancangan Ustazah Fatimah El-Zahara 'live' di ASTOR Oasis gitu. Saat itu, Sakura begitu menyesali diri kerana selama nie banyak membazirkan masa begitu sahaja. Alangkah baiknya kalau dimanfaatkan dengan mencari ilmu pengetahuan.


Maka dengan ini sakura berazam untuk sedaya upaya menghadirkan diri ke majlis ilmu. Supaya Sakura sentiasa beringat dan menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan ini, Sakura akan meletakkannya dalam azam tahun depan yang wajib dicapai. Untuk penghujung nie kita pupuk hati dan minat dulu. Beikrar dah macam baca Rukun Negara gitu. Insa'Allah