Sunday, 30 June 2013

Nasihat Kepada Pencinta


1. Janganlah anda membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum anda berkahwin dengan si dia.

2. Bercintalah dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin dia bukan jodoh untuk anda.

3. Jika anda ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum anda berhak menjadi milik si dia.

4. Kebahagiaan yang anda lihat sebelum berkahwin hanya palsu. Yang hakikinya adalah selepas anda diijabqabulkan.

5. Jikalau anda inginkan pasangan hidup yang terbaik untuk anda, maka andalah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

6. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar anda tahu apa yang perlu anda tahu.

7. Jika anda masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawa anda ke gerbang perkahwinan.


Sumber FB: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Saturday, 29 June 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB Day 3

Bersambung lagi ilmu parenting oleh Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Prof yer. (post bertarikh: 17 Jun 2013)


Bahagian 1

PERSEDIAAN MENJADI IBU/BAPA - BEBASKAN DARIPADA LUKA SEMALAM!

Untuk perkongsian kita hari ini, ibu khususkan untuk berkongsi mengenai 'HEALING' diri kita daripada luka semalam. Mengapa?

KERANA LUKA SEMALAM BOLEH MENJADI PENGHALANG KEPADA KITA UNTUK MENJADI IBU ATAU BAPA YANG BAIK.

Bila luka itu menyebabkan kita merasai diri kita tidak hebat atau kita tidak layak menjadi ibu atau bapa kepada anak kita, samada kita merasainya secara sedar atau tidak, maka ianya kan mengganggu kita daripada dapat menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak kita.

Luka seperti ini juga boleh menyebabkan sesaorang ayah atau ibu itu marah dan menghukum anak-anak mereka tanpa belas kasihan. Kerana bila 'trigger' terlepas, maka emosi terpedam tercetus tidak terkawal dan menjadi raja yang menguasai diri siayah atau si ibu yang terluka itu.

Doa ibu ialah anda boleh bebas daripada emosi yang tercalar dan sembuh darpada luka yang masih tetap berdarah. Kerana anda layak menjadi ibu bapa yang hebat dan merasai nikmat membesarkan anak-anak anda.


Bahagian 2

Ada empat tahap dalam proses HEALING.
Bila setiap kali sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kita, kita akan melalui proses pemulihan ini.

Pertama - kita akan berasa dalam keadaan MENIDAKKAN - DENIAL - kita rasa seolah tidak percaya ianya berlaku. Kita berharap ianya cuma sebuah mimpi. Perasaan kita semasa itu kosong 'numb' - kita seolah-oleh tidak boleh menerima apa yang berlaku.



Bahagian 3

Kedua - anda mulai merasakan marah, geram dan sebagainya.

Ketiga - anda mulai merasakan mahu menangis dan merintih. Pada tahap ini adalah sangat penting kerana inilah tahap 'grieving' pada tahap ini akan timbul perasaan menyedari apa yang berlaku dan mahu memaafkan. Namun, di sini juga akan timbul ego yang membawa anda balik ke tahap kedua dan pertama dan berpusing di situ bertahun-tahun lamanya. Sehinggalah KEMAAFAN diberi.


Bahagian 4

Keempat - SEMBUH - pada masa ini anda akan merasa dan melihat dunia dan kehidupan anda dengan lebih luas dan dalam. Ramai yang telah sampai ke tahap ini, meraih kebijaksanaan di dalam menjalankan kehidupan mereka. Kasih-sayang mereka menjadi besar dan menyembuhkan sesiapa sahaja yang berada dengan mereka.

Bahagian 5

What does broken heart or shinning heart got to do with parenting? EVERYTHING!

A broken heart that is not heal can cause a person to be sour with life. Carrying baggage through out his/her life. Making him/ her tired, angry easily. And then he/she transfer these baggage to his/her children.

A shinning heart loves unconditionally and love genuinely. You can only give what you have. So you can love your children truly and raise them with untainted love. You are energetic and full of hope too.

 Hati yang sembuh dari luka, boleh menjalinkan pertalian yang rapat dengan orang yang dikasihi.

--------------------------------------
What does broken heart or shinning heart got to do with parenting? Everything!

A broken heart that is not healed will make you cranky and carry a heavy baggage through out you life. It make you tired and always angry.

A Shinning heart helps you to parent your children better. You can only give what you have. So when you have genuine love you can give true love.


