Thursday, 22 May 2014

Suaikan Diri

Blog Sakura yang dah lama x bersentuh. Sedih sungguh tengok senarai entry yang Sakura buat pada tahun nie. Sehingga entry nie di tulis, jumlah entry yang dibuat dari Januari 2014 hingga la nie adalah 16. Teruk betul. Secara jujurnya tahun nie Sakura memerlukan penyesuaian dalam kehidupan dan kerjaya. Untuk kehidupan, memiliki tahap pendidikan di peringkat tertinggi Sakura perlukan untuk tahun nie. Capstone akan bermula bulan depan dengan sem pendek Pre-Capstone dan sem seterusnya Capstone akan menjelma. Walaupun kelas hanya tinggal satu subjek je lagi. Pencabar otak yang utama adalah capstone. Hadapi subjek belajar adalah lebih mudah dari Capstone. Harap Sakura dapat menghadapinya dengan mudah, tenang dan menepati tahap penilaian yang ada. Diam x diam dah nak sampai ke penghujung jalan. Duhai otak berfungsilah dikau dengan sempurna dengan baik untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Perkembangan kerjaya juga sedang Sakura alami. Yang ini pun mencabar gak, setelah 7 tahun dok buat pengurusan. Sekarang adalah masa untuk beraksi sebenar sebagai seorang jurutera sebenar. Apelah ade pada seorang jurutera kalau tidak pernah buat design dalam kerjanya. Semalam g  meeting, ade x-opismate kpm dah nak dapat PE. Wah memang jadi penaik semangat nie nak buat juga. Tapi bukan keutamaan tahun nie. Tahun depan pulak kita usahakan. Kasi habis capstone dulu. Baru boleh pikir amik PE dan certified structure eng level 2 dan level 3. Wajib gunakan ruang dan peluang yang ada untuk memajukan diri. Jangan nanti kita ketinggalan bila ada peluang lain yang memerlukan keperluan pengiktirafan PE dan certified eng. Biarlah ape yang orang ade, kita ada. Agar kita dapat bersaing dengan baik. Rezeki nak dapat atau tidak itu kuasa Allah. Kita hanya buat yang terbaik dan yang termampu. 

Setiap hari dan tahun kena ada aktiviti yang mencabar diri sendiri untuk pastikan otak berfungsi dengan baik. Bak kata iklan anmum. sel otak bersambung. Lagi banyak otak berkerja, lagi banyak sel yang bersambung/berhubung. Barulah hidup ini menarik dan dipenuhi dengan warna pelangi kehidupan. 

Tenagkan diri dengan melihat ikan 

No comments:

Post a Comment