Thursday, 23 October 2014

Tips Ajar Anak Mengaji

7 TIPS MENGAJAR ANAK PANDAI MEMBACA AL-QURAN~~

1. Ibu & Ayah Kena Belajar Dulu
Kalau takut mommy dan daddy mengambil masa yang lama untuk belajar mengaji terlebih dahulu, kita belajar bersama sama dengan anak anak. Kenal pasti huruf Alif, Ba, Jim dan seterusnya (bersama sama). Keywordnya ialah bersama sama
Buat muka eksaited (sebenarnya memang eksaited) bila mengenal pasti banyak jenis ‘lam alif’ didalam Juz Amma.

2. Bukan Waktu ‘Mengaji’ Semata-mata
Saya notis anak anak tidak suka jika diajak mengaji
Kata Dzakwan ‘shushah’. Jadi saya ajak mereka ‘membaca buku’
Namun buku yang mommy pilih ialah Muqaddam mereka

3. Waktu yang konsisten
Waktu yang dicadangkan ialah waktu pagi sebelum pergi kerja
Namun jika ada hari yang perlu keluar awal, ianya boleh digantikan dengan waktu selepas solat Maghrib. Amalkan sekurang kurangnya sehari sekali. Biarpun dapat bersama sama membaca 2 baris (sebelum anak mula bosan)

4. Beritahu Target Kita
Saya beritahu mereka yang saya mahu mereka pandai membaca jika ada huruf jawi atau ayat didalam Al-Quran. Sama seperti mereka pandai membaca rumi. Niat kita – mahu mereka berilmu
Dan beritahu cerita inspirasi seperti semua orang di Makkah bercakap bahasa Arab. Begitu juga orang di syurga dan Nabi terdahulu. Mereka pasti teruja mahu mempelajari satu skil baru untuk diri mereka sendiri

5. Guru yang membantu
Sebaiknya jika ada guru agama yang datang ke rumah. Adalah lebih baik dengan bacaan yang lebih tepat. Saya belajar bersama sama dengan kit bantuan mengajar Al-Quran.Ianya sangat membantu saya sendiri sebagai ‘teacher’

6. Bersabar & Tidak Marah - Marah
Betul, kita mahukan generasi yang berilmu dan berdisiplin.
Tapi dalam setiap yang kita lakukan pasti ada pengajaran yang boleh diambil. Bagi Dzakwan yang berusia 2 tahun 5 bulan, hurup Ba sama dengan Ta lagi lagi. YaPelajaran untuk Dzakwan ialah belajar menghormati buku. Tidak duduk diatas buku sudah memadai bagi kami seisi keluarga

7. Biasakan Memuji
Sudahkah anda memuji seseorang hari ini? Jika belum, mulakan dengan memuji anak dihadapannya Seperti “Pandainya Dzakwan tak koyak buku” atau “Mommy gembira sangat sebab Zikry dah pandai baca Alif Ba Ta..lepas ni jika dapat baca mukasurat sebelah, mesti mommy laaaaagi happy”. Tersenyum senyum sikecil anda sebab pujian itu memang untuk mereka!

Wednesday, 22 October 2014

Jaundice

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.

Tuesday, 21 October 2014

Rahsia Anak

Khas untuk ibu bapa sekalian.... 
Tahukah anda bahawa.. :

1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.

Jom share dengan kawan2x kita yg bergelar ibu bapa..... ...

Monday, 20 October 2014

Duit: Uruskan VS Potong

Masa kelas bisnes lepas lecture ade la share ilmu bisnes dengan kami semua. Katanya ada seorang CEO yang dijemput datang ke kelas yang diajarnya bagi tau yang kepandaian seorang leader syarikat adalah berasarkan kepandaian dia menguruskan kewangan syarikat dan bukannya faktor dia banyak membuat pengurangan kepada perbelanjaan syarikat. Ini disebabkan manusia sangat alah kepada faktor 'kurangkan@potong'.
Kurangkan adalah lebih kepada kita menilai semula perbelanjaan yang diperlukan dan mengurangkan pembaziran aktiviti dalam organisasi. Berbeza pulak dengan potong. Yang nie langkah drastik yang diambil tanpa ambil kira kaedah alternatif yang ade.
Sebagai contoh kalau pengurangan dalam pejabat yang biasa dibuat adalah bajet untuk makan mesyuarat. Kalau dalam peruntukkan adalah RM 6 untuk pagi boleh dapat nasi lemak dan air teh atau nescafe. Jadi kalau pengurangan pulak bajet dah jadi RM 3. Makanan yang dapat pulak sebiji kuih manis dan kuih pedas dengan air manis. Kalau potong pulak x da makan untuk mesyuarat yang disediakan.
Jadi kalau duit gaji sendiri, kenalah tenung dan analisis semula perbelanjaan yang mana akan potong dan kurangkan. Lain orang, lain perbelanjaan potong dan dan kurangkannya. Pepandailah nilai sendiri.

Friday, 17 October 2014

Welcome KKR 2

Pagi tadi masih lagi ke Mid Valley untuk tengok kalau ade barang yang tertinggal. Sempat juga tue buat 'potluck' tanda perpisahan. Yelah dia orang tue lama kot kat Mid Valley. Macam Sakura x terasa sangat sebab kurang setahun.

