Semoga kita bersama mengamalkannya
1. Setengah
orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara yang
paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan.
Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikmah Arab menegaskan “Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).”
2. Seorang cendiakawan Islam pernah berkata, “Orang yang mengamalkan
membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200
tahun.” “Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran
pada setiap hari, menjadi nyanyuk apabila telah tua. Juga, mereka tidak
perlu memakai cermin mata.”.
3. Kesan membaca Al-Quran dari
segi kesihatan amat besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya
anda melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran.
4.
Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’ kerana Rasullullah s.a.w.
menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain, dengan
menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan minda
khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan
rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia
merupakan sejenis rangsangan yang baik kepada organ-organ dan membentuk
ketenangan terhadap berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
5.
Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan
bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-otot di seluruh muka dan
leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang
menyerang muka seperti ‘Bell’s Palsy’ iaitu sejenis penyakit lumpuh pada
bahagian muka.
6. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan
sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita
kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan
konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.
Sumber FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
No comments:
Post a Comment