Saturday, 29 June 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 3

Bersambung lagi ilmu parenting oleh Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Prof yer. (post bertarikh: 17 Jun 2013)


Bahagian 1

PERSEDIAAN MENJADI IBU/BAPA - BEBASKAN DARIPADA LUKA SEMALAM!

Untuk perkongsian kita hari ini, ibu khususkan untuk berkongsi mengenai 'HEALING' diri kita daripada luka semalam. Mengapa?

KERANA LUKA SEMALAM BOLEH MENJADI PENGHALANG KEPADA KITA UNTUK MENJADI IBU ATAU BAPA YANG BAIK.

Bila luka itu menyebabkan kita merasai diri kita tidak hebat atau kita tidak layak menjadi ibu atau bapa kepada anak kita, samada kita merasainya secara sedar atau tidak, maka ianya kan mengganggu kita daripada dapat menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak kita.

Luka seperti ini juga boleh menyebabkan sesaorang ayah atau ibu itu marah dan menghukum anak-anak mereka tanpa belas kasihan. Kerana bila 'trigger' terlepas, maka emosi terpedam tercetus tidak terkawal dan menjadi raja yang menguasai diri siayah atau si ibu yang terluka itu.

Doa ibu ialah anda boleh bebas daripada emosi yang tercalar dan sembuh darpada luka yang masih tetap berdarah. Kerana anda layak menjadi ibu bapa yang hebat dan merasai nikmat membesarkan anak-anak anda.


Bahagian 2

Ada empat tahap dalam proses HEALING.
Bila setiap kali sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kita, kita akan melalui proses pemulihan ini.

Pertama - kita akan berasa dalam keadaan MENIDAKKAN - DENIAL - kita rasa seolah tidak percaya ianya berlaku. Kita berharap ianya cuma sebuah mimpi. Perasaan kita semasa itu kosong 'numb' - kita seolah-oleh tidak boleh menerima apa yang berlaku.



Bahagian 3

Kedua - anda mulai merasakan marah, geram dan sebagainya.

Ketiga - anda mulai merasakan mahu menangis dan merintih. Pada tahap ini adalah sangat penting kerana inilah tahap 'grieving' pada tahap ini akan timbul perasaan menyedari apa yang berlaku dan mahu memaafkan. Namun, di sini juga akan timbul ego yang membawa anda balik ke tahap kedua dan pertama dan berpusing di situ bertahun-tahun lamanya. Sehinggalah KEMAAFAN diberi.


Bahagian 4

Keempat - SEMBUH - pada masa ini anda akan merasa dan melihat dunia dan kehidupan anda dengan lebih luas dan dalam. Ramai yang telah sampai ke tahap ini, meraih kebijaksanaan di dalam menjalankan kehidupan mereka. Kasih-sayang mereka menjadi besar dan menyembuhkan sesiapa sahaja yang berada dengan mereka.

Bahagian 5

What does broken heart or shinning heart got to do with parenting? EVERYTHING!

A broken heart that is not heal can cause a person to be sour with life. Carrying baggage through out his/her life. Making him/ her tired, angry easily. And then he/she transfer these baggage to his/her children.

A shinning heart loves unconditionally and love genuinely. You can only give what you have. So you can love your children truly and raise them with untainted love. You are energetic and full of hope too.

 Hati yang sembuh dari luka, boleh menjalinkan pertalian yang rapat dengan orang yang dikasihi.

--------------------------------------
What does broken heart or shinning heart got to do with parenting? Everything!

A broken heart that is not healed will make you cranky and carry a heavy baggage through out you life. It make you tired and always angry.

A Shinning heart helps you to parent your children better. You can only give what you have. So when you have genuine love you can give true love.


Bahagian 6 

Bolehkah manusia hidup tanpa kasih sayang? Bolehkah manusia menjadi manusia sempurna jika mereka ketandusan kasih dan sayang di dalam diri mereka? Bolehkah anda bayangkan keadaan dunia tanpa kasih sayang? Bolehkah anda bayangkan keadaan keluarga tanpa kasih sayang? Bolehkah anda bayangkan keadaan anda tanpa kasih sayang?
“Kasih sayang adalah pendorong terkuat.” Disebabkan kasih sayang kepada anaknya seorang ibu boleh bertarung melawan binatang buas dan menang. Kerana kasih seorang ayah sanggup bermandi peluh mencari rezeki untuk seluruh keluarga. Kerana kasih juga seorang anak sanggup bersengkang mata melayan orang tuanya yang telah uzur. Kasih sayang adalah tali pengikat yang memboleh hati-hati di dalam sesebuah keluarga bertaut rapat. Kerana kasih sayang seorang pemimpin sanggup membina anak buahnya dengan sabar. Kasih sayang kepada Allah dan RasulNya telah memberi kekuatan luar biasa kepada umat Islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyiddin. Begitulah kuatnya tenaga yang diwujudkan oleh ‘Kasih Sayang’.



No comments:

Post a Comment