Bahagian 6 

Bolehkah manusia hidup tanpa kasih sayang? Bolehkah manusia menjadi manusia sempurna jika mereka ketandusan kasih dan sayang di dalam diri mereka? Bolehkah anda bayangkan keadaan dunia tanpa kasih sayang? Bolehkah anda bayangkan keadaan keluarga tanpa kasih sayang? Bolehkah anda bayangkan keadaan anda tanpa kasih sayang?
“Kasih sayang adalah pendorong terkuat.” Disebabkan kasih sayang kepada anaknya seorang ibu boleh bertarung melawan binatang buas dan menang. Kerana kasih seorang ayah sanggup bermandi peluh mencari rezeki untuk seluruh keluarga. Kerana kasih juga seorang anak sanggup bersengkang mata melayan orang tuanya yang telah uzur. Kasih sayang adalah tali pengikat yang memboleh hati-hati di dalam sesebuah keluarga bertaut rapat. Kerana kasih sayang seorang pemimpin sanggup membina anak buahnya dengan sabar. Kasih sayang kepada Allah dan RasulNya telah memberi kekuatan luar biasa kepada umat Islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyiddin. Begitulah kuatnya tenaga yang diwujudkan oleh ‘Kasih Sayang’.



Friday, 28 June 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB. Day 2

Sakura kongsikan ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Ibu Rose:Prof. Dr. Rozieta Shaary. (post bertarikh:13 Jun 2013)


Bahagian 1

Hari ini kita meneruskan Seminar kita dengan topik hari ini
MEMILIH PASANGAN HIDUP


Ibu pernah ditanya, bilakah parenting bermula? Ada yang menjawab, bila mereka mendapati mereka mengandung anak yang pertama.

Namun, bagi ibu parenting bermula bila anda mencari pasangan hidup. Pasangan hidup adalah sangat penting di dalam pendidikan anak-anak. Bila pasangan sepakat didalam corak parenting yang hendak diambil, maka peluang untuk berjaya adalah lebih tinggi.
Bagi seorang Muslim, garis kasar telah diberi yang boleh digunakan baik bagi lelaki atau wanita.
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun. Hendaknya calon isteri memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak baik karena wanita yang mengerti agama akan mengetahui tanggung jawabnya sebagai isteri dan ibu.

Apa yang kita juga perlu faham bahawa bila seorang wanita mencari pasangan atau hendak memilih pasangan, prioriti ini juga adalah amat penting. Seorang suami yang berilmu agama dan menghayati agama, akan dapat menjadi pemimpin yang baik. Kerana dia akan membawa kehadapan pendidikan anak-anak cara Nabi yang mana ianya adalah menggunakan ‘The Psychology of the bright side of the human nature.’
Bagi yang bukan Muslim, adalah tidak jauh bezanya dalam memilih pasangan. Mereka perlu melihat kepada prinsip, nilai hidup, amalan, akhlak serta corak berfikir bakal pasangan mereka.

Apa yang sangat bahaya ialah memilih pasangan ikut sempat dan berharap akan dapat menggubah mereka bila sudah berkahwin nanti.


Bahagian 2

Menyesuaikan Diri

Walaupun pasangan mungkin mempunyai fundamentals yang sama, namun penyesuaian diri dan masa untuk fine tuning mungkin akan ada. Maklumlah, pasangan kita tidak datang dari latar belakang yang 100% sama.

Oleh itu perbincangan, adjusting dan berusaha untuk bersepakat adalah sangat penting.

Ramai pasangan menggambil masa yang lama merancang hari perkahwinan mereka dan tidak berbincang langsung mengenai bagaimana mereka mahu membina keluarga mereka. Lantaran bila mendapat anak, mereka mendapati banyak ketidaksepakatan di dalam banyak perkara terutamanya di dalam mendidik anak.

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?
Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.

Bahagian 3

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?


Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.


Bahagian 4

Tuhan telah mengingatkan kita bahawa yang lebih kurang maksudnya, jika dia adalah jodoh kita dan kita mendapati kita tidak suka akan sesuatu mengenainya, ketahuilah kemungkinan apa yang kita tidak suka itu adalah baik untuk kita.

Maka jika anda mendapati cara pasangan anda mendidik anak anda adalah suatu yang anda tidak suka. Fikirkan bagaimana anda boleh mencari jalan maufakat. Di situ ada pentarbiyahan diri untuk anda dari Allah. Oleh kerana kasihnya anda akan pasangan anda dan anak-anak anda, anda akan mencari jalan agar pasangan anda akan lebih bersepakat.

Apa yang ibu ingin nyatakan di sini, jangan hanya mengeluh mengapa diberi pasangan begini dan begitu. Perbaiki apa yang boleh diperbaiki di dalam diri anda agar anda dapat membantu pasangan anda untuk memenuhi tanggun-jawabnya terhadap anak-anak ke tahap yang paling tinggi.

Bahagian 5

Seorang anak memerlukan kedua ibu bapanya aktif dan mengambil bahagian sepenuhnya di dalam pentarbiyahan dirinya. Gabungan lelaki dan perempuan sangat penting. Itu sebabnya Allah datangkan kita melalui gabungan seorang ayah dan ibu.

