Friday, 28 June 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB. Day 2

Sakura kongsikan ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:13 Jun 2013)


Bahagian 1

Hari ini kita meneruskan Seminar kita dengan topik hari ini
MEMILIH PASANGAN HIDUP


Ibu pernah ditanya, bilakah parenting bermula? Ada yang menjawab, bila mereka mendapati mereka mengandung anak yang pertama.

Namun, bagi ibu parenting bermula bila anda mencari pasangan hidup. Pasangan hidup adalah sangat penting di dalam pendidikan anak-anak. Bila pasangan sepakat didalam corak parenting yang hendak diambil, maka peluang untuk berjaya adalah lebih tinggi.
Bagi seorang Muslim, garis kasar telah diberi yang boleh digunakan baik bagi lelaki atau wanita.
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun. Hendaknya calon isteri memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak baik karena wanita yang mengerti agama akan mengetahui tanggung jawabnya sebagai isteri dan ibu.

Apa yang kita juga perlu faham bahawa bila seorang wanita mencari pasangan atau hendak memilih pasangan, prioriti ini juga adalah amat penting. Seorang suami yang berilmu agama dan menghayati agama, akan dapat menjadi pemimpin yang baik. Kerana dia akan membawa kehadapan pendidikan anak-anak cara Nabi yang mana ianya adalah menggunakan ‘The Psychology of the bright side of the human nature.’
Bagi yang bukan Muslim, adalah tidak jauh bezanya dalam memilih pasangan. Mereka perlu melihat kepada prinsip, nilai hidup, amalan, akhlak serta corak berfikir bakal pasangan mereka.

Apa yang sangat bahaya ialah memilih pasangan ikut sempat dan berharap akan dapat menggubah mereka bila sudah berkahwin nanti.


Bahagian 2

Menyesuaikan Diri

Walaupun pasangan mungkin mempunyai fundamentals yang sama, namun penyesuaian diri dan masa untuk fine tuning mungkin akan ada. Maklumlah, pasangan kita tidak datang dari latar belakang yang 100% sama.

Oleh itu perbincangan, adjusting dan berusaha untuk bersepakat adalah sangat penting.

Ramai pasangan menggambil masa yang lama merancang hari perkahwinan mereka dan tidak berbincang langsung mengenai bagaimana mereka mahu membina keluarga mereka. Lantaran bila mendapat anak, mereka mendapati banyak ketidaksepakatan di dalam banyak perkara terutamanya di dalam mendidik anak.

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?
Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.

Bahagian 3

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?


Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.


Bahagian 4

Tuhan telah mengingatkan kita bahawa yang lebih kurang maksudnya, jika dia adalah jodoh kita dan kita mendapati kita tidak suka akan sesuatu mengenainya, ketahuilah kemungkinan apa yang kita tidak suka itu adalah baik untuk kita.

Maka jika anda mendapati cara pasangan anda mendidik anak anda adalah suatu yang anda tidak suka. Fikirkan bagaimana anda boleh mencari jalan maufakat. Di situ ada pentarbiyahan diri untuk anda dari Allah. Oleh kerana kasihnya anda akan pasangan anda dan anak-anak anda, anda akan mencari jalan agar pasangan anda akan lebih bersepakat.

Apa yang ibu ingin nyatakan di sini, jangan hanya mengeluh mengapa diberi pasangan begini dan begitu. Perbaiki apa yang boleh diperbaiki di dalam diri anda agar anda dapat membantu pasangan anda untuk memenuhi tanggun-jawabnya terhadap anak-anak ke tahap yang paling tinggi.

Bahagian 5

Seorang anak memerlukan kedua ibu bapanya aktif dan mengambil bahagian sepenuhnya di dalam pentarbiyahan dirinya. Gabungan lelaki dan perempuan sangat penting. Itu sebabnya Allah datangkan kita melalui gabungan seorang ayah dan ibu.

Penglibatan sepenuh diri di dalam pentarbiyahan anak-anak perlu dimulakan sebelum anda itu wujud dalam bentuk fizikal lagi. Anak dikandung oleh ayahnya dahulu dan sperma yang menang dan masuk ke dalam ovum itu membawa tenaga doa yang paling kuat oleh ayahnya. Samada doa itu dilafaz atau tidak tersedar atau tidak.

Bagi yang terpaksa membesarkan anak-anak mereka tanpa pasangan kemungkinan kerana perpisahan hidup mahupun mati, janganlah pula merasakan anda tidak akan berjaya.

Percayalah bahawa jika itu yang berlaku, Allah akan mendatangkan pertolongannya untuk anak anda itu untuk dia membesar dengan baik. Sebagai parent yang masih bersama anak itu, anda lakukan sahaja yang terhabis baik.

Kita mesti ingat dalam kita mendidik dan berusaha mendidik anak-anak kita, Allahlah juga yang memegang hati mereka. Maka panjatkanlah doa kepadaNya.





 

No comments:

Post a Comment