Dapat dari FB:Ensaiklopedia Petua Melayu Lama
Psikologi Memilih Warna Baju
Warna
baju boleh mencerminkan keperibadian anda, atau paling tidak,
memanifestasi perasaan anda pada saat-saat tertentu. Kerana itu,
pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian.
HITAM. Ini adalah warna
paling gelap dari yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita.
Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan
keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam.
Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan dan seksi.
PINK. Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim dapat diperolehi di
kedai. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang
berbunga-bunga.
MERAH. Ia mencerminkan keberanian, ketegasan, dan seksi serta menggoda.
BIRU. Mencerminkani kecerahan. Jika anda menggemari warna biru biasanya
anda sukakan ketenangan. Jika anda ingin merasa nyaman dan
meningkatkan keyakinan diri, warna biru boleh menjadi pilihan.
OREN. Gabungan antara warna kuning dan merah ini mencerminkan bahawa
anda gemar perhatian. Apalagi jika dipadukan dengan aksesori wanita yang
menarik. Warna cerahnya juga akan membuat mood akan naik.
KUNING. Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang
tinggi. Kuning juga sering disamakan dengan warna “outdoor”. Anda
seorang yang optimis, berani dan tahan lasak.
PUTIH. Semua
orang tahu warna ini melambangkan kesucian dan kebersihan. Putih juga
termasuk warna paling aman selain hitam, keranaa boleh dipadukan dengan
segala warna.
HIJAU. Sangat sesuai dengan alam dan segala yang
kelihatan natural. Orang yang gemar warna hijau adalah orang yang
menyukai alam semula jadi dan pencinta kedamaian.
No comments:
Post a Comment