BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang
bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh.
Jadi warna biru muda
atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan
komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat
secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah
komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda
tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan
jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain
jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang
akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga
yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam
seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan
sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan
dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di
perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria
tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah
kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada
waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini
terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni
amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku
pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di
mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu
dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Sumber FB: Solat Fardhu
No comments:
Post a Comment