Kenali plastik-plasti dikeliling kita. Berhati-hati jangan guna sesuka hati. Ingatlah orang yang tersayang!....hehehehe
Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:
Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman
berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah
terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.
Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk
digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin
atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun,
ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.
Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar
elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya
kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan
plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.
Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan,
straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi
untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab
kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko
yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.
Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila
membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah
dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika
setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang
merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah
pilihan yang popular bagi peniaga-2.
Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7.
Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing
komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC)
SUMBER :THE SECRET MEDICINES BLOGGER
No comments:
Post a Comment