Penglibatan sepenuh diri di dalam pentarbiyahan anak-anak perlu dimulakan sebelum anda itu wujud dalam bentuk fizikal lagi. Anak dikandung oleh ayahnya dahulu dan sperma yang menang dan masuk ke dalam ovum itu membawa tenaga doa yang paling kuat oleh ayahnya. Samada doa itu dilafaz atau tidak tersedar atau tidak.

Bagi yang terpaksa membesarkan anak-anak mereka tanpa pasangan kemungkinan kerana perpisahan hidup mahupun mati, janganlah pula merasakan anda tidak akan berjaya.

Percayalah bahawa jika itu yang berlaku, Allah akan mendatangkan pertolongannya untuk anak anda itu untuk dia membesar dengan baik. Sebagai parent yang masih bersama anak itu, anda lakukan sahaja yang terhabis baik.

Kita mesti ingat dalam kita mendidik dan berusaha mendidik anak-anak kita, Allahlah juga yang memegang hati mereka. Maka panjatkanlah doa kepadaNya.





 

Thursday, 27 June 2013

Tanam Uri

Berguna dimasa hadapan 
Sumber FB: Mummy Izz

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.


7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Jom Like ===> Mummy Izz

Wednesday, 26 June 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1

Seperti yang Sakura janjikan, Sakura kongsikan ilmu parenting dari Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose. Untuk perkongsian cerita yang lebih banyak lagi, sila LIKE FB Prof yer. (post bertarikh: 11 Jun 2013)


Bahagian 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Bermulalah sudah Seminar Parenting Bijak Ibu Rose di FB. Hari ini kita memulakan perbincangan dengan pengenalan.

Berapa diantara anda mahukan anak-anak anda berjaya dunia dan akhirat? Berapa diantara anda mahu menjadi ibu bapa yang berjaya? Berapa pula mahukan hidup yang sejahtera?

Jika semua jawapan adalah ya, maka anda sedang mengikut seminar yang betul. Tahniah! Tepuk dada kiri anda dan katakan, 'Saya Ibu / Bapa Bijak!

Sebelum kita terus berbincang mengenai Parenting Bijak. Pertama, kita perlu jelas apa itu parenting? Sejauh mana ianya penting? Bolehkah kita mengambil mudah akannya?


Bahagian 2

Tujuan parenting ialah untuk mendidik anak-anak menjadi manusia yang hebat sebagaimana mereka patut jadi

Oleh itu Parenting memerlukan kita memimpin anak-anak dengan baik. Jika kepimpinan kita rapuh dan tiada matlamat, maka yang menurut kita juga tidak tahu ke mana hendak pergi.

Oleh itu perlu untuk ibu dan bapa berbincang ke mana arah tuju parenting mereka. Ini bukan boleh diambil mudah saja atau ikut sahaja. Ibu bapa perlu merancang, berbincang dan mengambil kata sepakat. Mengenai apa?

- Mengenai hala tuju family anda.
- Corak parenting

Adakah anda telah berbincang dengan pasangan anda? Jika sudah tahniah. Jika belum, maka ambil masa malam ini, jangan tangguh lagi, terus berbincang dengan baik akan dua perkara di atas.


Bahagian 3

Parenting adalah deliberate, maksudnya disengajakan. Bukan cuba-cuba dan pakai taram. Oleh itu, Kita perlu ada kemahiran di dalam keibubapaan.
Kemahiran terdiri daripada 3 komponen.
 
1. Sikap
2. Skil 
3. Ilmu

Sikap kita terhadap parenting dan anak-anak mesti jelas.
Sikap yang disarankan bagi Parenting ialah:
 
Ianya suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik. Bersyukur dengan amanah ini.
Sikap terhadap anak-anak. Anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan. Setiap anak mempunyai keistimewaan mereka. Mereka mempunyai misi tersendiri untuk dipenuhi dan sebagai ibu bapa adalah tugas kita membantu mereka memenuhi atau menyediakan mereka untuk misi mereka.

Jangan menganggap anak-anak adalah masalah. Walaupun sememangnya mereka mendatangkan banyak cabaran. Namun cabaran itu adalah untuk membentuk kita untuk menjadi manusia yang lebih hebat.

Contohnnya, Jika anak-anak terlalu aktif, maka ia memerlukan kesabaran, kreativiti dan kebijaksanaan untuk menangani anak sedemikian. Maka pertingkatlah diri untuk menjadi sedemikian.

Mendidik anak adalah cara Allah mengajar kita menjadi lebih sabar, lebih berserah dan lebih menerima dengan penuh kesyukuran tanpa mematikan semangat untuk menjadi lebih hebat.

