Tiada yang indah selain kebahagian dan kegembiraan dalam hidup. Namun kadangkala kesedihan dan kedukaan menjadi peneman perjalanan. Harus tabah menghadapinya demi kehidupan yang sempurna. Kehidupan adalah perjalanan yang tidak dirancang. Hanya perlu mengharunginya dan belajar untuk memahami dan mengatasinya. Warna-warninya adalah lakaran yang dicorakkan bagi memberi pengertian yang besar. Hanya keberanian dan ketakutan menjadi peneman setia.
Sunday, 30 June 2013
Nasihat Kepada Pencinta
1. Janganlah anda membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum anda berkahwin dengan si dia.
2. Bercintalah dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin dia bukan jodoh untuk anda.
3. Jika anda ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum anda berhak menjadi milik si dia.
4. Kebahagiaan yang anda lihat sebelum berkahwin hanya palsu. Yang hakikinya adalah selepas anda diijabqabulkan.
5. Jikalau anda inginkan pasangan hidup yang terbaik untuk anda, maka andalah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
6. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar anda tahu apa yang perlu anda tahu.
7. Jika anda masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawa anda ke gerbang perkahwinan.
Sumber FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Labels:
petua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment