Mungkin
panduan berikut sedikit sebanyak dapat dijadikan ‘alat bantu’ dalam
usaha menjaga anak tanpa isteri di sisi atas urusan kerja.
a. Ketahui tabiat /perangai anak
Papa patut mengambil tahu tabiat atau perangai anak. Fahami karektor mereka dengan memerhatikan apa yang mereka gemar lakukan. Papa kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak bermain. Misalnya jika anak bawah usia setahun yang baru pandai memanjat, merangkak atau suka bermain sewaktu kita memandikannya. Jadi, papa kenalah lebih peka dan berhati-hati semasa mengawasi mereka agar keselamatan anak terjamin.
b. Ambil tahu kesukaan anak
Anak-anak yang masih belum pandai bertutur pasti sukar difahami apa kehendak mereka. Biasanya ibu yang lebih faham apa yang diinginkan si anak tatkala mereka merengek. Oleh itu sentiasa ambil tahu apa yang menjadi kesukaannya bagi memudahkan proses memujuk atau meredakan anak semasa dia merengek atau menangis.
Misalnya ada anak yang akan berhenti menangis apabila dipujuk melihat buku bergambar sambil kita bercerita dengannya dan sebagainya lagi kesukaan mereka. Dengan kata lain tidaklah papa menggelabah bila anak menangis tanpa sebab.
Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat mungkin kaedah pujukan tersebut tidak sesuai kerana biasanya ia tidak berkesan.
c. Tahu masa makan dan tidur
Anak-anak keci mempunyai masa makan dan tidur yang tetap setiap hari. Jika tidak mereka akan meragam dan menangis tanda tidak selesa. Maka papa perlulah belajar daripada isteri tentang hal ini. Ia kelihatan remeh dan kurang penting namun tidak apabila anda menjaga anak yang masih belum boleh bertutur kerana mereka tidak boleh memberitahu rasa lapar atau mengantuk.
Ketika usia ini tangisan adalah cara si anak berkomunikasi dengan papa dan mama. Jangan pula bila anak menangis papa sibuk buat kerja lain dan suruh anak main dengan alat permainannya sahaja.
d. Ambil berat tahap kesihatan anak
Jika anak tidak sihat kerana demam, batuk dan selesema, maka cabaran menjaga mereka menjadi lebih berat. Tentu sahaja ketika ini mereka rasa tidak selesa dan asyik merengek tidak kira masa terutama semasa hendak tidur bahkan si manja juga tidak selera makan dan minum susu. Jangan panik.
Sekiranya anak kelihatan kurang ceria seperti biasa dan asyik merengek sahaja, periksa suhu badannya sama ada dia demam atau tidak. Oleh itu pastikan termometer mesti ada di rumah. Kalau suhu tinggi, bawa ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan fikir dia seperti kita yang punya ketahanan badan terhadap demam selesema biasa.
Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya. Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama kerana mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan dan jangkitan kuman pada otak jika suhu badan terlalu tinggi.
Mungkin setiap papa punya cara tersendiri mengendalikan anak masing-masing. Walau apa pun kaedah tersebut pastikan sebagai papa anda sentiasa peka dan bertanggungjawab menjaga anak agar dia selesa dan selamat biarpun mama tiada di sisi.
Sumber: Pa&Ma

No comments:
Post a Comment