Kerana pada anak-anak kita itu terletak kunci yang bernama Kasih sayang Tanpa Syarat.

Sekarang tuliskan janji anda kepada diri anda, anda boleh kongsikan di bawah ini (merujuk kepada FB) atau untuk di simpan sendiri. Jika berkongsi lagi baik, kawan-kawan boleh mengAmeenkan.


Bahagian 4

Skill yang diperlukan di dalam parenting adalah sangat banyak. Namun, kita boleh kumpulkan memjadi 3 C Ajaib
MAGIC FORMULA 3 C

C - Communication
C - Coaching
C - Connect / Build relationship

Di dalam berkomunikasi dengan anak-anak, ingat satu perkara, lakukan dengan hormat. Anak bukan kita punya barang. It is not our possession. Yang senantiasa perlu ikut membuta tuli arahan kita, Kita perlu berkomunikasi dengan hormat terhadap anak kita.

Kata Kunci - Hormat.

Coaching - Kata kuncinya, we set the right example. Coach supaya kita boleh membawa kehadapan kehebatan diri anak kita.

Connect - Membina pertalian yang rapat perlu diberi keutamaan di dalam membesarkan anak-anak kita. Bila kita mempunyai pertalian yang rapat dan rapport yang baik dengan anak dan dibina sejak kecil, bila mereka remaja dan dewasa, ini semua menjadi lebih mudah. Mereka mudah dinasihatkan dan dibentuk.
Kata kuncinya di sini : YOU ARE IMPORTANT TO ME - I LOVE YOU!

Send a prayer to your kids and whisper to them by calling their name:
DANNY, MAMA LOVES YOU! Feel it an let your heart basking with the beautiful feeling of love.


Bahagian 5

ILMU - Apakah ilmu yang diperlukan. 

Wow, banyak sangat sehingga tak terkira. Itulah yang sedang kita lakukan sekarang bukan. Kita sedang berkongsi ilmu. Untuk membuka tirai perkongsian ilmu, ibu ingin bertanya, apakah perkara yang paling anda hendak tahu di dalam mendidik anak-anak.

Tulis di bawah ini: Ibu akan nilaikan dan bila sesuai ibu akan mengupas jawapan kepada soalan anda (merujuk kepada FB). Boleh?


Bahagian 6

Ibu bapa pada hari ini perlu menyemai kasih dan sayang di hati anak-anak mereka. Ada antara cabaran ibu bapa hari ini tidak terfikir oleh generasi sebelumnya. Lebih banyak masalah dan cabaran yang kita tidak tahu jalan penyelesaiannya akan timbul. Walau bagaimanapun, dengan kekuatan minda dan jiwa, anak-anak kita dan generasi akan datang dapat mengatasi segala cabaran yang mendatang.

"Kita mahu anak-anak kita mempunyai personaliti perkasa". Yang bermaksud, mereka mempunyai kewibawaan, jiwa yang kental, kasih yang kuat dan kemahuan untuk berjasa dan menabur jasa kepada agama, ibu bapa, bangsa, negara dan dunia>

Untuk mencapai matlamat ini, mereka mesti mempunyai kecergasan badan (PQ), kecerdasan fikiran (IQ), dan emosi (EQ dan SQ). Ini bermaksud mereka perlu seimbang dalam semua aspek, iaitu aspek fizikal, mental, emosi, dan spiritual. Inilah yang dikatakan sebagai seimbang dan holistik.

Itulah sebabnya tidak sesuai lagi jika kita katakan anak-anak cuma perlu dilihat dan bukan didengar. Anak yang tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapatnya tidak dapat menunjukkan kebolehannya berfikir. Anak-anak yang pendapatnya selalu diperkecilkan akan membesar sebagai individu yang meragui kekuatan daya fikirnya. Anak-anak inilah yang kemudiannya akan menyebabkan banyak masalah kepada keluarga dan masyarakat pada keseluruhannya, terutamanya apabila mereka menjadi ibu bapa pula.

Apakah Imej diri? Mengapakah Imej Diri Penting?

Imej diri ialah konsep yang kita miliki ke atas diri kita, iaitu bagaimana kita melihat diri kita. Kebolehan manusia mencapai kejayaan di dunia ini mempunyai banyak kaitannya dengan imej diri. Membina imej diri yang betul untuk anak-anak anda bermula daripada hari anda membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup. Ini adalah kerana imej diri anak-anak anda sangat bergantung kepada pendidikan di bawah sedar yang berlaku di dalam rumah. Mempunyai pasangan hidup yang betul menentukan kejayaan anda dalam mencapai matlamat hidup anda. Pasangan yang tidak sesuai akan mengikat dan melumpuhkan anda.

