Friday, 23 May 2014

Sekarang Vs Dulu-dulu

Nak kena didik diri macam orang dedulu la. Berbahasa dengan kiasan. Bila berkias, orang akan berfikir ape yang kita cuba sampaikan. Dengan berkias juga kita pun akan memikir ape yang sesuai untuk dikiaskan. Secara x langsung keduanya (penyampai dan penerima) akan berfikir dan menjalankan otak untuk berkerja. Bila berkias juga kita yang menerima sindiran akan dapat merasakan tahap sindiran yang dikenakan kalau dia mampu berfikir dengan tahap tertinggi., Kalau yang penerima tahap berfikir biasa-biasa, penerimaan dia juga adalah tahap biasa-biasa dan mungkin tidak terkesan dengan apa yang nak disampaikan. 

Cuba perhatikan kat FB atau kat saluran terkini penyampaian maklumat. Cara berbahasa amat la tidak bersopan dan banyak unsur negatif yang menyebabkan orang yang membaca turut terkena unsur negatif tersebut. Bila banyak yang negatif kita sampaikan dan semestinya persekitaran kita pun negatif juga. Pesekitaran yang negatif amat tidak membantu dan melemahkan pemikiran selain persekitaran juga.

Dalam kelas pemikiran kreatif yang Sakura hadir, kiasan adalah satu cara untuk kita menyampaikan idea. Memang baguslah kita amalkan bahasa kiasa untuk menyampaikan perasaan kita di media sosial. Marilah kita balik ke zaman dedulu untuk mencipta sesuatu yang positif untuk kehidupan kita.


No comments:

Post a Comment