Selesai 'potluck' dan ambil barang yang tertinggal. Terus la p ke KKR 2. Masa tue dah pukul 12 tgh pun. Bila dah sampai. haruslah kemas terus. Mulanya malas nak kemas sebab nak kemas Isnin jer. Tapi bila semua pun berkemas. Ikut berkemas la juga. Kemas punya kemas. Selesai dah semua kotak yang ade susun dalam kabinet. Berjaya!
Maka hari Isnin mulalah berkerja tapi line internet x d pulak. Semua orang ade, tempat Sakura jer yang x d. Kena minta orang IT bantuan la gamaknya

Thursday, 16 October 2014

Bye Bye MidValley

Alhamdulillah selesai sudah urusan perpindahan barang dari MidValley ke bangunan baru Kompleks Kerja Raya 2 (KKR 2). Penat tp puas hati sebab semuanya dapat dipindahkan dengan lancar dengan pertolongan Allah jua. Semuanya perlukan kerjasama dari semua pihak dan team juga memang bagi komitmen yang terbaik. Urusan pindah barang tadi dari MidValley berakhir sebelum jam 5 dan selesai di KKR 2 jam 8 mlm. Semua bena yang dipindahkan kena rekod dan dimasukkan dalam kotak. Semua kotak yang ada ditanda dengan turutan nombor bagi memudahkan pengesanan kotak bila sampai kat sana.

Urusan mengemas cuma amik masa seminggu jer untuk team Sakura. Almaklumlah dah selesai asingkan dokumen aktif dan dokumen simpanan sebelum nak bawa ke ARKIB. Kalau dokumen simpanan, dah diurusakan ke tempat simpanan PRISM. Barang personal pulak tangungjawab memasing untuk simpan dalam kotak. Yang komputer pulak, kontraktor pengangkut yang bungkuskan. Tinggal bagi nombor jer.

Esok akan mula mengemas kat tempat baru pulak. Sayonara MidValley. Tempat yang best untuk cuci mata (senang nak shopping) tapi tempat yang susah nak makan bagi Sakura.

Thursday, 2 October 2014

Penguna Keretapi

Sakura mmg suka guna LRT berbanding komuter. Satu sebab utama adalah disebabkan masa menunggu LRT adalah singkat. Tapi x boleh nak jadikan alasan sebab fungsi keretapi tue berbeza. LRT adalah untuk dalam bandar dan komuter tue antara bandar bandar selain dari komuter berkongsi landasan dengan keretapi pengangkut barang dan keretapi antara negeri.

Lagi satu yg Sakura suka adalah orang yang menungu nak masuk dalam LRT bijak sikit menunggu kat tepi pintu berbanding pengguna komuter yang suka tunggu depan pintu dan x menyempat nak masuk sedangkan orang yang kat dalam keretapi x keluar lagi. Bagi Sakura sangat selfish. Prinsip terbaik untuk guna keretapi adalah utamakan orang yang nak keluar dari keretapi dulu baru yang kat luar boleh masuk. Kalau semua nak masuk dan nak keluar. Payah dan menjadi lambat pergerakkan.

Satu lagi pasal pintu masuk antara LRT dan komuter. LRT lebih tersusn, sistematik dan x perlu ade penjaga pun kat pintu keluar masuk tue. Perjalanan lancar. Berbanding komuter pintu masuk dan pintu untuk keluar hanya ade 3 laluan, bercampur pulak dengan laluan touch n go dan bertambah parah lagi ade penjaga kat luar yang dok pungut tiket dari pengguna yang guna kaedah tiket. Sesak tau tak. Tak boleh ker management KTM nie buat research dan pengamatan dengan pesaing. Pemalas yang amat. Boleh dikatakan management dia agak kuno la. Sorry to say sebab x banyak pun perubahan untuk keselesaan penguna komuter yang dilaksanakan.

Kalau sesape yang guna Stesen TBS mesti akan perasan aspek kebersihan yang ditekankan. ERL dan LRT pastinya lebih bersih dan tersusun di stesen  berbanding komuter yang agak kotor dan x tersusun. Kalau hari Jumaat memang parah sebab ramai yang beratur untuk beli tiket kat kaunter bertambah lagi dengan pengunan yang nak keluar masuk dari pintu masuk. Sangat menyesakkan.

Lagi satu yang paling Sakura menyampah dengan komuter kalau guna touch n go. Kena pastikan dengar beep 2 kali masa touch. Kalau x alamatnya memang duit dalam kad habis di sedutnya. Dah dua kali Sakura kena. So terpaksa kalau touch n go untuk mintak refund. Menyusahkan betul. Dahla nak minta refund makan sebulan.

Mmg tujuan Sakura untuk memberikan kelemahan komuter sebab kalau buat aduan pun management komuter x amik pusing pun. Di buangnya aduan tue dalam tong sampah. Bajet management tue bagus dan x d kelemahan. Mesti ade yang cakap kalau x suka x payah la guna. Nie dah kes terpaksa guna sebab x alternatif lain. Dipaksa terima dan dihadamkan. Bajet x d pesaing jadi kualiti x dijaga. X patut sungguh. Dah selesai sesi luahan perasaan yang x dipedulikan.

:)