Maksudnya, jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai nilai hidup yang bercanggah dengan anda dan katakan nilai-nilai itu negatif, ini tentu akan mewarnai hala tuju keluarga anda, kecuali anda melakukan sesuatu untuk menyamakan nilai hidup pasangan anda dengan anda.

Imej diri sungguh penting kerana imej diri menentukan pencapaian manusia dalam hidup ini. Pada hakikatnya, imej diri ialah satu premis, satu dasar atau tapak di mana keseluruhan jati diri seseorang itu dibina. Sekiranya seseorang individu memandang dirinya sebagai individu yang bercita-cita tinggi, dia akan bersikap dan mengambil langkah-langkah yang membolehkannya mencapai cita-cita yang diimpikan. Walau bagaimanapun, sekiranya dia mempunyai imej diri yang rendah, dia cuma akan merosakkan apa-apa tindakan yang akan membawa kejayaan yang besar ke atas dirinya. Ini adalah kerana imej dirinya sekarang dan kejayaan itu tidak sealiran; tidak kiralah betapa tinggi kemahuannya dan usahanya untuk berjaya.

Jika dia tidak nampak di mindanya, dia tidak akan nampak di dunia nyatanya. Dr. Maxwell Maltz telah meletakkan kenyataan ini dengan begitu indah sekali apabila beliau berkata, “Kita bertindak, bersikap, dan berpendapat mengikut apa yang kita fikirkan tentang IMEJ DIRI KITA dan kita tidak akan melencong daripada corak itu.” Imej diri yang ada di minda kita itu – alam metafizik, ibarat acuan yang membentuk diri kita di alam nyataini.

Setiap keluarga adalah penting kerana masyarakat terdiri daripada jutaan unit keluarga. Apabila setiap keluarga itu tahu peranan yang perlu dimainkan untuk mencipta kemakmuran rakyat, rakyat akan sejahtera. Namun, jika unit-unit keluarga ini hanya tahu menegur dan hanya menunggu bantuan daripada kerajaan, tiada negara yang akan makmur jika rakyatnya mempunyai mindset seperti itu. Tanggungjawab dan kesungguhan dalam mencipta penyatuan dan keharmonian dalam setiap keluarga ialah jawapan untuk mencapai kekuatan, penyatuan, kemakmuran, dan matlamat negara.

“Untuk menghargai siapa anda, anda perlu memahami bahawa anda membawa perbezaan.”

Doa saya kepada Pencipta agar kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk membesarkan anugerah yang amat kita sayangi, iaitu anak-anak kita. Semoga anda, para ibu bapa mendapat sokongan dan bantuan serta berasa tenang dalam menghadapi cabaran menjadi ibu bapa pada hari ini. Semoga anda akan terus melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan serta pengetahuan menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Hari ini, lakukan perkara-perkara yang berikut bersama-sama keluarga anda:

Nota Kasih Kepada Ibu bapa

Lihatlah bagaimana anak anda melihat diri mereka
Lihatlah bagaimana anda melihat diri anda
Kejayaan akan mendampingi mereka yang
Melihat diri mereka sebagai orang yang berjaya.

Segala kabus keraguan ialah pembunuh impian
Jangan sekali-kali membenarkan perkara itu menghampiri mereka.

Sebuah senyuman kemenangan di wajah yang gembira
Menerangi kegelapan di laluan usia yang pantas ini
Keluarga yang bahagia meneraju dunia yang bahagia
Dan dunia akan hanya dalam kebenaran
Apabila individu itu di dalam kebenaran.

Oleh itu besarkanlah anak-anak anda dengan
Pengetahuan dan kesyukuran supaya mereka
Akan membawa kekuatan.

Terdapat kuasa dalam diri kamu. Jika kamu menjumpainya dan menggunakannya, akan menjadikan kamu orang yang kamu impikan dan angan-angankan.
-Orison Swett Marden-


Sekarang; Kongsikan apa yang anda dapat hari ini daripada seminar ini dengan orang yang tersayang. Kongsikan juga dengan dua lagi kawan yang anda kasihi.

Monday, 24 June 2013

Kenapa Kambing?

Kelebihan Daging Kambing

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pa
da daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Sumber FB: Lyn Osman

Friday, 21 June 2013

Ucapan Beracun Penuntut Ilmu

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya
(nasihat kepada diri sendiri)
1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya.
Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/

Tuesday, 18 June 2013

Petua Ubati Asma

Untuk Orang Dewasa:

Pilihan 1: Cari seekor belut. Ambil sekeping roti atau apa-apa sahaja roti keping. Dengan menggunakan roti keping, lurutkan seluruh badan belut tadi untuk dapatkan lendirnya. Kemudian makan lendir tersebut. Kalau tidak lalu, carilah kreativiti untuk membolehkan anda makan lendir belut tersebut.

Pilihan 2: Dalam perubatan Melayu tradisional, tumbuhan seperti sirih digunakan bagi merawat asma dengan cara merebus pekat daun sirih bersama gula batu. Kemudian, minum ketika suam-suam. Bagi menerbitkan rasa lega ketika serangan, daun sirih dilayur di atas api dan ditempelkan ke dada.

Pilihan 3: Kisar daun seleri bersama buah papaya untuk dijadikan jus. Kemudian minum.

Pilihan 4: Ulam pegaga boleh dijadikan penawar asma di mana daunnya dikeringkan kemudian direbus dan diminum airnya ketika suam.

Pilihan 5: Lidah buaya boleh merawat asma. Air perahan daunnya amat berkesan diminum oleh penghidap asma.

Pilihan 6: Ambil bunga lawang, rebus dan minum airnya.

Pilihan 7: Ambil isi kunyit, rebus dan minum.

Pilihan 8: Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskan daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman, sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan campur dengan sedikit madu. Minum ramuan ini berulangkali setiap pagi.

Pilihan 9: Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Amalkannya seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.


Untuk Kanak-Kanak:

Cari sebiji betik muda sebesar penumbuk dan 1 sudu madu lebah asli. Titikkan 3 titik getah betik ke atas madu lebah asli dan sebatikan. Beri minum kepada kanak-kanak yang terkena asma.

Sumber Fb: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Monday, 17 June 2013

Seminar Parenting Bijak Ibu Rose Di FB






Alhamdulillah niat Sakura untuk berkongsi pengetahuan/ilmu Prof. Dr. Rozieta Shaary @ Ibu Rose telah persetujui oleh Prof. juga. Terima kasih Prof. Cuma Prof. minta agar pembaca dapat Like ke FB Prof juga untuk mendapat kisah dan perkongsian cerita dalam menghadapi cabaran membesarkan anak-anak.

Kepada semua, jangan lupa LIKE FB Prof okey. Sama-sama kita mendapat manfaat dari perkongsian yang Prof buat ini. Sharing is caring

Tujuan sakura kongsikan ilmu ini adalah untuk kegunaan sakura juga dimasa hadapan. Mudah nak rujuk. Kalau kat FB susah pulak nak cari bila diperlukan kelak. Ilmu parenting nie penting untuk kita mencorakkan anak-anak. Kita nak anak-anak yang terbaik, jadi kita juga kena lengkapkan diri dengan ilmu juga.


Saturday, 15 June 2013

Tanda-Tanda Kanser Payudara

Beri perhatian dan segera dapatkan nasihat doktor bukan bomoh

1. Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul.

2. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal.

3. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal.

4. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak.

5. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung.

6. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal.

7. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura.

8. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Thursday, 13 June 2013

Masuk Rumah Cara Islam

Amalan-amalan memasuki rumah baharu adalah:

1. Solat berjemaah dan azan. Rumah yang baru di beli atau baru di duduki eloklah dilakukan solat berjemaah dikalangan ahli keluarga. Mulakan dengan laungan azan untuk melakukan solat fardu ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah – Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah SAW bersabda yang bermaksud;
“Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Muslim dan Nasai)

3. Banyakkan solat sunat dan membaca al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Baihaqi)

4. Baca Zikir al-Mathurat kubra setiap pagi (lepas subuh) dan petang (selepas asar atau lepas magrib) amalan ini bukan untuk menduduki rumah baru sahaja tetapi amalan harian yang sunat yang dituntut untuk dibacakan setiap hari pagi dan petang. Insya Allah jin kafir dan syaitan akan menjadi lemah untuk menggoda dan mengganggu pengamalnya yang sentiasa membaca zikir al-Mathurat .

5. Pagar Rumah Secara Islam – Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
i. Baca surah Yasin sekali dan sediakan air satu bekas kemudian ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Amalan ini adalah amalan masyarakat Islam untuk menghalang daripada gangguan jin. Setiap ayat al-Quran yang dibacakan keatas air akan ada gelumbang yang baik dan laju dan amat dibenci oleh makhluk ghaib seperti jin dan syaitan.

“… Surah Yasin adalah qalbul Quran (jantung atau hati al-Quran), tidaklah seseorang yang membacanya kerana mengharap keredhaan Allah dan negeri akhirat (syurga), melainkan akan diampunkan dosanya. Dengan itu, bacakanlah ia kepada orang yang akan mati di antara kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasaa’i. Dinilai lemah oleh ad-Daruquthni, al-Haitsami, al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).

Walaupun hadis di atas dhaif tetapi ulama membenarkan (untuk beramal bukan untuk menjadi sumber hukum) untuk diamalkan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT dan terdapat hadis sahih menyatakan :

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi 10 kali, aku tidak mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf, dan Miim satu huruf.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
Surah Yasin adalah salah satu daripada surah-surah dalam al-Quran.

ii. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) sekali. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Waulahualam.

Marilah kita beramal dengan amalan cara Islam dalam apa keadaan sekali pun samaada semasa kita membeli rumah atau semasa kita hendak menduduki rumah baru. Rumah yang berkat adalah rumah yang sentiasa dilaungkan bacaan al-Quran, berzikir, solat-solat sunat dan mengadakan majlis tazkirah dan tarbiah

Sumber FB: (lupa la pulak dr mana)

Wednesday, 12 June 2013

Baby Songsang

Elak Baby Songsang di dalam Kandungan

Cara-cara nak betulkan kedudukan baby yang songsang:
 

1. Masa nak solat tu digalakkan untuk sujud lama sikit... setakat yang larat jela... faham pregnant ni susah sikit sebab perut dah besar...
 

2. Letak pek ais kat atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

3. Cuba bermain dgn touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya baby bergerak ke arah cahaya.


4. Buat seperti merangkak... tapi jangan pulak merangkak ke depan...buat la dalam 5 saat, dlm 2-3 kali.


5. Rajin-rajin bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yang betul.


6. Banyakkan berdoa, baca al-Quran dan buat solat hajat supaya ALLAH membantu kita. InsyaALLAH... kita kena yakin dan ikhlas.

Kalau semua cara diatas tak berjaya juga, kita kena redha jela sebab mungkin ALLAH nak menguji kita. Ada jugak ibu2 yg pregnant ni gi berurut ngan bidan. Tp kena la cari bidan yg betul-betul mahir dan pandai. Yela kita tak tau keadaan baby kita kt dlm tu. Takut nnt baby terbelit tali pusat lak. Kalau ikutkan doktor dengan nurse ni, diaorang memang tak bagi... Tp pandai2 korang la yek...

Selamat mencuba....!!!!
credit:kelab soal jawab ibu hamil..
jom like Lelong lelong kasi habis.

Tuesday, 11 June 2013

Pindah Rumah

Petua Untuk Masuk Rumah Baharu

1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.

Monday, 10 June 2013

Projek 2: Kemas Rumah

Berpeluh minta kunci dan berpeluh juga nak siapkan rumah sebelum masuk. Akhirnya dah selamat untuk kemas dan boleh pindah barang. Sedihnya nak tinggalkan Putrajaya. The Best Place I ever had. Tapi hati lebih berbunga nak masuk rumah sendiri. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri. Ade tempat yang tetap untuk tinggal  dan berlindung. X d kena halaunya melainkan x bayar instalment. 

Dengan senang hati dan gembira juga tuan kontraktor yang baik hati telah mencucikan rumah juga. Senang dan dimudahkan kerja dah. Kalau nak pun tinggal tingkap jer. Sungguh memahami keadaan Sakura yang kebizian sekarang. Jasamu tetap ku kenang wahai tuan kontraktor

Akan bermulalah episode membungkus barang nak pindah. Paling pening nak kemas dapur. Kena buat 5S dulu nie. Pelan-pelan kayuh yer. Hukhukhuk padan muka, sape suruh simpan khazanah. Tobat dah x mau simpan khazanah







Saturday, 8 June 2013

Dip N Dip

Kedai dessert berasaskan coklat. Kepada pengemarnya, jangan lepaskan nafsu makan anda untuk hidangan disini. X berbaloi kalau setakat 2 orang jer yang datang makan. Disyor untuk pergi beramai-ramai dan mencuba hidang secara jemaah juga. Kalau datang berdua tue, share2 jer hidangan. Jangan pesan air manis juga lepas tue, cukup dengan air mineral untuk elakkan muak. Kalau pesan air coklat gak, memang muak la jawabnya. Selamat mejamu disini, tempatnya di Bangsar




Friday, 7 June 2013

Beli Buku

Tips nak beli buku rujukan murah untuk yang sedang belajar adalah "beli buku dari pengedar buku". Jangan nak ngada beli buku kat kedai buku terutamnya Kinokuniya. Sebabnya harga buku dari pengedar adalah lebih berkali ganda murah dari yang dijual dari kedai.

X cayakan. Macam nie alkisahnya, kawan Sakura g beli bulu kat Kinokuniya dengan harga RM175.80. Tempat beli buku pun eksklusife gitu, KLCC. Sekali kita orang g tanya kat pengedar buku, ade ker x buku nie dalam list yang dia jual. Dia pun cakap ade. Nak tau berapa harga yang dijual? Hanya RM70 sahaja. Kuangkuangkuang. Murah giler. So moral of the story, kita beli jelah buku rujukan belajar dari pengedar. Biarlah x glamer tempat ku beli itu, tapi ade banyak buku lagi boleh dapat. Beza seratus tue, boleh dapat sebiji lagi buku rujukan tue. Almaklumlah, elaun buku dapat RM500 jer setahun. Kena berjimat. Dahla sem nie x dpat baucar buku 1Malaysia. Sabar jelah. Sem depan x dapat memangla siap ku panjat ke pejabat SPS tue.

Macam mane boleh kenal pengedar buku nie? Lecture la yang kenalkan. So kepada sesape yang bergelar pelajar tue. Korang minta jer dari lecture korang no telefon pengedar buku. Dah confirm lecture nie ade simpan. Hidup kena berjimat yer. 

Thursday, 6 June 2013

Jus Kunyit

Ambil kunyit hidup dan bersihkan kulitnya, rendam selama 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah di luaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air lagi bersama asam keeping dan sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam peti ais. Minum ¼ cawan setiap pagi dan malam bersama selawat dan Al Fatihah. Jus ini sebaiknya diamalkan untuk menghindari apa juga jenis kanser.

SUMBER FB: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Wednesday, 5 June 2013

Bersama Untuk Tahun ke-4

Bila ada yang sayang, Jangan dilukai hatinya ...
Bila ada yang cinta, Jangan titiskan air matanya ...
Bila ada yang menanti, Janganlah pergi meninggalkannya
Bila ada yang kasih, Jangan membenci ...
 

HARGAILAH DAN SAYANGI 
SEBUAH PERHUBUNGAN.

HAPPY ANNIVERSARY 
Semakin hari semakin sayang 
Insa'Allah doa kita akan Allah makbulkan jua



Tuesday, 4 June 2013

Nak Exam!

Adus....minggu exam dah nk bermula. Diam x diam dah 3 bulan berlalu. cepatnya masa berlalu. Kini bermula peperangan untuk menguji tahap kepandaian. Huaaaaa. Cukup menyeksakan persiapan yang dibuat. Asal bukak buku jer tido. Issshhh kena ubah strategik mulai malam nie. X d nak baca-baca lagi dah malam nie. kita buat terus soalan yang ade. Banyak rupanya soalan kat internet yang boleh digunapakai. Usaha! Jangan menangis dikemudian hari sebab result teruk. Buat malu jer nanti. X pasal kena bayar RM30K.


Monday, 3 June 2013

Rezeki

Sumber FB: Krunchy Karamel Almond


Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakh
irkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah
akan mendapat balasan yang berlipat-ganda. “Sesungguhnya
orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
(Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata,
Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah
adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi
rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka. Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Sunday, 2 June 2013

Ape Orang Lain Tahu?

Banyak betul isu hangat kebelakangan nie. Semuanya nak mendakwa itu dan ini. Tapi pelik pulak, x d dibawa pulak ke mahkamah untuk dibuktikan. Semua dok dakwa dalam FB jer. Issh x guna buat mahkamah yang berjuta tue kalau nak FB yang adili.

Senario nie sama jer yang berlaku dalam kerja Sakura (profession Jurutera tapi buat HR naik pangkat). Orang luar nie dok cakap la yang kami x adil pilih orang yang nak naik pangkat. Naik pangkat sebab mengampu la dan berbagai lagi. Suka jer buat dosa tau. Perkara yang sama juga x d dakwaan bertulis dan x boleh untuk mendakwa, jadi x d lah pembuktian. Suka sangat membuat andaian/persepsi. X pernah nak kaji dulu baru bercakap. Dunia dah hujung jari pun x pandai-pandai nak mencari maklumat.

Kalau kita orang x jujur dan amanah. Takkan orang yang melulus/Jabatan Perkhidmatan Awam pejam mata. Hello! Kelulusan untuk kenaikan pangkat bukan di putuskan oleh Lembaga di JKR tapi oleh Lembaga di JPA tue. Sedangkan kita orang salah susun pun dema tegur ini kan pulak nak letak data sembarangan tanpa asas. Setiap yang kami buat ade pihak lain yang menjaga kesahihan dan mesti mematuhi peraturan. Barulah ade 'check and balance' dan taklah dikata keje syok sendiri.

Tapi semua cakap-cakap orang berpunca dari satu sebab. Malas membaca dan suka dengar mulut ke mulut. Bila kita percaya mulut ke mulut nie yang payah. Padahal tue hanya andaian/persepsi/perception jer. Payah betul. Kita kena tukar konsep/didik masyarakat kita untuk mengkaji sebelum memberi pendapat. Masalah sekarang nie, pendapat yang diberi hanya berdasarkan andaian sahaja. Andaian nie belum tentu betul. Ia hanya bersifat half truth sahaja.